Langkau ke kandungan utama

Wahai Lelaki (2)..

Salam semua.


Jom baca puisi nan puitis ni. Pandai betul la Abang aku ni buat. Tengok ayat dia di bawah ni, memang tak boleh blah, bila saat romantiknya tiba.. Hehe~


Prosa ini ku persembahkan untuk semua wanita indah nan jelita dan pria lembut nan perkasa di muka bumi ini....


Link terdahulu: Wahai Lelaki (1)


Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..




Ketahuilah,

aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,


bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,


maka bersabarlah,
yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..


Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..



Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil
kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya


Sungguh, bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.



Maka jangan membentakku
kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku,
dan bisikkan kata sayang di telingaku,
kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,


dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..



Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..


Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..



Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.

Kulitku yang bersih akan mulai kerepot..

Tanganku yang halus akan menjadi kasar..

Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..



Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..

Maka jangan pernah berpaling dariku..

Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..



Ketahuilah..

Tiap harinya, tiap jam, menit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..


Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku..


Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..



Maafkan aku kerana aku bukan puteri...
Aku hanya wanita biasa




(Salam Cinta Yang Hangat untuk kalian semua !) <~ Ini pun ayat Abangku jugak. Memang jiwang habis la dia ni.. Hihi~



Ok, jagalah hati anda.. Suburkan kasih sayang :-)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. sweet cgt2...menyentuh jiwa..
    salam..jmpe blog ni from sengal zone..follow skali..

    BalasPadam
  2. Nurul Afifah: A ah, sweet betul la..

    Bahagianya kalau dapat hubby mcm 'Abang" ni..

    Terima kasih kerana dah follow. Sha pun banyak jugak jumpa blog kat sengal zone tu. :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker