Langkau ke kandungan utama

Terharu Kan, Bila Ada Orang Ingat Pada Kita?

Assalamualaikum...

Hari ni aku buat entri pasal bebudak blogger yang aku rapat terutamanya student UUM.

Tak tahu? Meh, klik link ni.

Aku buat geng Sintokkian terharu. Rerupanya ada jugak orang yang buat aku terharu. Terima kasih


Jom dengar cerita aku..

Aku memang tak tidur malam la sejak dua minggu ni. Aku stay sampai pagi. Pukul 10 baru la reti nak cari katil. Hihi~ Kalau kat rumah, memang la kena marah. Shyy~ jangan bagitau sesape..




Aku nak share kat korang yang aku rasa sayu sikit, sebab adik kesayanganku dah nak balik negeri dia,Sarawak. Mubin. Lebih dikenali dengan nama Cikgu Fahmi.

Aku dengan dia ni tak la rapat sangat. Aku tau dia ni jenis pemalu. Jadi, aku la yang banyak tegur sapa dia dulu.

Mula-mula, aku beranikan diri tegur dia kat fb dulu. Komen status fb dia. Dia ok jer. Bila kat fb, selalu jugak la chat dengan dia terutamanya bila dia nak tau pasal blog. Aku ajar dia la dan hasilnya, tarraa..  http://amihero.blogspot.com/

Tapi, hasil blog tu, bukan aku yang ajar. Dia yang buat sendiri. Aku cuma tunjuk ajar sikit-sikit saja dan dia yang banyak explore. Sungguh, blog dia lebih elok dari blog aku ni. Proud of u, Mubin =)


Aku suka pic ni sebab nampak 'mesra' Mubin di situ. Haha~


Aku kan tak tidur, jadi nampak dia post kat group fb PSSCM UUM:

Cikgu Fahmi
Sebelum saya nak balik sat g...terima lah pantun 8 kerat saya ni... Khas utk warga UUM...(bakal Ex-PSSCMUUM, Senior PSSCMUUM dan Junior PSSCMUUM)

Kalau Ada Jarum Yang Patah,
Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Takyah Nak Simpan- Simpan Dah
Buang Je Terus Ke Lautan Hindi,

Kalau Ada Silap dan Salah,
Jangan Disimpan di Dalam Hati,
Takyah Terasa Hati Dah....
Buang Masa Ja sebab aku dah nak blah...

heheheheee.....
 

Kemudian, nampak dia on line. Terus terjah chat dia, tanya dia nak balik hari ni ke?

Dia jawab, a ah hari ni.

Ingatkan lambat lagi sebab pada masa tu dah dekat pukul 8, dia masih on line. Sebab flight Kedah ke KL ada dua kali jer sehari, 8.30 pagi dan malam. Itu jer.

Tapi bila dia jawab ada kat airport, tetiba aku rasa sayu. Dah nak bertolak balik rupanya adikku ini.

Aku nasihatkan dia macam biasa la, semoga selamat sampai dan jaga diri elok-elok.

Dia jawab ok dan off line.

Tetiba ada naik notify, Mubin ada tag aku. Segera aku tengok.
Khas buat sahabat saya Nor Aqilah, Noor Hapisah, Muaz Mokhtar, Nurul Atikah dan lain2...Arigato gozaimas.
Aku rasa hairan, kenapa lah dia kata aku ni sahabat dia? Tak pe, tak pe, jom tengok apa yang dia tag. Wah, tag entri blog dia.

Aku buka. Dia ada tujukan lagunya. Terbayangkan macam mana dia berada di depan mataku dan menyanyikan lagu tu!


Sayonara....sayonora...sampai berjumpa lagi...
Sayonara....sayonara....sampai berjumpa lagi...
Buat Apa Susah...Buat Apa Susah...susah itu tiada guna nya...
Buat Apa Susah...BuatApa Susah...susah itu tiada guna nya...

Ingat..ingat itu remember..
jangan lupa itu dont forget...
saya sayang kamu...i love u
hanya lah only your
*sambung baca

Bergenang air mataku membaca entri tersebut.. Sesungguhnya, aku memang sangat menyayangi persahabatan yang terbina ini. Walaupun satu sem bersama tapi kemesraan itu bagai sudah 6 sem..

Aku pun ada buatkan untuk entri untuk diorang. Tapi belum publish. Dah lama tulis tapi stay duk dalam draf box je. Hihi~

P/s: Aku ingatkan aku sorang jer yang merasainya. Mereka juga turut merasai pedihnya perpisahan.

PSSCM UUM 2011 Terbaik!!!


Aku suka pic ni.. Ni tak cukup ramai lagi. Ada lagi geng-geng sempoi yang tak masuk.

Mubin kata aku ni cool. Cool ke? Ye kot, sebab aku rileks jer, tak de nak gedik-gedik. Ahaks~

P/s/s: Ni entri Muaz, yang aku rasa sedih plak nak baca.. Ekeke~

p/s/s/s: Bila Atiqah dan Wiena nak buat entri pasal ni? Azmi, bila nak belajar blog dengan Kak Sha?


Korang ada tak teman-teman terbaik macam ni?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Sukar utk dicari ganti persahabatan yang sudah terjalin itu..

    Utk baca semua pasal entri persatuan kita, sila klik kat kategori persatuan, ya. =)

    BalasPadam
  2. sahabat sejati sukar dicari,apabila ditemui jagalah dengan hati-hati =)

    BalasPadam
  3. @mad khaz

    Ya, sukar di cari ganti =)

    Terima kasih di atas pesanan

    BalasPadam
  4. ooo..yang ne ka..

    dah baca dah..hehee*_*

    lpe nk cment..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker