Langkau ke kandungan utama

Sakit Menyerang di Kala Asyik Memasak

Hari ni yang indah ini, aku masak di dapur ayah bonda yang damai serta tenang. Tetiba masa tengah masak, aku jatuh sakit. Namun, aku kuatkan hati untuk siapkan jugak hidangan (meal) untuk santapan tengahari kami anak beranak.

Walaupun hari ni aku sedang bergelut dengan kesakitan tetapi memang aku masak lain daripada resipi keluargaku. Aku buat makanan yang aku belajar dari kawan, permainan (games)masak-memasak masakan dan carian resipi di internet. Hasilnya, memang sedap.. Yummy! Superb. Huhu, puji diri sendiri pulak. Hehe.


Apa yang aku masak? Jeng, jeng, jeng. Hihi~ Adalah masak biasa-biasa jer. Aku masak Western, Eastern dan Chinese. (Pandai tak aku? Boleh tak berhenti perasan)

Nak cerita pasal sakit pulak. Aku sakit apa? Teruk ke?

Aku demam.. (Alah, demam je. Hello, dengar la dulu cerita aku.. Lepas tu, nak komen apa-apa, sila isi form, ok).

Masa mndi pun dah rasa tak larat sangat. Lepas mandi, aku baring (sebab tak larat, takkan nak pi menoreh getah pulak kot? Haha~) tapi lapar plak. Ingat nak turun makan, sebab dah lewat. Perut masih kosong. Breakfast pun aku skip pagi tadi.

Selalu jer aku skip breakfast. Bukan on diet tapi kadang-kadang tu tak de selera nak makan pagi-pagi. Selalunya aku minum air masak satu atau setengah gelas. Orang kata bila perut kita masih kosong terutamanya waktu pagi, elok sangat kita minum air masak, untuk cuci usus dan menyegarkan badan, jugak awet muda. Cubalah.

Ok, berbalik kepada cerita di atas, waktu tu jam sudah menunjukkan pukul 2 lebih. Masa nak turun makan tu, aku rasa nak termuntah pulak.

So, aku rehat kat luar, kira macam beranda la kat rumah orang tuaku. Senang sikit nak baring dan muntah bila rasa nak muntah. Tak payah nak duk jauh-jauh dan jalan jauh-jauh. Lagipun, ada sofa kat situ. Boleh la aku baring.

Lama jugak la kat situ, aku tertidur. Apabila aku tersedar dari tidur, bangun, badan sudah terasa ok. Aku memang lapar giler waktu ni, tadi memang dah lapar tapi terbantut niatku untuk makan dek kerana rasa nak muntah.

Biasanya aku kalau sakit dan rasa nak muntah, aku tak kan makan waima makan ubat pun. Sebab sakitku akan sembuh lepas muntah. Kalau aku makan, lagi la sakit sebab nak keluarkan isi dalam perut semula dan membazir je ubat yang ditelan.

Aku lebih rela muntah keluar air liur je walaupun dah sampai keluar air warna hijau. Aku tak kisah sebab aku tau lepas tu aku akan sihat. Tapi kalau aku makan sebelum aku muntah, aku akan lambat sembuh. So, nak pilih yang mana? Aku rela tahan lapar demi kesihatanku.

Masa makan, aku berpeluh dengan banyaknya. Peluh giler-giler dah. Alhamdu lillah, aku dah kebah dan sihat kembali. Dah tak lemah lagi badanku ini. Lagipun, aku dihidangkan dengan masakan yang lazat lagi berzat.

Eh, sape ek yang masak meal yang sedap hari ni? Erm, buat-buat lupa plak, boleh tak? Aku la yang masak tadi.Haha~ Poyo jer.

Hari ni ku rasakan lama jer nak beransur malam. Kenapa plak? Sebab aku dah lalui fasa sakit, tidur dan sihat tadi. Ooo, patut pun. TQ ya ALLAH :-)


Tips: 1. Kalau korang nak pikat hati isi rumah, silalah pelbagaikan masakan yang dihidangkan.

2. Hati dan semangat mau kuat lo.. Baru la segala cabaran hidup senang diatasi. Jia you!


Ulasan

  1. tq...

    Yunmaoyunmao berkata ...

    Fountain height, no more than its source. The same is true of a person's career, it never achieved more than their beliefs. .................................................. ...............
    2010 Julai 9 07:49

    BalasPadam
  2. igtkn nk crta pasal msak... tp, cerita pasal sakit plak... hahaha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker