Langkau ke kandungan utama

Kenapa Letak Bloglist Otai? Satu Persoalan Besar

Assalamualaikum...

Entri pasal dunia blog.

Entri ini agak sinis. Sesiapa yang terasa, memang patut. Itu memang tujuan dan niat aku. Aku nak bagi korang terasa dan berfikir sikit. Kita ni sebagai blogger jangan jadi blogger yang dicucuk hidung.

Aku baru jer perhatikan perkara ni bila masuk blog-blog  yang aku jelajah termasuklah blog korang. Korang ada terfikir tak perkara yang sama?


1. Kesan dari blog otai?

Adakah kita rasa blogger otai tu yang satu Malaya kenal dia tu sangat membawa kesan kepada blog kita? Adakah dia pernah selamatkan kita? Did he/she ever save ur life? Aku yakin. Dia (blogger otai) tu bukannya kenal korang pun. Entah-entah tak pernah jejak blog korang pun. Nak tinggalkan komen apa entah lagi.

Jadi, kenapa nak sokong sangat dan letak kat bloglist yang paling atas sekali?

Jeles? Aku tak jeles. Cuma aku terfikir kenapa korang nak letakkan blog dia dan agungkan sangat? Kenapa tak letakkan bloglist kawan-kawan korang dulu, baru la bloglist blogger otai?  Adakah korang ni nak tunjukkan yang korang ni berkawan dengan dengan blogger otai? Ujub!

Serius aku cakap, blogger-blogger otai ni belum tentu baik. Ini pengalaman-pengalaman kawan-kawan aku yang join pertandingan Blogger DIGI Awards tu. Diorang adalah runnre tempat top 5 tau, sebelah dengan otai-otai. Dah tu, diorang cerita la perit getirnya duk kat situ. Siap ada maki-maki lagi diorang. Kasihan sangat.

Ni adalah kerja otai blog. Sejak tu, aku dah low respek pada otai blog ni. Aku bukan nak burukkan sesiapa since aku pun tak sebut nama sesiapa. Kalau korang ikuti DIGI Awards tu, korang dapat agak la.. Er, dapat ke? Haha~

Ada yang tak dapat terima kekalahan, ada yang pantang ditegur. Dia ingat dia hebat. Menyampah aku rasa. Aku dah kata dalam entri terdahulu, kesalahan dalam blogging, dunia blog kita ni tak la sebesar mana. Jadi pusing sana, pusing sini jumpa orang yang sama jugak. Ada juga yang busuk hati nak jatuhkan orang. Kalau korang memang pemerhati dunia blog yang baik, korang akan tahu.

Aku memang nampak macam tak ambik kisah pasal dunia blog. Tak ada kisah kontroversi masuk dalam blog aku ni. Tapi aku ni pemerhati dunia blog. Aku tahu apa yang terjadi dalam blogging Malaysia, okay. Jangan pandang orang tu tak ada mata. Kalau dia bagai harimau menyembunyikan kukunya? Ha, tak lama kena terkam la.. Haha~


2. Blogger Otai Bagi Traffik?

Apa? Korang tak nak trafik? Er, rugi beb. Blog kalau nak maju kena ada trafik. Jangan nak tipu la. Ada sornag kawan aku yang memang gila trafik tapi bila aku tanya dia, er soalannya aku dah lupa.. Jawapannya 'bukan trafik yang dikejarkan'.

Aku tak berapa faham jawapannya. Tapi aku rasa nak sekeh je kepala dia. Kalau bukan trafik yang dia kejarkan, then what? Memang ada jawapan yang tersendiri tapi aku rasa kawan aku ni memang gila trafik. Kalau tak takkan la dia nak promosi gila kucing punya?

Ok kalau korang nak tahu, trafik ni kalau banyak, senanglah syarikat pengiklanan nak melekat dengan kita. Duit pun berkepuk-kepuk jatuh dari langit. Haha~Mana ada duit jatuh dari langit daaa.. Semua tu memerlukan usaha yang keras. Bukan senang nak dapat. Tapi bantuan dari kawan-kawan yang menyokong, cepat sikit kan?

Kalau kata dia bagi trafik kepada korang ni adalah dengan letak link URL blog korang kat dalam blog dia, dalam ruangan segmen, adakah itu sama dengan bloglist?Jawapan aku adalah tak sama. Never!

Korang bertungkus lumus nak naikkan blog korang. Sama la jugak dengan kawan-kawan seangkatan dengan korang, susah payah. Kenapa tak je bagi trafik free dengan blog kawan-kawan korang tu teratas? Maka dengan itu, boleh la pembaca korang nampak entri blog kawan korang yang best? Kenapa tak nak tolong sesama kawan korang yang selalu singgah blog korang? Korang tak pernah terfikir ke?


3. Blogger Otai tu Kawan Korang Ke? Kenal Pun Tidak!

Kenapa korang nak agung-agungkan blogger-blogger otai? Kalau dia memang kawan baik korang tak pe la, korang nak letakkan link blog dia atas-atas. Ni kalau jumpa belum tentu dia kenal korang. Korang je yang bagi trafik free ke blog dia, tapi ada ke dia bagi perkara yang sama kepada korang. Korang pernah terfikir tak?

Kalau korang tak pernah terfikir, memang korang memang otak Melayu totok! Sebab apa? Sebab Melayu ni kebanyakannya dengki kalau orang lebih dari dia. Dia sorang je nak naik. Macam kes ni la. Dia nak agungkan blogger otai jer sedangkan kawan-kawan dia yang sokong dia selama ini dia tak hargai.

Kenapa tak ikut budaya Cina? Dia tak akan naik sorang-sorang. Dia akan bantu kawan-kawan dia untuk naik sama. Bila senang, sama-sama senang, bila susah sama-sama. Bukannya nak mengharapkan orang yang langsung tak kenal korang? Korang ingat dia nak tolong korang ke? Sorry la beb. Jauh panggang dari pinggang. Haha~

Kenapa korang tak applikasikan perkara ni (budaya Cina) untuk dunia blog korang?


4. Blogger Otai tu adalah Rujukan Korang?

Aku tahu ramai yang buat blogger otai sebagai rujukan. Ada yang admire. Dia nak pandang ke korang yang kecik je dalam dunia blog ni sedangkan follower dia berjuta-juta? Haha~ Sah-sah la korang tak kan dapat dia. wek!

Korang nak buat blog otai tu sebagai rujukan? Ok, tak kisah. Tetapi kenapa tak letak bloglist untuk golongan otai tu kat bawah ni. Ni ko letak blog tu kat atas kayangan dik non oi. Tu bukannya nak buat rujukan tapi nak agungkan.


5. Nak Promosi Blog Otai?


Aku rasa tak perlulah nak promosi blog yang sedia otai. Dah sah-sah la famous, semua orang kenal Korang ni ada otak ke tak de ni? Kenapa tak je promosi blog kawan-kawan korang yang banyak menyumbang pembangunan dan kemajuan kepada blog korang? Adakah korang ni tak pandai nak berbudi bahasa? Adakah korang kacang lupakan kulit?



Banyak dah aku tanya ni. Sila berfikir dan jawab. Aku nak tau jawapan korang pula.

Sila lah komen kat bawah ni,k.

Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
21 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)