Langkau ke kandungan utama

Tips Mengenalpasti Kesalahan dalam Blogging

Assalamualaikum...

Entri tips.

Sebenarnya, aku nak tulis cerita lain. Lain yang kuar. Edit dulu dan tarraaaa.. Ini yang korang dapat. Baik untuk korang jugak, kan?

Jom baca.


1. Cerita tak ada apa nak kutip

Bebaru ni aku BW sikit. Tetiba rajin nak BW. Biasanya aku malas.

Sebab utama aku malas nak BW ni bila masuk blog orang yang entrinya yang tak ada sebarang nilai untuk orang lain. Kalaupun nak tulis pasal peribadi pun tulis la pengajaran sikit untuk readers kutip.


2. Orang berbudi kita berbahasa, orang komen kita pun kena komen juga


Kite komen entri dia,dah tu, tak reti-reti nak komen entri kite..?

Hak eleh bajet jer entri dia tu bagus..

Kalau datang balik pun singgah kat shout box jer. Rasa nak lempang jer. Macam tu nak jadi blogger harapan? Jangan harap la dik. Nak patah balik ke blog ko, sorry la.. Belum terkenal dah sombong bagai. Campak laut bagi jerung makan lagi bagus.

3. Copy Cat

Itu aku tak hot sangat. Paling buat aku geram, dah la ambik entri aku buat macam entri laki mak tiri dia punya. Lepas tu tanya aku, 'eh, entri tu pun ada dalam blog saya.' Ikutkan hati mahu saja aku sembur dia. Tapi aku masih waras. Setiap persoalan dia, aku jawab dengan tenang.. Sabar je kan aku ni? Haha~ Puji diri pula minah ni kan? Cepuk kang baru tau.. Wakaka~

Tak halal ambik hak orang tanpa izin. Tak halal, kalau ada kaitan dengan duit, duit pun jadi haram.

Kalau nak entri elok, buat la sendiri. Belajar dari otai. Belajar sendiri. Try and error. Aku pun berbulan baru nak sampai tahu nak buat entri, apa tah lagi korang yang baru ada 10 entri.. Sabar la. Belajar perlahan-lahan.

Kalau korang copy je, mana korang nak belajar? Orang tak respek korang tapi menyampah ada la..



4. Jangan pilih kawan, otai jer boleh pilih kawan


Dunia blog Malaysia ni bukannya besar mana. Aku yang jarang BW ni pun tau yang dunia blogging Malaysia ni tak la sebesar mana, korang yang selalu BW mesti lagi tau, kan? Ok, sebut pasal ni, aku nak kongsikan sesuatu.

Aku baru sahaja berjaya mencapai eh, blogger baru saja mengikuti blogku berjumlah 1000 orang. Lepas tu aku nampak ada la blogger otai singgah kat blog aku. Sebelum ni, dah lama dulu, ada la aku singgah dan jadi follower mereka. Sekarang baru mereka patah balik ke blog aku dan duk promote supaya masuk blog diorang. Selagi aku tak masuk, duk promote situ la. Ehem, nampak sangat korang ni memilih kawan, kan? Haha~

Tapi aku ni kan orang yang baik, memang aku pergi jer ke blog yang promote tu.. Tapi ikut mood jugak. Haha~

So, korang kalau nak berkawan dengan otai, sila cepat tambahkan follower blog korang. Tak tau caranya? Meh rujuk sini meramaikan follower dan sini cari idea.

Orang akan pandang kita bila kita ramai. Er, sila applikan konsep ini bila blog kita masih baru nak naik atau sudah lama tak naik-naik macam blog aku ni. Haha~ Yang masih baru tu biasa la tapi kalau sudah lama, memang la ada masalahnya. Masalah utama blog berat dan entri tak best.


Erm, apa lagi yang aku nak membebel? Setakat ini dulu la..

TQ sudi singgah sini. Alang-alang singgah, jom la tinggalkan komen sikit.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker