Langkau ke kandungan utama

Lihat dengan Warna Ceria


Assalamualaikum.

Entri peribadi yang kebudak-budakan. Hari ini aku rasa agak-gembira-lah.

Kenapakah?

1. Aku mimpi entah apa-apa, siap mimpi pergi Korea dan berpeluang makan makanan diorang tu. Ni semua sebab aku tengok cerita chef Korea sebelum tidur. Haha~ Kan dah terbawa-bawa dalam mimpi. Serius, teringin nak rasa bagaimanakah rasa makanan tu.

2. Tetiba teringin sangat nak makan kek. Nak kata dah lama tak makan, raya baru ni je (baru 3 hari lepas) dah makan kek yang sedap. Mahal dan ingredientnya pun berkualiti. Sedap sangat, okay.

Kebetulan, jumpa blog yang mana mamat ni pandai dan rajin masak. Korang bayangkanlah, masak untuk lunch saja macam-macam dia masak. Menyelerakan.

Aku jumpa entri dia masak (yang boleh mengurangkan rasa aku nak makan kek tu). Aku masak apa? Ada  la, segan pula nak bagitau. Sedap, memang aku suka makanan tu dari dulu lagi. Sekurang-kurangnya tak la rasa meroyan nak makan kek sangat. Dah dapat apa yang disukai, kuranglah nafsu nak makan kek. Hehe~


3. Akaun Nuffnang dah Ok. Sebelum ni aku tak dapat nak akses. Dah minta tolong dan hantar tiket pun tapi tak boleh jugak. So, memang aku tak dapat nak join la event Award Asia Pasifik tu. Jeles juga tapi redha je la, dah bukan rezeki aku. No big deal =)


4. Kenapakah malam semalam aku rindukan dia? Apakah tandanya?


Awak, telepati awak tu kuat la. Kalau awak rindukan saya, saya dapat rasa. Ada satu malam tu, kuat sangat rasa tu. Awak sihat tak? Kenapa awak ingat saya? Awak menyesal dan malu ya? Erm, tu la, cakap tak fikir. 'Awak, kalau awak rindukan saya, carilah saya. Saya okay saja. Cun saja'.


Apa-apa pun, aku masak tu sedap wei.. Haha~ *nak cover kesedihan. Hari ni aku ceria sikit.


4. Penat la baca tutorial dan aplikasikan dalam waktu yang sama. Aku buka 3 tutorial, baru lengkap semuanya. Erm, kalau aku dah pandai boleh la aku buat tutorial tu pula. Sekarang ni, aku masih blur-blur lagi. Aku nak mudahkan korang pula.


5. Rasa bahagia pula bila ada orang ingat kat aku, nak kongsi cerita. Mutual story. Aku suka juga dengan mamat tu walaupun dia tak ada rupa (ceh, memilih rupa paras je. Ello, rupa paras tak menjamin segalanya). Tapi aku suka dengan gaya gentlemannya tu. Serius, aku tahu, orang macam dia memang sangat sayangkan perempuan dan gentleman. Tapi rasanya macam tak sama pula dengan entri Anip pasal lelaki gentleman.


Kesimpulannya, lihatlah kehidupan dengan warna yang berbeza. Kalau korang lihat dengan spek hitam, maka hitamlah. Kalau korang lihat guna kaca mata berwarna sepia, kan ke lebih menarik. Kalau pakai spek, lagi baik. Jelas, terang. Haha~ *Apa yang aku merepek ni?

Ok la, sayang semua =)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.



Ulasan

  1. nak balas yg no 4 tuh,..sy memang rindu awak pown,..hahaha,..

    BalasPadam
  2. jiwa: patut pun awak datang sini. rindu saya rupanya. kahkah.

    BalasPadam
  3. wow, rajinnya menengok tutorial :P

    BalasPadam
  4. haha...x acinya kak sha sbb ada chance mimpi p korea. sy yg fanatik nie pon, x pnah mimpi.mimpi plakon korea,ada arr.hahah. hmm...kalu dya tue rndukan kita, tringat kat kita, knpemnya kita pon akn dpat rsa. sbb ada glombang yg dhntar. so, kita pon kena laa antaq gelombang blik kat dya.hahhaa...

    BalasPadam
  5. Azri: blogger tak tentu arah macam aku ni kena la belek-belek tutorial. Ko lain la, dah pandai bab ni semua. Aku baru nak belajar. Haha~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker