Perlu Tahu: Dua Isu dalam Sistem Pendidikan Negara | ! sha my heart

.

Sabtu, 5 November 2011

Perlu Tahu: Dua Isu dalam Sistem Pendidikan Negara


Assalamualaikum.

Ada dua isu besar dalam pendidikan sekarang ni.

PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah

04/11/2011 6:33pm

PUTRAJAYA – Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - Bernama dari kosmo


PSSMI dimansuhkan? Kenapa?


PSSMI yang heboh dan dilaksanakan dalam hanya beberapa tahun sahaja dimansuhkan pula. Dengar dari tahun 2009, diorang nak kaji dan akan mansuhkan pada tahun 2012. Ya, tahun depan.

Kenapa? Kerana hasil daripada pelaksanaan PSSMI tu membuatkan tahap graf pencapaian pelajar menurun apatah lagi kepada pelajar luar bandar. Last-last, cikgu kena ajar dalam bahasa pengantar utama juga.

Kenapa ini berlaku? Pada pendapat aku, pelajar masih baru dan tidak faham (familiar) dengan pelajaran tetapi diajar dalam bahasa Inggeris? Dah la tak pandai ditambah dengan kesukaran untuk menguasai bahasa Inggeris dan subjek Sains dan Matematik. Oh, tidak!

Pendapat aku, pelaksanaan bahasa Inggeris perlulah menyeluruh. Barulah kesannya dapat dibanggakan.


PTPTN dimansuhkan

PTPTN hanya tawarkan pinjaman sampai 2012? Kenapa?

PTPTN hanya akan beri duit bayar yuran sahaja. Duit sara diri akan diberikan kepada pihak lain yang menyumbangkan dana. Tak tahu la bagaimana pelaksanaannya nanti.


Pelajar, sila berikan respon anda. Bukan pelajar, berikan pendapat juga.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

21 ulasan:

amna berkata...

yang pasal PTPTN tu terkejut jugak coz dsbbkn org tak bayar dia nak kurangkan jumlah pembayaran ye..

*harap2 dpat dipertimbangkan lagi~

Anif Abdullah| AA berkata...

bab PSSMI nih,tak reti nak kobar.. terserah lah pada bijak pandai.. TETAPI,

bab ptptpn nie memang tak patut lahh.. Kasihanilah pada mereka yg sangat2 memerlukan..

Aiman Isa berkata...

ppsmi.. 1st, ksian kat ckgu2,, sebab dulu, hmpir smua cikgu kna p kursus p&p dalam bahasa inggeris.. dan skrng dah tukar dlm bhsa mlyu nmpk mcm diorang bhn uji kaji jaa..

2nd,, ya,, bagi aku,, tak kisah sgt english ke bm, sbb ada dwibahasa :p tapi, mmg btul, bdk2 luar bndr dah la tak dpt kuasai bhsa english, phtu mnyukarkn lagi nk memahami subjek sc n math tuh..

3rd.. tapi,, apa2 pun, selepas spm, diorang akn brjumpa dgn fully english kat ipta/s.. better diorang ada vocab yg bnyk kalau tak nak lambat kejar kat ipt nnti..

ptptn.. haha! aku tak ambil pon~ :D
sbb, bg aku, akn jd beban jaa duit tuh, dah la mcm tak da guna sgt bg bdk2 part1, so, pegang duit bnyk2 ni nnti boleh memboros.. haha!

sal rss kak cik tuh.. huuu.. aiman tak reti ha nak nolongnya..

Pendamba Mawar berkata...

PTPTN mansuh?takyah bayar blik la er?hahaha

ABU berkata...

PPSSIM.. macam main tarik tali pulak.. bg aku mmg susah tuk pelajar luar bandar

ptptn pulak abang2 kakak2 dah buat taik.. adik2 yg kena..
http://www.ashgive.com/2011/11/hentikan-pinjaman-ptptn-2013-abang.html

peyansanstaro berkata...

semalam ada gak dgar sal PTPTN ne dekat nightline... takdapat dgar dgan jelas apa yang dorng cakap...

Nak mansuh.. Ayoo.
Kesian la kami...
Huhuhu~~=P

ahsfantasy24 berkata...

ppsmi?
hmm klw laksanakan sesuatu tanpa
kajian dan penyelidikan mmg mcm ni
lah jadinya, kucar kacir.

nasib org2 kita dipertaruhkan ~

sha my heart berkata...

Amna: sha pun terkejut juga. tak kan sebab tu je kan? Seksa woo belajar tapi tak ada duit.

Harap-harap dipertimbangkan lagi.

sha my heart berkata...

Anif: mansuh PTPTN, tapi kalau dia bagi biasiswa kan ke okay. haha~

sha my heart berkata...

Aiman:
1st: kesian kan.. tapi cikgu-cikgu memang patut pun pergi kursus untuk tingkatkan penguasaan BI.

2nd: dari zaman kak sha lagi dah ada exam in dwibahasa. BI satu hal, tak dapat kuasai, Sc dan math pula susah nak faham, ajar pula in English. Langsung tak faham kot. Haha~ Sebab tu cikgu terpaksa guna bahasa pengantar utama juga. Lagipun, cikgu bukannya pandai english pun. Bukan nak kutuk cikgu tapi kenyataannya memang begitu.

3rd, vocab memang penting. semua rujukan dalam english kot. Mana nak dapat in bahasa? Kalau ada pun sebuah dua jer. Jadi, English memang penting.

PTPTN tak ambik, bagus la. Sangat beruntung sebab tak payah nak fikir pasal PTPTN. Semua orang pun tak nak ambik PTPTN tapi sebab tak mampu. Ada ke orang nak tambah hutang bunga (faedah) kalau ada yang sediakan peruntukan tak ada bunga?

bab part 1, part 2, tak faham sangat.

RSS tu entah la. tak tau nak buat apa.

sha my heart berkata...

Pendamba: bukan tak payah bayar balik tapi tak dapat pinjaman penuh. Hanya bayar yuran pengajian sahaja.

sha my heart berkata...

Abu: susah untuk pelajar yang tiada pendedahan dengan bahasa inggeris

ptptn, senior buat tahi? no comment.

sha my heart berkata...

Peyan: nak mansuh bagi sepenuhnya. Bagi yuran pengajian sahaja, duit poket asing pula.

tu la, kesian jugak

sha my heart berkata...

fantasy: tu la, nak laksana tergesa-gesa.. inilah jadinya. buang duit dan masa je.

Hardy_Hunt2 berkata...

tentang ppsmi ~ berdasarkan cerita seorang sahabat yg memang bkrja dlm bidang politik, kononnya perkara sebenar yg membawa kpd idea ppsmi adalah berkaitan dgn perniagaaan buku teks!bila ppsmi dilaksanakan sepenuhnya ( nasib x jd) maka buku teks pn akan terpaksa dikeluarkan smula.& disinilah ada makhluk2 dr pihak2 'Yang Berkenaan' mengambil kesempatan utk berniaga..jika buku sains n mate dikeluarkn n dicetak semula,x ke juta harganya tu?sejauh mana kebenarannya wallahualam, tp mmg ada logiknya...PTPTN?gi mam***!nasib aku dah habis bayar...


salam perkenalan.lawatan pertama dari tekok beriuh

Myboiler berkata...

kesian kat adik2 pelajar kita, keputusan yang diambil berubah-ubah sekejap mansuh,sekejap terus...mungkin masa akan datang berubah lg...tentang PTPTN pula satu lagi, kos pendidikan sekarang sangat tinggi, terutama bagi golongan luar bandar, kena sewa rumah,transpot lagi,sara hidup, bahan pembelanjaran dan sebagainya yang memang amat sangat bergantung kepada pinjaman PTPTN...
Myboiler

UniMeOw berkata...

sbg batch 1st yg blajar sc & math in english,,,uni rasa ppsmi xsalah...
dulu uni pon teruk english (teruk sgt2),,tp pas ppsmi, impruf la sikit english..
ppsmi x salah...
wat student2 yg xleh score sb blajar dlm bhs igris,,,adkh korg dah study betol2?? kalo dah study hard,,but still x score rendah jugak...mmg la ppsmi patut dmansuhkan...tp kalo stdy maen2,,,errr no komen la beb...


pasal ptptn,,,kecian la kat kami yg x aya ni.....huuuuuu

sha my heart berkata...

Hardy: pernah juga terdengar pasal kisah nakkan laku buku teks yang beraliran Inggeris. Tak sangka ianya betul pula ye.

bagus la kalau dah siap bayar habis.. =)

sergeant keroro berkata...

xtau nak cakap ape.

GaRy™ berkata...

ppsmi.. saya pun tak setuju kalau dimansuhkan... kita perlukan graduan yang fleksibel, boleh bekerja di mana2 saja di seluruh dunia... kalau setakat cemerlang di negara sendiri, tetapi tidak boleh bersinar di dunia luar, tak boleh jugak.. skarang kita banyak usahasama dengan syarikat luar negara... terutamanya dalam bidang sains...

sebenarnya bagi saya, ppsmi dijalankan secara mengejut... niat itu betul, tapi cara pelaksanaannya kurang efektif...

PTPTN tu.. tak patut kot.. kesian kat pelajar2 yang susah... sekurang-kurangnya duit tersebut dapat meringankan beban.. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... =(

aimie amalina berkata...

weeee
mcm2 isu dah kan
yg ptptn tu
kesian la kat budak yg x mampu tapi dapat smbg belajo
tapi ape bole buat
yg dh keje x nak bayo
huuu
sian kat adik2 ha....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...