Langkau ke kandungan utama

Minta Maaf, Sibuk Jaga Anak Saudara Yang Nakal

Assalamualaikum...

Minta maaf kepada kawan-kawan yang telah singgah ke blog tak glamour ni, (Haha, perasan glamour ke? Mana ada la..) tapi kunjungan korang tidak berbalas. Bukan tak ingat. Bukan sombong tapi line dan kesibukan menyekat.

Sekarang ni Sha ada di Melaka, menjaga anak saudara yang demam campak. Setakat jaga je tak ada la masalah sangat. Yang memburukkan  keadaan dan mood untuk blogging ialah anak-anak saudara Sha sangat lah nakal dan main macam-macam walaupun kena tinggal kat rumah dua orang.


Setiap hari Sha kena jaga dua orang anak saudara. Bihah, baru semalam cukup 4 tahun dan Amar, 5 tahun. Sangat nakal. Bihah pula asyik melekat dengan Sha. Semuanya nak ikut Sha sampaikan nak mandi, nak makan dan tidur malam sama dengan Sha. Kalau mama dia, tak nak ikut pun.

Amar pula sangat nakal dan asyik meninggi suara sahaja. Nak redakan keadaan, kena la Sha pun tinggikan suara juga.

Tapi diorang ni comel dan pintar.

Dua hari duduk dengan diorang memang sakit jugak la tekak ni asyik tinggikan suara jer dan pening kepala. Tangan je naik la jugak kalau dah tak tahan sabar. Tapi susah la nak naik, kecuali dah berkali-kali cakap, dia tetap buat perangai.

Hari ini, Sha dah makin ok, dah kurangkan tinggi suara dan nasihatkan diorang baik-baik. Teringat juga cara-cara nak redakan marah, iaitu dengan menarik nafas panjang-panjang dan bertenang.

Best jugak la duk dengan anak buah kat rumah. Semalam main cop guna pelepah pisang dan water colour. Hari ni main tekap duit syiling. Nak tekap ni bukannya mudah bagi kanak-kanak ni. Tak boleh gerak dan lari tumpuan. Ini mengajar diorang bersabar dan disiplin. Mood diorang pun ok. Tenang sikit.

Esok, nak ajar lukis apa lagi ya?

Minta maaf ya kepada sesiapa yang Sha tak sempat nak kunjungan balas terutamanya Encik Khairil. Erm,siapa lagi ya? Kepada korang jugak kalau Sha tak sempat nak jenguk sekarang, Sha akan ambil masa sikit. Harap sabar ya.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Kanak-kanak begitu ceria..
    sibuk sikit.. semuanya nak sibuk. macam tak ada privasi. haha~

    BalasPadam
  2. Pinjam seorang anak buah kak sha.. haha~ ketegaq ikut untie dia la tuhh..haha

    BalasPadam
  3. wah..dah ada kat melaka...

    biasa le tu Sya...utamakan dahulu keluarga...blog tu no. 2...
    nanti ada masa free nanti bolehlah jenguk2 le...hehe...

    lama ke duduk sana?...

    BalasPadam
  4. sabar ajelah sha..budak2 mmg mcm tu..*_*

    BalasPadam
  5. anip: uii, mana boleh pinjam2.. nanti dia melekat terus kat uncle anip tu..

    ketagaq apa plak kak sha ni? Atoi..

    BalasPadam
  6. Encik Khairil: Sha dah ada kat Melaka ni. Saja tak nak bagitau sesape, surprise la katakan.. Haha~ tak de nya surprise tak ketahuan hala.

    ok, family 1st.

    tak la lama sangat. lepas amar dah sihat, blah la.. lepak selangor plak. haha~

    BalasPadam
  7. Sis Bui: kena jadi garang sikit.. tak boleh bagi hati sgt budak2. Kan klu nak melentur buluh, biar dari rebung.

    BalasPadam
  8. uih...lepak kat selangor pulak..macam orang politik ye ... ceramah sana sini...hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker