Langkau ke kandungan utama

Ko Tak De Jerawat, Boleh La..





Assalamualaikum...

Entri peribadi-peri bodi.. Saja nak luah apa yang terbuku.

Korang tak rasa, jadi tak tau.. Jadi, janganlah mudah-mudah je nak perlekehkan pantang makan aku.

Nak marah dan salahkan aku bila aku berpantang makan. Ko kata apa lah sangat kalau jadi kalau pantang makan? Aku rasa nak terkam ko jer waktu jugak!

Suka hati aku la nak pantang makan apa pun. Ko tak de penyakit macam aku boleh la ko sedap-sedap makan. Muka ko licin jer, boleh la.. Muka aku? Kalau aku tak jaga, teruk la muka aku weh..

Ini yang berjaga pun macam ni, apatah lagi kalau tak jaga.



Ko ingat senang ke? Ko ingat aku tak berusaha ke? Jenuh aku membasuh muka dan pakai ubat jerawat. Makan pun berpantang.

Dah tu, kalau sekali ia serang memang lambat la nak sembuh. Mau la seminggu baru kecut dan sebulan jugak baru nak okay. Then, naik yang lain plak.. Ah, stress.

Teringin jugak nak berwajah suci mulus saja dari sebarang noda. Macam wajah model. Tak de sebarang bekas jerawat pun.

Aduh, macam mana ni nak ambik gambar? Ni yang rasa nak nangis. Boleh edit guna photoshop tapi malu dengan tuan kedai, banyak kesan jerawat, nak kena buang. Malunya..

Sedih.

Jeles tengok kulit muka orang lain. Tak de sebarang cela.

Meradang, bila orang kata hormon tak stabil, sebab tu naik jerawat..

Suka hati je korang lemparkan tuduhan. Sampai hati ko kan, cakap bahasa kesat kat aku. Cerca aku. Salahkah kalau muka aku ni berjerawat? Bukan aku yang minta macam ni. Aku sudah berusaha.
*Rasa macam nak mati jer dan hidup semula.. Cepat minta maaf padaku. Er, korang faham tak?


Oh, Tuhan inikah dugaannnn..? *Sila baca dengan nada lagu Cari Jodoh (Wali Band)

Petua tradisional? Erm, tak jalan. Mungkin tak sesuai dengan badan aku kot. Er, apa petua tradisional ko ada? Bagitau aku la, mungkin ada lagi satu dua dari beratus-ratus yang aku belum cuba.

*Banyak kali nangis buat entri ni. Geram. Sakit hati. Stress.


~Rasa nak lari jauh dalam hutan~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker