Langkau ke kandungan utama

Perlu Tahu: Dua Isu dalam Sistem Pendidikan Negara


Assalamualaikum.

Ada dua isu besar dalam pendidikan sekarang ni.

PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah

04/11/2011 6:33pm

PUTRAJAYA – Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - Bernama dari kosmo


PSSMI dimansuhkan? Kenapa?


PSSMI yang heboh dan dilaksanakan dalam hanya beberapa tahun sahaja dimansuhkan pula. Dengar dari tahun 2009, diorang nak kaji dan akan mansuhkan pada tahun 2012. Ya, tahun depan.

Kenapa? Kerana hasil daripada pelaksanaan PSSMI tu membuatkan tahap graf pencapaian pelajar menurun apatah lagi kepada pelajar luar bandar. Last-last, cikgu kena ajar dalam bahasa pengantar utama juga.

Kenapa ini berlaku? Pada pendapat aku, pelajar masih baru dan tidak faham (familiar) dengan pelajaran tetapi diajar dalam bahasa Inggeris? Dah la tak pandai ditambah dengan kesukaran untuk menguasai bahasa Inggeris dan subjek Sains dan Matematik. Oh, tidak!

Pendapat aku, pelaksanaan bahasa Inggeris perlulah menyeluruh. Barulah kesannya dapat dibanggakan.


PTPTN dimansuhkan

PTPTN hanya tawarkan pinjaman sampai 2012? Kenapa?

PTPTN hanya akan beri duit bayar yuran sahaja. Duit sara diri akan diberikan kepada pihak lain yang menyumbangkan dana. Tak tahu la bagaimana pelaksanaannya nanti.


Pelajar, sila berikan respon anda. Bukan pelajar, berikan pendapat juga.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 
Kalau rasa entri ni amat berguna dan bernilai, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. yang pasal PTPTN tu terkejut jugak coz dsbbkn org tak bayar dia nak kurangkan jumlah pembayaran ye..

    *harap2 dpat dipertimbangkan lagi~

    BalasPadam
  2. bab PSSMI nih,tak reti nak kobar.. terserah lah pada bijak pandai.. TETAPI,

    bab ptptpn nie memang tak patut lahh.. Kasihanilah pada mereka yg sangat2 memerlukan..

    BalasPadam
  3. ppsmi.. 1st, ksian kat ckgu2,, sebab dulu, hmpir smua cikgu kna p kursus p&p dalam bahasa inggeris.. dan skrng dah tukar dlm bhsa mlyu nmpk mcm diorang bhn uji kaji jaa..

    2nd,, ya,, bagi aku,, tak kisah sgt english ke bm, sbb ada dwibahasa :p tapi, mmg btul, bdk2 luar bndr dah la tak dpt kuasai bhsa english, phtu mnyukarkn lagi nk memahami subjek sc n math tuh..

    3rd.. tapi,, apa2 pun, selepas spm, diorang akn brjumpa dgn fully english kat ipta/s.. better diorang ada vocab yg bnyk kalau tak nak lambat kejar kat ipt nnti..

    ptptn.. haha! aku tak ambil pon~ :D
    sbb, bg aku, akn jd beban jaa duit tuh, dah la mcm tak da guna sgt bg bdk2 part1, so, pegang duit bnyk2 ni nnti boleh memboros.. haha!

    sal rss kak cik tuh.. huuu.. aiman tak reti ha nak nolongnya..

    BalasPadam
  4. PTPTN mansuh?takyah bayar blik la er?hahaha

    BalasPadam
  5. PPSSIM.. macam main tarik tali pulak.. bg aku mmg susah tuk pelajar luar bandar

    ptptn pulak abang2 kakak2 dah buat taik.. adik2 yg kena..
    http://www.ashgive.com/2011/11/hentikan-pinjaman-ptptn-2013-abang.html

    BalasPadam
  6. semalam ada gak dgar sal PTPTN ne dekat nightline... takdapat dgar dgan jelas apa yang dorng cakap...

    Nak mansuh.. Ayoo.
    Kesian la kami...
    Huhuhu~~=P

    BalasPadam
  7. ppsmi?
    hmm klw laksanakan sesuatu tanpa
    kajian dan penyelidikan mmg mcm ni
    lah jadinya, kucar kacir.

    nasib org2 kita dipertaruhkan ~

    BalasPadam
  8. Amna: sha pun terkejut juga. tak kan sebab tu je kan? Seksa woo belajar tapi tak ada duit.

    Harap-harap dipertimbangkan lagi.

    BalasPadam
  9. Anif: mansuh PTPTN, tapi kalau dia bagi biasiswa kan ke okay. haha~

    BalasPadam
  10. Aiman:
    1st: kesian kan.. tapi cikgu-cikgu memang patut pun pergi kursus untuk tingkatkan penguasaan BI.

    2nd: dari zaman kak sha lagi dah ada exam in dwibahasa. BI satu hal, tak dapat kuasai, Sc dan math pula susah nak faham, ajar pula in English. Langsung tak faham kot. Haha~ Sebab tu cikgu terpaksa guna bahasa pengantar utama juga. Lagipun, cikgu bukannya pandai english pun. Bukan nak kutuk cikgu tapi kenyataannya memang begitu.

    3rd, vocab memang penting. semua rujukan dalam english kot. Mana nak dapat in bahasa? Kalau ada pun sebuah dua jer. Jadi, English memang penting.

    PTPTN tak ambik, bagus la. Sangat beruntung sebab tak payah nak fikir pasal PTPTN. Semua orang pun tak nak ambik PTPTN tapi sebab tak mampu. Ada ke orang nak tambah hutang bunga (faedah) kalau ada yang sediakan peruntukan tak ada bunga?

    bab part 1, part 2, tak faham sangat.

    RSS tu entah la. tak tau nak buat apa.

    BalasPadam
  11. Pendamba: bukan tak payah bayar balik tapi tak dapat pinjaman penuh. Hanya bayar yuran pengajian sahaja.

    BalasPadam
  12. Abu: susah untuk pelajar yang tiada pendedahan dengan bahasa inggeris

    ptptn, senior buat tahi? no comment.

    BalasPadam
  13. Peyan: nak mansuh bagi sepenuhnya. Bagi yuran pengajian sahaja, duit poket asing pula.

    tu la, kesian jugak

    BalasPadam
  14. fantasy: tu la, nak laksana tergesa-gesa.. inilah jadinya. buang duit dan masa je.

    BalasPadam
  15. tentang ppsmi ~ berdasarkan cerita seorang sahabat yg memang bkrja dlm bidang politik, kononnya perkara sebenar yg membawa kpd idea ppsmi adalah berkaitan dgn perniagaaan buku teks!bila ppsmi dilaksanakan sepenuhnya ( nasib x jd) maka buku teks pn akan terpaksa dikeluarkan smula.& disinilah ada makhluk2 dr pihak2 'Yang Berkenaan' mengambil kesempatan utk berniaga..jika buku sains n mate dikeluarkn n dicetak semula,x ke juta harganya tu?sejauh mana kebenarannya wallahualam, tp mmg ada logiknya...PTPTN?gi mam***!nasib aku dah habis bayar...


    salam perkenalan.lawatan pertama dari tekok beriuh

    BalasPadam
  16. kesian kat adik2 pelajar kita, keputusan yang diambil berubah-ubah sekejap mansuh,sekejap terus...mungkin masa akan datang berubah lg...tentang PTPTN pula satu lagi, kos pendidikan sekarang sangat tinggi, terutama bagi golongan luar bandar, kena sewa rumah,transpot lagi,sara hidup, bahan pembelanjaran dan sebagainya yang memang amat sangat bergantung kepada pinjaman PTPTN...
    Myboiler

    BalasPadam
  17. sbg batch 1st yg blajar sc & math in english,,,uni rasa ppsmi xsalah...
    dulu uni pon teruk english (teruk sgt2),,tp pas ppsmi, impruf la sikit english..
    ppsmi x salah...
    wat student2 yg xleh score sb blajar dlm bhs igris,,,adkh korg dah study betol2?? kalo dah study hard,,but still x score rendah jugak...mmg la ppsmi patut dmansuhkan...tp kalo stdy maen2,,,errr no komen la beb...


    pasal ptptn,,,kecian la kat kami yg x aya ni.....huuuuuu

    BalasPadam
  18. Hardy: pernah juga terdengar pasal kisah nakkan laku buku teks yang beraliran Inggeris. Tak sangka ianya betul pula ye.

    bagus la kalau dah siap bayar habis.. =)

    BalasPadam
  19. ppsmi.. saya pun tak setuju kalau dimansuhkan... kita perlukan graduan yang fleksibel, boleh bekerja di mana2 saja di seluruh dunia... kalau setakat cemerlang di negara sendiri, tetapi tidak boleh bersinar di dunia luar, tak boleh jugak.. skarang kita banyak usahasama dengan syarikat luar negara... terutamanya dalam bidang sains...

    sebenarnya bagi saya, ppsmi dijalankan secara mengejut... niat itu betul, tapi cara pelaksanaannya kurang efektif...

    PTPTN tu.. tak patut kot.. kesian kat pelajar2 yang susah... sekurang-kurangnya duit tersebut dapat meringankan beban.. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga... =(

    BalasPadam
  20. weeee
    mcm2 isu dah kan
    yg ptptn tu
    kesian la kat budak yg x mampu tapi dapat smbg belajo
    tapi ape bole buat
    yg dh keje x nak bayo
    huuu
    sian kat adik2 ha....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker