Langkau ke kandungan utama

Psst, Heart to Heart: Sila Dengar Kalau Mahu Maju

Assalamualaikum...

Entri pesanan dan blogging.

Hari ni ada kesempatan untuk aku berjalan-jalan blog (blogwalking) walaupun sibuk bantu mak balutkan pulut panggang. Mak nak bawa pergi masjid untuk berbuka dan tinggalkan sedikit untuk makan di rumah. Korang dapat bayangkan tak, banyak kot kena balut.

Ok, teruskan cerita. Dengan internet yang agak teruk hari ini, aku tak tahu kenapa line teruk sedangkan paparan line tinggi daripada biasa. Tapi connectingnya lambat. Aku BW pun hanya kepada mereka yang mengomen di entri aku. Kalau setakat tinggalkan jejak kat shoutbox, kirim salam la. Haha~

Ada pula blogger yang melakukan kesalahan. Aku tak marah kerana rata-rata mereka ni adalah blogger baru dan mempunyai line laju pakai streamix kot. Haha~ Gurau.

Memandangkan mereka jugak termasuk dalam bloglist heart to heart, maka rasanya perlu untuk aku tegur walaupun dah ramai gile otai lain dah berbuih mulut.. Tapi mungkin diorang tak tau.

Sekali lagi, aku tak marah, cuma menegur.


1. Lambat load

Masalah ini berlaku kerana blog tu disumbatkan dengan segala elemen yang tak perlu.


-Gambar-gambar peribadi korang tak payah la nak letak banyak-banyak. Satu dua sudah. Ni dah macam galeri gambar pula. Tak pun macam kedai gambar. Tapi aku yang pernah kerja kedai gambar ni tak letak gambar banyak-banyak dalam kedai. Serabut seh.


-Ada lagu dalam blog. Er, ada lagi ke yang letak? Aku rasa bloglist heart to heart tak ada letakkan lagu. Kalau ada, sila keluarkan. Lagu atau video gerak-gerak akan memakan ruang dan masa untuk load. Ingat, orang datang nak membaca, bukannya nak dengar lagu. Lagu, jam, kalendar, muka Mia Sara atau chippunk yang wish sila tinggalkan komen, tak perlu.. Menyemak jer.


-Sila pastikan entri korang dalam satu halaman ada tiga sahaja. Halaman tu yang mana? Korang pergi kepada home blog korang. Itu la dia. Tak tau cara nak edit? Meh, aku ajarkan.

Dashboard > setting> show taip 3 dan tandakan post, ok. > save setting.


Sebenarnya boleh antara 3-5 tapi aku rasa better 3 la. Melalui pengalaman aku tak ramai yang buat 5 post dalam satu page. Kalau yang buat juga tu, mungkin budak baru atau dia buat page break. Tapi still lambat load la.

Page break tu apa? Page break tu adalah pemotong yang digunakan untuk memendekkan entri yang dipaparkan. Nak baca entri penuh, kena tekan read more.

Nak aku ajarkan? Ok, sila baca dengan khusyuk dan tawaduk. Hehe~

  • Masuk buat catatan (new posting), taip apa sahaja sampai dua perenggan.
  • Tengok menu kat atas. Ada hyperlink, jumpa tak? Then, insert picture, insert video dan aha, page break. Dah jumpa pun page break yang macam gergaji tu atau macam koyak kertas.
  • Tekan sahaja page break untuk memisahkan perenggan tersebut.
  • Publish. Tekan home pada blog. Tengok, ada read more tak pada entri testing tadi?


2. Komen

Kalau korang datang blog aku sekadar singgah kat shoutmix setelah aku komen entri blog korang, sila la angkat kaki dari join bloglist aku. Tujuan aku buat bloglist supaya boleh beramah mesra tapi kalau korang setakat nak singgah kat shoutbox, boleh blah la. Aku tak hinggin dan  tak alu-alukan pun kehadiran korang. Wah, emonya.. Terbaca skrip emo la. Haha~


-Shoutmix pun penting. Wajib ada. Memandangkan korang ni tak la seotai mana (dari segi ziarah dah singgah aku), maka wajib ada. Otai-otai pun masih ada shoutbox tak kan korang tak nak kot?


-Selain itu, sila up grade k. Shoutmix aku dah up grade. Sila klik pada up grade your shoutmix pada shoutmix aku tu, kat atas k. Selepas korang tekan button Show/hide. Ada kan?


-Sila pastikan komen korang pun tak ada word verification ya. Tak perlu takut spam. Kalau ada spam, ia akan masuk ke dalam spam box.

Dashboard > setting >  comment > show verification for comment? Sila tandakan no. > Save.

Atau boleh tengok tutorial ni: Tutorial Buang Verification

Blog aku kena tulis words verify tak? *Kot-kot la aku tersilap setting lagi. Kadang-kadang kita tak perasan.


3. Cara penulisan


-Sila buat perenggan macam aku k. Aku buat perenggan selepas 2-4 baris, bukan ayat. Ayat, kalau pendek, banyak la. Kalau panjang, dua ayat je.


-Korang boleh buat 5-7 ayat dalam satu perenggan. Ikut kesesuaian dan cita rasa korang. Kalau tak ada perenggan, mata akan cepat letih nak menggadap ayat dan nampak beritam (hitam) je. Mula la mood malas nak baca menyerang. Hehe~


-Pastikan juga ayat atau perkataan yang korang cakap tu orang faham. Ni short form dan pendek-pendek je. 'Kan' jadi 'an'.. Tolonglah berbahasa dengan betul. Biar semua orang faham. Er, korang faham tak ayat aku?


Itu sahaja setakat ini.

Ingatlah, blog kita bukan setakat tatapan kita seorang. Ramai yang ingin membaca blog kita yang cantik dan hensem tu. Tapi beringatlah tak semua orang menggunakan line streamix dan Internet di Malaysia ni tak la semaju Korea yang tengok video tak perlu tunggu buffering.

Teguran semasa blogger. Heart to heart. Kalau aku salah, jangan segan, jangan malu, tegur lah aku.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




   

Ulasan

  1. haaa... errr... nie yg makin takut nak mai sini ni.. haha!

    blog aku oke je kan..lalala~

    upgrade shoutmix.. ? haaa.. ??

    apa tuh.. ? >.<''

    BalasPadam
  2. setuju!!! tak mau ade lagu2 tu..terkejut tau...lau der bende gerak2 ikot cursor pon tak mau..rimas....:))

    tq sha...sharing info...
    nak bitaw lagi sekali..jeles sebab blog sha dah der header..:))

    BalasPadam
  3. haaa... maleh komen kt shoutbox,, yerlaa.. haha! kot lnsung tak jnguk :p

    upgrade shoutbox tuh, bukan ka kena duet >.<''

    takmoo~~ haha!

    btw,,, dint u miss ur family.. ? haaa.. tak kan kot~

    BalasPadam
  4. heheh...nice share...:)

    p/s; sha, Han cuma nk bg rupa baru je pada blog sha tu je..tu pun kalau sudi...heheh

    BalasPadam
  5. sy rasa takde kut ciri2 kt atas tu,,hehe,,neway cantik header br,,wat sendri ke?

    BalasPadam
  6. kusyuk bui baca entri ni taww..best2..nnt bui akan periksa semua yg sha katakan kat sini...anyway,header baru tu nice lah..hehe

    BalasPadam
  7. Ark, tetiba terbukak luas mata biler bce entri k'sha nih... heee! ilang tros demam.. :D

    BalasPadam
  8. Info yg sangat bernas dari blogger senior. Huhu. thx ye.:D

    Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!

    BalasPadam
  9. bagus info tu..saya dah ikut nasihat awak..

    1)tuka jumlah show post
    2)tuka word verification

    thanks 4 the info..

    BalasPadam
  10. Aiman: Takut nak mai sini sb kena setempek ek?

    blog ko ok jer.

    up grade shoutmix yg tak perlu kena bayar la, dik non..

    Ha, tau takut nak tinggal jejak kat shoutmix. Wakaka~

    mestilah rindukan keluarga =)

    BalasPadam
  11. iera: lagu menggangu lagu yg berada dlm lappy ni. rasa nak bakar je blog org tu. Ekeke~

    sama2. sharing is caring.

    pe hal nak jeles? nak tolong buat, sis pun tak pandai. Jadi, sila la berbaik dgn kawan2 blogger =)

    BalasPadam
  12. keroro: pujian dari anchor ni.. hehe.

    ai, ia chip.. hehe~

    TQ2 =)

    BalasPadam
  13. miss ina: bagus la kalau tak ada ciri-ciri tu.

    header tu dibuat oleh Anif Abdullah tapi diedit oleh Sha My heart. Hihi~

    Boleh rujuk:

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/08/jom-komen-header-baruku-2.html

    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/08/dilamar-keroro-tq-wei-wordless.html

    haha~ poyo giler..

    BalasPadam
  14. Sis Bui: sampai khusyuk ke? lawak la sis ni.

    Ok, sila periksa. tapi rasanya sis dah tak ada buat salah kot.

    header baru, yeah.. suka2.. hehe~ xD

    BalasPadam
  15. Miz marmalade a.k.a fara: bagus la kalau sentap. Haha~

    Bukan marah tau tapi tegur. Buat perubahan, k.

    semoga cepat sihat =)

    BalasPadam
  16. Abe Goreng: Kenapa panggil senior plak? Kite budak baru la..

    Sama2 =)

    BalasPadam
  17. Shahira: TQ..

    semoga bermanfaat. =)

    BalasPadam
  18. betul2 tu dear,, tpi nk letak lgu boleh jewp cume kena ada butang pause lah jgn nampak butang X jewp.. huhu. PSTT feyqa letak lagu raya kat blog gune you tube player, jemput dgr ekeke

    BalasPadam
  19. Feyqa: terpulang..
    tapi serius mmg tak suka pergi ke blog yang letak lagu. walaupun ada butang pause tapi melambatkan loading blog keseluruhan.

    Rakyat Malaysia ni ramai yang guna broadband yang tak laju mana. Kalau duk di pedalaman, line sangat teruk walaupun dapat 3G. Itu pengalaman Sha masa melepak kejap rumah kakak kat Melaka. See, Melaka negeri yg maju tu pun line lembab.

    Terpulang, itu blog masing-masing.

    BalasPadam
  20. thnk kak sha..sangat membantu dgan info2 tersebut=)

    BalasPadam
  21. blog aku takde shoutbox. malas aku, spam je memanjang. -.-"

    BalasPadam
  22. kahkahkah lek dulu...mengajar newbie slow2 la. dorg xtau pe pon.

    BalasPadam
  23. dah byk jumpe entri cmni. tp still byk blog yg wat kesalahan yg sama. mungkin diaorg ni rase "blog aku, suke ati aku la nk wat pe". adei.

    btw, blog saye ok x? heee =)

    BalasPadam
  24. sha,blog Cik Mel ok x?
    tgur2 ye~thanx!
    syg sha~

    BalasPadam
  25. Anna: Terima kasih. Biasa-biasa je ni.

    Selamat beramal. Ekeke~

    BalasPadam
  26. Atik: terpulang la, nak dengar ke tak. Ini teguran daripada blogger. Blog tu kan blog Atik.

    BalasPadam
  27. M.D: Itu kes berkecuali, beb.

    Blog ko bagus ramai yang cemburu la tu. Hihi~

    BalasPadam
  28. Paris: Bukan ajar newbie tapi ajar kawan-kawan.

    BalasPadam
  29. Yaya: A ah, ada je entri yang kupas topik ni.
    tapi dah diorang nak buat hal masing-masing (blog aku, suka hati aku la).

    BalasPadam
  30. Mel: Kalau semua yang Sha cakap dalam ni Mel ikut, okay ja =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker