Langkau ke kandungan utama

Jurnal Oh Jurnal, Pencarian Paling Stress


Semalam tiada entri kerana mengedit entri popular Aku Rindu dan Masak. Lama jugak masa yang diambil untuk menyiapkan pengeditan. Sebabnya itu entri masa awal-awal pembabitan dalam blog, ayat masih mentah dan banyak short cut perkataan. Entri Aku Rindu dan Masak menjadi antara entri popular.

Jadi, kalau orang masuk tengok kat situ, terbaca ayat yang entah apa-apa, malu la Sha My Heart. Before orang menyampah, better aku buat pembetulan dahulu, kan? Rasa lucu plak bila baca ayat aku pada masa tu. Memang mentah habis. Kebudak-budakan. Al-maklumlah baru berjinak-jinak dengan blog.

Sekarang ni, ok la sikit. Tapi banyak lagi yang perlu dimantapkan. Blog tak mantap ni malu nak bagi orang lawat. Kang orang kutuk dan serik nak datang lagi.

Semalam merupakan hari aku lawat blog (blog walking) kawan-kawan terdekat aku. Tapi blog berabuk, tak update okay. Kepada kawan-kawan yang membaca kat sini, tolonglah update blog korang. Aku nak tau jugak pe yang korang dah lalui dalam hidup korang.

Blog-blog kawan aku tu, aku tengok masih tak de perubahan. Tetap sama. Bukan aku nak mendabik dada mahupun meninggi diriku yang tak berapa nak tinggi ni tapi sekurang-kurangnya, aku ni ada jugak la kemajuan dalam berblogging.

Ye la, rugi je la korang buat blog, tapi tak gunakan dengan sepenuhnya. Blog ni boleh buat duit, korang tahu tak? Kalau tak tau, meh klik kat link yang aku dah hyperlinkkan.. ada blog pun jadi kaya membebel tentang blog

Lagi satu, aku punya follower sikit sangat. Malu nak publish blog ni kat orang. Aku tau, ramai kawan-kawan aku yang follow blog aku ni tapi follow secara private. Maksudnya, aku tak tau diorang follow aku tapi setiap kali entri aku tulis, diorang akan diupdatekan secara automatik.

Kalau korang baca sini, nak follow secara private, aku tak kisah tapi minta korang tolong la klik pada iklan Nuffnang tu. Tapi kalau korang follow blog ni secara public, lagi aku sayang korang. Korang memang best! =)

Common la, follow la aku secara public. Lagi best. Itu jugak salah satu cara nak menghargai diri korang sendiri. Tak percaya, cuba la follow secara public tiga bulan. Korang akan dapat rasa perubahannya.

Jurnal. Sebut je perkataan ni terus terasa stress. A journal come with stress. Haha~, ayat aku. Kena cari banyak jurnal untuk buat thesis lo.. Tapi aku ni bab cari jurnal la yang paling aku tak suka. Sebabnya, ianya merupakan perkara yang mengecewakan aku bila mana aku tak jumpa jurnal yang dicari. Stress betul la.

Tapi, nak buat macam mana, kena cari jugak. Dah tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dan it compulsory if we want to write a thesis. Aiyoo, tak nak buat tesis, boleh tak? Hei, jangan nak mengada-ngada boleh tak?

Pencarian jurnal yang membosankan. Tapi dek kerana amanah dan tanggungjawab, aku rela berkorban. Korang rela tak? Jom pakat-pakat masuk rela, membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Daripada korang buang masa dan tenaga (buang karan orang kata), lebih baik tabur budi


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker