Langkau ke kandungan utama

Minta Maaf, Sibuk Jaga Anak Saudara Yang Nakal

Assalamualaikum...

Minta maaf kepada kawan-kawan yang telah singgah ke blog tak glamour ni, (Haha, perasan glamour ke? Mana ada la..) tapi kunjungan korang tidak berbalas. Bukan tak ingat. Bukan sombong tapi line dan kesibukan menyekat.

Sekarang ni Sha ada di Melaka, menjaga anak saudara yang demam campak. Setakat jaga je tak ada la masalah sangat. Yang memburukkan  keadaan dan mood untuk blogging ialah anak-anak saudara Sha sangat lah nakal dan main macam-macam walaupun kena tinggal kat rumah dua orang.


Setiap hari Sha kena jaga dua orang anak saudara. Bihah, baru semalam cukup 4 tahun dan Amar, 5 tahun. Sangat nakal. Bihah pula asyik melekat dengan Sha. Semuanya nak ikut Sha sampaikan nak mandi, nak makan dan tidur malam sama dengan Sha. Kalau mama dia, tak nak ikut pun.

Amar pula sangat nakal dan asyik meninggi suara sahaja. Nak redakan keadaan, kena la Sha pun tinggikan suara juga.

Tapi diorang ni comel dan pintar.

Dua hari duduk dengan diorang memang sakit jugak la tekak ni asyik tinggikan suara jer dan pening kepala. Tangan je naik la jugak kalau dah tak tahan sabar. Tapi susah la nak naik, kecuali dah berkali-kali cakap, dia tetap buat perangai.

Hari ini, Sha dah makin ok, dah kurangkan tinggi suara dan nasihatkan diorang baik-baik. Teringat juga cara-cara nak redakan marah, iaitu dengan menarik nafas panjang-panjang dan bertenang.

Best jugak la duk dengan anak buah kat rumah. Semalam main cop guna pelepah pisang dan water colour. Hari ni main tekap duit syiling. Nak tekap ni bukannya mudah bagi kanak-kanak ni. Tak boleh gerak dan lari tumpuan. Ini mengajar diorang bersabar dan disiplin. Mood diorang pun ok. Tenang sikit.

Esok, nak ajar lukis apa lagi ya?

Minta maaf ya kepada sesiapa yang Sha tak sempat nak kunjungan balas terutamanya Encik Khairil. Erm,siapa lagi ya? Kepada korang jugak kalau Sha tak sempat nak jenguk sekarang, Sha akan ambil masa sikit. Harap sabar ya.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker