Salam.
Jom layan jiwang sikit.. Ambil dari saudaraku dari Indonesia, dia bagi untuk dikongsikan. Ini sudah diedit ke dalam Bahasa Malaysia.
Tarik nafas dan hembus dulu untuk dapat feel bila nak menghayati puisi ini. Selamat menyelami prosa nan indah ini.. :-)
________________________________________________________
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih..
Padahal kau begitu tahu,
aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah wahai lelaki yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak Bonda Khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu memalukan..
Maka ku mohon padamu,
bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu...
Wahai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah,
tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek..
Mungkin kerana aku begitu sibuk berjibaku di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti –insya’Allah-..
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus mengemas istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
Ataukah kau akan menemukanku tersengguk-sengguk
saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur
kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang meragam,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami
Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu...
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
Maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku...
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau kadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam
untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu
mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
________________________________________________________
P/s: Bersambung ke Wahai Lelaki (2).. Jom ke sana pula ya pembaca semua.
Best kan kata-kata puisi ini? Ingat nak bagi la kat someone special nanti bila dah dekat nak nikah. Bagi dia rasa dan faham, yang kita ni bukannya terlalu sempurna.
Aku pun pernah tulis sebuah puisi bertajuk "Aku Bukan Bidadarimu". Masih kukuh aku simpan kat dalam buku. Nak tulis kat sini? Erm, tengok la aku fikir macam mana dulu. Sebab sayang kot, nak kongsi. Hanya untuk orang istimewa je la. Hihi~
Jaga diri.
Salam Cinta !
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
indah kata-kata dan pengharapan dari seorang isteri..
BalasPadamHargailah pengorbanannya.