Langkau ke kandungan utama

Telefon Bimbit dari Dulu-dulu sampai Sekarang




Asslamualaikum.

Entri ni, aku nak bercerita pasal telefon bimbit.

Telefon bimbit, apa yang korang tahu pasalnya? Meh aku huraikan sikit apa yang aku tahu pasal telefon bimbit ni.

1. Orang selesa panggil handphone, tak pun handset.

2. Biasanya tulis hp je sebagai short form.

3. Hp dulu-dulu besar, sekarang ni ada besar juga tapi tak berat.

4. Pihak kementerian pendidikan negara sudah banyak kali membincangkan isu membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Mula-mula, tak boleh, kemudian boleh. Lepas tu tak boleh, lepas tu boleh pula. Sekarang ni?


Sketsa pasal hp


Awal 1990-an

-Besar gedabak. No masa tu 010.

"Apa yang ko usung, tu Jibam?"
"Oo, ini handphone."

Boboy: Wei, penat la main bola ni. Jom minum air. Srroot, sroott.
Sin Chan: Kelas ko Jah, bekas air ko tu bentuk handphone.
Boboy: Well, well west.. Bangganya aku tak terkata.


Awal 2000-an

Nokia 3310 diperkenalkan dan mendapat perhatian di kalangan masyarkat dunia. Banyak juga jenama hp lain seperti Samsung, Motorola yang membuat telefon bimbit.

Mak Maimun: Eh, mana hp yang mak kasi bawa pergi sekolah tadi? Cikgu rampas ke?
Dani: Bukan cikgu rampas tapi Dani baling anjing tadi, mak. Ajing tu kejar Dani, mak.. Sorry, mak. Belikan Dani hp baru ye. Hihi~


Pertengahan 2005

Handphone masa ni, agak tebal.

Ina: Ko tumbuk cili nak masak apa cik Jah?
Jah: Sambal belacan.

Ina: Eh, ko guna hp?
Jah:Aah, kreatif tak aku?
Ina: Gulp! nampak sangat ko tak sayang hp.

Jah: Bukan tak sayang, aku pelbagaikan kegunaan hp ni. Lagipun rumah bujang kita tak ada lesung tumbuk. Hehe~
Ina: Ah, lantak ko la. Janji bukan guna hp aku sudah.

Jah: Eh, hari ni guna hp aku, esok guna hp ko la pula. Thehehe~
Ina: Gulp lagi. Punah, punah.


Pertengahan 2007

Hp metalic dan shining jadi pilihan.

Lisa: Mira, lipstik aku comot tak?
Mira: Nah hp aku ni.
Lisa:??? Kenapa bagi aku hp ko pula?
Mira: Ada cermin. Belek la muka cantik ko tu. Hehe~


Tahun 2010

Hp canggih gila, ada fb, twitter segala.

Alif: I tengah kat bilik air ni (update status Blackberry messager-BBM, Twitter dan Facebook sekaligus).


Penggunaan hp amat penting dalam dunia hubungan telekomunikasi sekarang. Hp mula berubah dari sekadar hanya untuk call dan mesej, sudah ada game, muzik, internet dan macam-macam lagi. Hp semakin memudahkan kehidupan manusia. Awesome, wei.

Itu lah pengalaman dan memori aku mengenai hp ni. Lawak tak? Haha~ Tak lawak pun, korang senyum sikit pun oklah. Kalau tak boleh nak senyum, tarik bibir tu bagi senyum jugak. Kahkah.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. evolusi HP..errrkkk.....evolusi ke? inovasi kan? tulah..mcm komputer..zaman dolu2 komputer /workstation sebesar bilik. lepas tu..dikecikkan menjadi sebesar mesin dan kemudian PC, kemudian lappy, kendian noteboook, kendian ipad iphone segala...

    BalasPadam
  2. diana: ya, tahu.. tapi saya cakap pasal hp, bukan komputer. saya cakap pasal penggunaan lain selain sebijik hp. Baca ke tidak ni :P

    BalasPadam
  3. haha terbaik lah entri ni . pelbagai kegunaan hp ni . baca dari ats smpai bwah kelakar lah ^^

    BalasPadam
  4. cik: terima kasih =) sekadar nak buat anda senyum =)

    BalasPadam
  5. evolusi handphone..hehe sis pun penah gk buat entri lebih kurang cmni..
    sekarang sume canggih2
    harap2 kecanggihan tu tak disalahguna :)

    BalasPadam
  6. hahaha macam2 kann... eh, entry kite lebih kurang sama ni

    http://thetingtong.blogspot.com/2011/11/

    BalasPadam
  7. sepanjng aku berHP ni.. aku jarang tukar2 hp.. ada beberapa kali je.. blh kita sebelah tangn hahahaha..
    sebnrnya kalau nak kejr hp hp ni tak dapat la.. mau banyk duit baru dapat..
    kejap je model baru dah kuar.. makan hati la. baik biasa2 jak..

    BalasPadam
  8. liyana: kebetulan topik hampir sama tapi lain, kan? =)

    BalasPadam
  9. Abu: ya. aku pun jarang tukar hp, wei.. sama, tak lebih sebelah tangan pun. =)

    BalasPadam
  10. hehehe..bez nye..tapi saya baru ada 1 fon yg beli sendiri. yg len sume nye amik yg turun temurun. haha

    BalasPadam
  11. aku dulu form 6 bawak enpon ke asrama..brp kali kene rampas dgn warden.enpon butterfly ms tu..
    now aku pakai hp rm50 je..CSL sebab anak aku suke gigit.beli mahal2 pun buat jahanam je. gune utk basic jugak..call n msg.kdg2 guna kalkulator n torchlight bile letrik xde..canggih pe hp rm50..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker