Langkau ke kandungan utama

Demam Campak: Hari-Hari Makan Sup, Bosannya!

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan rutin harianku.

Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aku berada di Melaka sejak 3hb Julai. Ini semua kerana kakakku, Ramziah memerlukan bantuan aku. Anak lelakinya demam campak. Kakak pun tak dapat cuti banyak hari.

Pengetua sekolah dia pula gila sikit. Sekolah menengah biasa tapi dia nak buat macam sekolah berasrama penuh yang mana kelas tambahan untuk tingkatan 1-5. Kalau sekolah biasa, hanya tingkatan yang akan mengambil peperiksaan besar sahaja diadakan kelas tambahan seperti tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 5 (SPM).
Maka, pukul 5 atau 6 petang baru boleh balik rumah dan masuk kerja pukul 7.15 pagi, kena pantau budak-budak membaca buku, sedangkan kelas bermula atau jam sebenar bekerja adalah pukul 7.45 pagi.

Kepelikan pengetua tu lagi, dia hanya suruh je anak-anak buah dia buat kerja, tapi dia tak buat sama. Memang ada yang marah la kalau macam tu kan? Sebagai ketua, kita kena la tunjuk contoh yang baik.

Pengetua ni juga seorang yang pendendam jugak la, sebab kalau ada yang tak ikut aktiviti dia, dia akan aim dan siap la. Bebaru ni, dia panggil kenduri kahwin anak dia. Semua orang wajib pergi. Kalau tak, siap la. Bukan itu saja, siap kena pakai baju ikut warna tema yang dia mahu. Hahaha~

Ada juga orang macam ni. Kalau kita ada kat atas ni, rasa biasa jer. Tapi bila duk bawah ni rasa lucu dan agak membebankan.

Ok, berbalik kepada Amar, seorang saja anak lelaki kakak, dia demam campak, besar-besar. Mak kirimkan (aku yang bawa) pokok bayam duri diletakkan dalam bekas mandi, rendam. Sejuk je air dia. Semua orang mandi air tu. Aku pun mandi juga, risau berjangkit la. Ooh, tidak!

Tidurnya berlapikkan tikar. Bawah tikar tu diletakkan daun ... (ala, terlupa la namanya. Bukan daun mambu -Orang Utara tau la daun ni). Tapi bukannya dia tidur sangat pun atas daun tu. Dia tidur dengan aku.

Semenjak aku datang ke rumah ni, anak-anak saudara akan ikut dan rapat dengan aku. Tidur pun semua gaduh-gaduh nak tidur dengan mak njang dia. Sampaikan mama mereka merajuk. Ye la, anak-anak semua nak tidur dengan mak njang, siap buat turn tapi tak nak tidur dengan mama. Haha~

Kena buat turn tu sebab aku rimas ramai-ramai.  Semuanya, empat orang. Tidur pula dalam bilik. pernah malam tu, tidur bersama 3 orang anak saudara. Asyik terjaga je sebab takut tertindih. Nak beralih pun susah. Sejak tu, aku hanya benarkan dua orang sahaja yang menemaniku tidur.

Hari-hari makan sup ayam. Nak cepatkan sembuh dari demam campak. Tak boleh makanan bergoreng. Tapi abang ipar belikan makanan berminyak untuk orang lain yang tak demam campak.

Sekarang ni, abang ipar pula kena campak. Yang teruk kan keadaan, tak boleh masak bergoreng sebab abang duk dalam rumah. Hari-hari makan sup. Tensionnya.. Ada resipi tak yang tak perlukan menggoreng atau tumis? Aku tahu ada tapi resipi apa ya? Nak panggang-panggang pun susah, rumah taman. Kena search internet dulu ni.

Harap-harapla aku tak kena campak pula.. Campak yang besar ni aku belum kena. Risau jugak.


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)