Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sebab Bersalin Di Hospital Angkatan Tentera

Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan, Wangsa Maju Kenapa nak bersalin kat hospital angkatan tentara (HAT)? Sebab bersalin di Hospital Angkatan Tentera (HAT) berbanding dengan hospital awam. Ya, hospital tentera juga adalah hospital awam tapi hospital ini lebih sukar nak masuk check in. Ada syarat-syaratnya. 1. Kemudahan bagi staf Kementerian Pertahanan Sebab nak bersalin kat sana adalah kerana ia adalah salah satu kemudahan untuk penjawat awam yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan. Tak semua orang dapat masuk ke hospital ni, tau. Setahu Sha, tak semua penjawat awam boleh bersalin di sini. Hanya mereka yang bekerja di bawah Kementerian Pertahanan sahaja dibenarkan dan layak untuk bersalin di sini. Sha memang kerja di bawah Kementerian Pertahanan, maka layaklah. 2. Tidak Sesak Sebab keduanya ialah tidak sesak. Dah tak semua orang boleh masuk, maka memang tidak sesak la. Kawan-kawan bercerita, HAT best sebab tak ramai orang. Ada kawan yang bersalin hari ini, semasa

Kalau Nak Cantik, Kenalah Berusaha

Cantik Kalau nak cantik kena berusaha. Bak slogan Innershine nak lawa kenalah melabur. Ingat orang yang tetiba cantik tu, tidur dan bangun pagi, puff!! terus cantik ke? Tidak, itu hanyalah anganan Walt Disney semata-mata. Nak cantik kena usaha. Makan produk tu, sapu produk ni, pantang itu ini, mekap bagai. Nak guna produk berasaskan bahan semulajadi atau saintifik (produk yang siap untuk digunakan), terpulanglah. Yang penting, kena detox dulu. Menyahtoksin. Buang racun dalam badan. Kalau tak detox dulu, kesannya agak lambat. Nak makan supplement pun lambat berkesan kerana ada 'lemak degil' yang masih terkumpul di dalam badan. Macam mana nak berjaya mencapai hasil yang sepatutnya jika ada halangan besar? Tapi yang paling penting ialah RAJIN.  Ubat apa pun, kalau tidak cukup kuotanya, tak jalan juga. Setiap produk ada formulanya, berapa lama kena ambil consume baru akan nampak hasilnya. Lainlah orang tu memang cantik dari kecil. "Awak memang cantik dari

Banyak Yang Ingin Diperkatakan Namun Lidahku Kelu

Sebenarnya, banyak cerita dan entri yang mahu dikongsi bersama. Banyak idea mencurah-curah, seperti 'pepatah' iklan Coco Crunch "coklat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum". Namun, apabila berada di hadapan komputer, idea hilang. Lama tidak mendapat jiwa menulis. Oh ya, untuk makluman, aku telah pun selamat diakadnikahkan dan berkahwin dengan jejaka yang menyayangiku lebih dari aku menyayanginya. Alhamdulillah, termakbul juga keinginanku untuk dimiliki oleh orang yang lebih menyayangkiku. Sungguh, kalau tidak lihat kepada kesungguhannya dan keperibadiannya, belum tentu hatiku akan memilih dia. Sampai ke hari pernikahan, aku masih berasa biasa - tidak apa kalau tiada jodoh pun. Fuh, sampai tahap itu, kan. Ya, sebagai seorang perempuan, jangan jatuhkan maruah diri. Tetap optimis kalau tiada jodoh, pasti akan ada yang lebih baik. Sampailah selepas nikah, baru aku rasa sayang kepadanya. Mungkin Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima dia seikhlasnya. Alhamdu li

Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari ATM Tidak Keluar

      Duit dalam akaun ditolak tetapi duit dari ATM tidak keluar. Memang cuak juga bagi mereka yang pernah alami perkara sebegini tambahan pula jika duit yang hendak dikeluarkan itu merupakan jumlah yang banyak. Apa yang patut dilakukan dan apakah prosedurnya, pasti berada di dalam benak, kan. Ada tips cara dapatkan duit dalam akaun yang ditolak tapi duit dari ATM tidak keluar.   Aku juga mengalami perkara yang sama minggu lepas. Pada 11hb Mei 2016, aku pergi ke bank. Biasanya aku akan ke Bank CIMB Wangsa Maju yang dekat dengan Wangsa Walk tu selepas punch in dan turun pergi bank dan naik balik, pada waktu pagi. Sebab pada waktu pagi tidak ramai orang di bank.   Memang yakin duit masih ada seratus lebih dan periksa juga baki yang masih bersisa. Ya, seratus lebih lagi tinggal dan boleh keluarkan sehingga tinggal RM20 dalam akaun. Jadi dengan selambanya aku menekan butang mengikut apa yang diperlukan. Tapi tak boleh. Mungkin sebab mesin Auto- Teller Machine (ATM) tak ada

1.2 Juta Peminjam PTPTN Disenarai Hitam Dalam CCRIS

Seramai 1.2 juta peminjam PTPTN disenarai hitam dalam CCRIS, bermula semalam iaitu 24 April 2016. Fuh, ramainya yang tak mampu nak bayar balik pinjaman pelajaran. Kalau buat macam MARA okay juga, dapat diskaun berdasarkan kelas pointer kita. BUKIT MERTAJAM - Seramai 1.25 juta peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS). Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, peminjam tegar itu bukan sahaja disenaraikan dalam CCRIS oleh PTPTN malah oleh pelbagai institusi kewangan lain. "Ada peminjam PTPTN itu turut gagal membayar hutang dengan institusi kewangan lain. "Sebenarnya CCRIS bukan bertujuan menyenarai hitam nama peminjam, sebaliknya untuk kemudahan institusi kewangan lain melihat rekod peminjam untuk urusan kredit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)

6 Sebab Bateri Telefon Cepat Habis, Tidak Seperti Ketika Baru Beli

Tips Penjagaan Bateri Handphone 6 sebab bateri telefon cepat habis tidak seperti ketika baru beli, ramai yang ingin mengetahui apakah puncanya. Masa awal beli bateri tak caj dua hari pun tahan. Sekarang ini, baru sahaja penuh, tetiba eh dah habis! Terdapat dua punca utama iaitu manusia dan mesin. Manusia 1. Penggunaan yang kerap Kejap-kejap nak pegang telefon. Kejap-kejap tekan telefon bimbit. Buka itu ini. 2 . Menggunakan perisian ( software ) yang dimasukkan ( install ) ke dalam telefon bimbit ( handphone ) adalah besar dan berat. Ini akan memakan ruang simpanan ( storage ) dan juga penggunaan bateri akan meningkat. 3. Penggunaan data internet Ini adalah faktor utama yang ramai giler mengeluh, apabila guna data internet, bateri cepat habis. Ya, apabila kita mengaktifkan data internet, bateri akan cepat habis. Hal ini disebabkan oleh telefon bimbit kita perlu bekerja sentiasa untuk memberi kita update terbaru. Kita mungkin tidak nampak di belakang tabir apa yang berlaku.

Open Tracker