Langkau ke kandungan utama

Tips Cara Tangani Tak Ada Idea Nak Buat Entri (Tips Mencari Idea)

Assalamualaikum...

Entri Tips kembali lagi. Haha~ Macam Tora kembali lagi daa.. Hihi~

Ok, kenapa aku selalu buat entri tips je? Aku terpengaruh dengan si Anip. Sila la melawat blog dia, selalu jer ada tips. Jeles aku. Haha~

Tak ada la, aku tak ada benda nak jeles pun. Dia ada cara dia, aku ada cara aku dalam dunia blog ni. Tapi apa yang baik, boleh dijadikan kekuatan, kan? (Anip, sila jangan jeles, dik. Haha~ Tak faham? Ingat balik thread psot kat FB yang kata tak top up tu. Get it?)

Ok la, mesti korang tak sabar-sabar nak tau apakah tipsnya, kan?

Meh baca sini.


1. Catat

Mesti korang pernah bila jer buka nak tulis entri, idea tetiba blank, kosong, kan? Aku pun pernah macam tu, terutamanya pada awal kemunculanku dalam bidang blog ni. Hehe~ Skemanya ayat.

Untuk mengatasinya, catat. Apa sahaja yang korang rasa ok, sila catat dulu. Catat je dalam buku, handphone, komputer. Kalau nak bagi kesan sikit, emelkan ke akaun anda sendiri dan hantar mesej (SMS) ke no anda. Haha~

Untuk catat ni, pastikan ada alat untuk mencatatnya pada bila-bila masa. Guna daun pun boleh. Haha~ Tapi jangan duk catat kat dinding sudah la. Kang jadi vandalisme pula. Kalau grafiti tak pe jugak. Haha~




2. Rakam

Kalau korang malas nak catat, apa kata korang rakam jer. Alatan yang boleh guna ialah handphone, camera, handycam, laptop camera (webcam) dan lain-lain yang sesuai. Pasang kamera video atau perakam suara, mula la bercerita.

Silap-silap, korang boleh buat vlog dan lebih famous dari Ahmad Lufthi dan Anwar Hadi. Kan berbaloi tu..


3. Blogwalking (BW)

Aku cadangkan korang melawat kawan-kawan korang.. Tapi kalau tak dapat idea yang best, BW je ke blog yang lain. Mungkin korang akan dapat idea yang best tapi janganlah korang ambik idea dia pula. menyampah jugak tau bila ada dua entri yang sama dalam dua blog.

BW je tapi korang kena tulis entri sendiri dengan penambahan idea. Kenapa kena tulis sendiri? Sebab orang akan tahu bila korang ni ciplak hak orang lain atau idea tu memang fresh dari ladang.

Entri aku memang fresh dari ladang la. Kalau ianya ada di blog lain, sama ada aku yang ambik (dengan nyatakan sumber) atau ada orang yang ciplak apa-apa yang ada dalam entri aku. Kalau korang ternampak macam tu, sila berikan dia amaran untuk letakkan sumber. Kalau tak, dunia blog kita penuh dengan sampah. Ye la, asyik cerita yang sama berputar-putar.


4. Facebook


Aku yakin post-post kat facebook korang pun macam aku jugak yang mempunyai macam-macam jenis, sedih, takut, tertekan, gembira dan sebaginya. Aha, apa kata korang ambik jer dari situ.

Tapi jangan ambik semua la, tak best kalau baca semuanya tanpa ada ulasan selepas tu. Bosan pun ada jugak.

Aku pun masa awal-awal kemunculan dalam dunia blog buat macam ni jugak. Sebab masa tu tak tau macam mana nak buat entri yang baik. Ha, korang dah tau ni tak boleh la buat macam tu lagi, tau.


5. Kehidupan

Kehidupan kita memang tak kan ada yang samanya, setiap adik beradik pun ada yang berbeza apatah lagi kita yang latar kehidupan yang berbeza. Ramai yang suka terutamanya blog budak-budak luar negara (negara orang putih, Jepun, Korea terutamanya) kehidupan pelajar di sana.

Tak percaya? Ramai saja yang berjaya dalam bidang blog ni. Contohnya, Ariff Shah (Russia). Cik Fatin Liyana (Indonesia) pun tak kurang hebatnya.

Selain dari kehidupan harian, kalau seseorang tu model, memang cepat naik. Tak percaya? Cik Epal, Nurul Badiah Lai, Nadia Marcello, dan sape ya?

Nak tulis pasal kehidupan ni boleh, tapi pastikan korang kena la letakkan pengajaran jugak. Tak guna kalau buat entri gedik seperti ' ada orang tak kenal ajak kahwin, ada orang tak keanl puji cantik'. Erk, rasa nak muntah! Kalau budak tu depan aku, rasa nak bagi pelempang jer. Semoga hilang dia punya sawan gedik tu. Yek!

Jadi diri sendiri. Tak perlu nak tunjuk korang tu baik ke apa ke.


Itu saja kot untuk kali ini. Semua korang dapat sesuatu. Nak bagi pendapat atau luah pape, sila tinggalkan dalam ruangan komen, k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. kb selalu dpt idea time atas moto.. :(
    nk ctat xleh..tp bila da smpai mesti lupe.. hehehe

    BalasPadam
  2. KB: ganas tu.. haha~

    fokus tau. Igtlah org tsyg

    BalasPadam
  3. ijam: itu kite tak tau la nak wat pe.. hahaha~

    kalau boleh, simpan jer kuat2 dalam kepala..

    BalasPadam
  4. haha.. thanks kak sha.. anip akan terus menyokong blog ini..wah!!*tetibe*
    Nanti nak try ah balas balik apa yg dari entry nii.. leh? :P

    BalasPadam
  5. anip: sama2..

    Ok, no hal.. cuba la balas, kite main hack2 nak? hahaha~

    jgn lupa masukkan link kak sha, k dalam entri tu.

    BalasPadam
  6. tulih ja apa yang patut..jnji ada yang boley pakai..hek3....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.. Janji ada manfaatnya, insya-ALLAH, ada ganjarannya di sana nanti

      Padam
  7. thanx kak sha atas tips di atas...tapi kan, ana selalu la bile nak mula ayat xreti...10minit kowt dok padam tulis ayat mula2...hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo, Ana ok lagi. Kak Sha duk depan PC / laptop / hp, jadi blank. Tak tau nak tulis apa. Tak ingat apa-apa untuk dinukilkan.

      Padam
  8. haaa.. betul3. klau ade idea kne type cpt2. takpun tulis je tjuk dlu. nati idea lari2 hheeeheee >.<

    BalasPadam
  9. as'salam..
    berguna gk entry ni..thanks2 (dak bru nk blaja berblog) :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker