Langkau ke kandungan utama

Catatan

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang, Dah Bagi Duit

Assalamualaikum. Apa khabar wahai pembaca setia blogku? Erk, bajet je ada pembaca setia dan peminat misteri. Hehe~ Apa nak buat, bukan lama tak nak up date. No no no.. Sebabnya lapppy bermasalaha. Nak format, ongkosnya pula kurang mencukupi. Al maklumlah kerja biasa-biasa saja. Tapi bersyukurlah, lepaslah untuk diri sendiri dan adik-adik sikit-sikit. Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang up date tetapi Buffered Earning duk menari-nari dalam blog kesayanganku ini. Syukur, rezeki ALLAH yang bagi. Rahsia? Nak rahsia pasal nak dapat BE Nuffnang? Oh, senang je. Korang kena banyak menulis entri. Entri aku sikit jer, semuanya dalam seribu lebih je. Apa yang aku nak tekankan di sini, tulislah entri yang memberi manfaat kepada orang lain dan benda itu orang cari. Susah nak tulis sesuatu yang orang suka? Belajarlah menulis entri. Tulis banyak-banyak. Oh ya, jangan lupa untuk berjalan-jalan ke blog orang lain jugak. Dari situ, korang akan dapat belajar sedikit sebanyak. Belajar k. Kal

Blog Kawanku Dah Famous!

Assalamualaikum. Lama kan tak berjumpa kat sini. Well, sibuk sikit dan lappy masih tak sihat2 lagi. Ni pinjam guna lappy adik junior kat UUM, Fetty. Tq Fetty. Tahniah untuk kawanku yang dah kuanggap adik, Izahar Sabtu (lebih mesra disapa Achik) kerana blog dia dah terpilih masuk majalah Remaja keluaran Oktober 2012 di ruangan blogspot. Lebih terasa bangga sebab rasanya kami sama-sama naik dalam dunia blog ni. Sama mula kenal apa itu blog. Kami juga rapat di facebook. Memang terasa banggalahkan.. Cuma sekarang  je aku slow sikit berblog, tapi Acik, masih kekal akif. Blog aku bila lagi? Kalau korang nak masukkan blog dalam majalah Remaja, kena beli Remaja dan ada borang dalam tu. Isi dan poskan.

Kad Kreatif Raya + Merdeka yang Cantik

Assalamualaikum. Pada raya kali ini, eh, selamat hari raya dan salam merdeka (tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan). Entri kali ini, entri bercerita ye, ada kronologi lagi. Ok, sambung balik, pada raya kali ini, beberapa orang blogger telah meng'IM' dan meminta alamatku untuk dihantar kad raya. Sungguhlah rasa terharu ada juga blogger yang ingat pada aku, blogger yang suam-suam kuku ni dan tahun ni dah kurang aktif  berblog dah. Ada juga bebudak group yang aku pernah jaga admin, minta alamat. Tapi malas nak kasi sebab takut tak terbalas. Bagi alamat kat bloggers ni sebab rasa kesian pula, orang dah minta, tak kasi pula. Kalau budak group okay lagi la, tak la rapat mana. Macam chipsmore. Tapi kalau bloggers, lain. Kalau dah menghilang, dah susah nak pujuk balik. Hehe~ Aku pun memang cadang nak balas balik pun pada diorang tapi hari-hari masih duk cari-cari masa nak lari jap cari kad raya tapi masih tak dapat keluar. Ada keluar pun kadang kala tak sempat

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum. Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak? Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka.. Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh.. Pengajarannya Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Petua Untuk Elak Bau Peluh

Assalamualaikum. Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi. 1. Mandi kerap Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini. Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye. Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil. Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =) 2. Banyakkan menjaga kebersihan Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak. Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu.

Tiga Perkara Pergi, Hancur dan Hilang dari Hidup Kita

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. TIGA PERKARA YANG TIDAK AKAN PERNAH KEMBALI ♥ 1. Waktu 2. Perkataan 3. Kesempatan ♥ ADA TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHANCURKAN KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Kemarahan 2. Kesombongan 3. Dendam, Iri Hati, Dengki. ♥ ADA TIGA PERKARA YANG TIDAK BOLEH HILANG DARI KEHIDUPAN KITA ♥ 1. Cinta Kasih 2. Keluarga 3. Sahabat

I Know You are There!

I know You are there Allah. I know You see my tears.  I know You hear my prayers.  I know You are testing me.  And all I ask from You is to strengthen my Imaan so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord.  My Allah.  Please keep me safe.  Ameen

Siapa Percaya Dia Dah Ada Anak

Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang aku nak ceritakan. Shyyuu, kat orang lain, dia tak ceritakan. Hanya kepadaku. Ops, bukannya aku nak bocorkan cerita dia. Aku sekadar nak kongsikan tanpa sebut siapa dia sebenarnya. Kalau tak sebutkan nama, latar belakang dia, tak termasuk dalam mengumpat. Nama dia aku letak Najah. Umur baru 21 tahun, tahun ini. Seorang gadis genik yang manja. Mempunyai wajah yang manis. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasakan dia sedang belajar paling kurang pun di Poli. Zaman sekarang kan banyak peluang untuk belajar dan ramai orang yang terpelajar. Tetapi Najah ini belajar sekadar SPM sahaja. Dan lebih mengejutkan Najah adalah janda anak satu! Dia bercerai awal tahun lepas. Anaknya sudah setahun lebih. Pada  mula dia cakap, "Kak, nanti jumpa anak Najah kat rumah. Kak jangan terkejut tau." Sumpah aku tak percaya. Dia cuba yakinkan aku, "Najah bagitau kak awal-awal supaya kak tak terkejut." Tapi pada masa itu, aku masih tak dapat perc

Pilih Kawan Pada Pakaian

Assalamualaikum. Ini adalah kisah seorang teman aku. Tak berapa rapat kerana baru beberapa kali bertemu. Nama dia? Er, terlupa plak. Tak apa la, kita letak nama lain. Nama Alif. Dia ni orang miskin. Dia duduk dengan.. er, dia duduk sorang. Ibu bapanya telah meninggal dunia. Dia anak yatim piatu. Dulu dia duk dengan abang dia. Sekarang ni, dia buat blok kat belakang rumah yang abang dia huni. Mungkin itu adalah rumah pusaka mereka. Ye la, nak duduk sekali mungkin isteri abang dia tak selesa. Ye la, kalau aku pun tak nak la ada orang menumpang. Bukan apa, nanti jadi masalah lain. Better duduk rumah sendiri daripada duk rumah orang. Kecik-kecik pun, rumah kita. Bersih ke berselerak ke, rumah kita. Tak ada sape nak kisah kan sangat. Kira dia hidup sendirilah. Makan minum pakai semuanya sendiri. Kadang-kala kesian juga kat dia. Tapi apa yang boleh dibuatkan. Dia ada kawan, nama dia (ubah sikit ye, Hanif). Hanif ni boleh kata anak orang berada juga la. Diorang ni rapat. Hanif ada teman wan

Bos yang Menakutkan

Assalamualaikum. Aku nak bercerita pasal kerjaya sedikit. Kat tempat aku kerja ni, aku rasa pelik juga sebab ramai pekerja seakan-akan takut kepada majikannya. Pelik juga aku rasa. Mungkin sebab aku dah banyak umur, pengalaman berhadapan dengan orang (berpersatuan) dan bekerja dengan beberapa orang majikan membuatkan persepsi aku tak sama dengan kebanyakan pekerja di tempat kerja aku. Pada aku, majikan perlu dihormati, bukannya ditakuti. Pada aku, aku akan kenal seseorang (terutamanya majikan) terlebih dahulu. Mereka pun manusia juga. Bukannya bengis mana pun. Mereka juga punya anak walaupun ada majikan yang keras hati. Tapi ingatlah mereka tetap manusia yang ada perasaan. Kalau ada orang buat mereka tersentuh, mereka akan tersentuh. Yang penting, keikhlasan. Bila aku dah kenal rentak mereka bagaimana, senanglah nak counter attack. Ops, bukannya nak jatuhkan majikan. Sekadar dapat tambat hati mereka pun dah cukup heaven. Aku tak takut, cuma hormat pada orang. Buat apa nak takut kan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama

Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Dah Bertemu Kembali

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Minta maaf sebab dah lama tak up date entri. Perasaan rindu untuk mengupdate cerita terbaru itu memang ada. meluap-luap. Tapi apakan daya diri ini lantaran kerana lappy dan broadband tidak bekerjasama. Lagipun sudah tiada siapa lagi yang mahu top upkan handphoneku seperti dahulu. Nak balas mesej pun haram, apatah lagi nak buat baik dengan aku kan? Wah, sangat terasa. Orang dah tak sayang, buat tak tau je. Tapi masa sayang dulu merasa la juga duit orang. Hahaha~ ops, aku tak pernah minta okay. Dia yang nak kasi, ambil je la.. Oh ya, aku dah kerja. Itu yang membuatkan aku lambat nak boleh buka lappy dan on line. Alhamdu lillah, syukur dapat juga kerja. Kerja biasa-biasa saja. Tapi aku bersyukur sebab aku tahu di situ rezeki aku. Kalau aku ada hp yang canggih, dah lama aku up date entri. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah komen, membaca dan memfollow blog ini. Blog yang hebat. Hehehe~ Apa pun nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mu

Bila kan Bertemu

Andai itu takdirnya bila kan bertemu terpisah jua walau beribu usaha mencapainya Andai itu takdirnya bila ia bertemu yang telah ditetapkan pada suatu masa. Andai itu takdirnya bila ia sudah bertemu ia mengambil masa untuk saling mengenal. Andai itu takdirnya bila ia sudah mengenal ia akan mencari kosa kata untuk serasi. Andai itu takdirnya bila ia sudah serasi ia akan membuahkan bahagia. Sha, No 98, Kg Bukit Larek, Kedah. 3 Jun 2012.

Bahasa Siam: Keluarga

Sawadee kah. Sabai dee mai? Kun ce arai? Hah, tak tahu? Sila semak entri terdahulu pasal bahasa Thai ye. Bahasa Siam/Thailand kembali lagi. Lama rasanya tak buat kelas bahasa Thai ini. Kali ini kita belajar bab saudara-mara pula dalam Thai ye. Jom belajar dan semak. Bapa= pho Emak= mae Datuk= po Nenek= ya Mak saudara= na sau/pa Bapa saudara= na din/loong Kakak= phi/phi sau Abang= phi/phi bao Adik= nong Kawan=phean Apa yang aku faham, phi merujuk kepada kedua-dua jantina yakni mereka yang lebih umur dari kita (abang dan kakak). Kedua-duanya kita panggil phi sahaja.Aku tengok drama dan tanya kawanku yang Melayu Thailand, dia kata okay saja nak panggil phi . Tetapi apabila aku suarakan kepada kawanku yang mana Siam Malaysia, dia kata sebut phi sau dan phi bao lebih jelas nak panggil kakak atau abang, bukan setakat senior sahaja. =) Selamat belajar ye, phean. Kap kun kah. Boleh masuk dalam halaman Bahasa Thai

Buat Duit Internet, Boleh Dapat Ke

Assalamualaikum. Buat duit dengan internet? Boleh. Ada kawan-kawanku buat duit beribu-ribu dengan internet. Diorang main Churp-churp. Kawan yang buat duit dengan Nuffnang baru ada beratus-ratus. Aku ada la sikit, setakat seratus lebih. Kira ok la kan, siapa nak bagi duit macam tu free je kan? Hajat nak buat duit dengan internet memanglah tinggi tapi nampaknya blog pun tak la banyak sangat trafik. Nak apply dengan syarikat yang besar-besar, jangan haraplah. Tapi Bro Framestone ada cakap blog bangsa lain walau dengan blog yang ada follower berapa kerat dan trafik pun tak tinggi tapi boleh dapat duit poket beratus-ratus sebulan. Sampai bila nak tulis blog dengan percuma? Iya, memang mahu dapat side income dengan blog tapi tak tahu cara. 1. Churp-churp Kalau korang nak join, klik sini:  churp-churp Churp-churp ni dikira bila korang kongsi iklan dan diklik. Kongsi pada facebook, twitter, myspace, blog, web dan sebagainya. 2. Nuffnang Apa yang aku tahu, korang mestilah mempun

Bila Blogger Bosan, Apa Nak Buat

Assalamualaikum. Apa khabar pembaca tersayang? Ada yang merinduiku tak? Hehe, lama tak berup date blog. Ini semua gara-gara blogspot yang dah up date template dan imbas upaya tidak lagi disokong dengan handphone symbian 60 ku yang comel itu. Mr X-men, nama dia. Kalau tak, sudah lama aku kongsikan kisah-kisah yang menarik dengan korang semua. Ini semua salah blogspot! Aku lebih suka on line guna handphone sahaja memandangkan ianya mobile- mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Kalau lappy, jenuh nak usung kot. Lagi satu lappy aku, Mr Len pun bukannya baik sangat kesihatannya. Tanpa dapat up date entri, kepala aku jadi macam berat sahaja. Tak dapat nak luahkan. Luah kat facebook? Twitter? Facebook, tak sesuai nak luahkan. Twitter? Ala, aku dah terlupa passwordnya. Kalau tak, boleh bertwitter dengan Abu (ashgive.com) Hahaha, kesian kan.. Tak ada tempat nak luah kot. Jadi sepanjang aku tak berup date entri, aku balas komen-komen, lawat balik mereka yang dah komen kemudian komen

Jangan Dengkilah Wahai Blogger

Assalamualaikum. Cerita pasal blogger ni kadang-kala boleh buat satu kamus tebal. Haha~ Sepanjang 3 tahun aku berada dalam bidang blogging dan setahun baru aktif, banyak juga karenah blogger yang dapat aku jumpa. Sekarang ini, heboh dengan pertandingan Digi Awards. Aku pun join juga sekadar mahu memeriahkan suasana dan pertandingan. Nak menang tu tak ada harapanlah. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat promosikan blog aku yang tidak seberapa ini. Itu dah kira promosi free. Undilah aku ye. Kesian kat aku. Hahaha, undilah blog aku ya, daripada korang tak ada buat apa-apa tu, apa salahnya sumbangkan masa sekejap untuk aku, kan? Thehihi~ Blogger hebat dengki Karenah blogger yang aku nak bincang ni rasanya dah ramai orang tahu. Aku pun pernah suka dan pernah tak suka dengan seorang blogger A ini tapi aku neutral balik setelah kawan aku yang dapat no 2 dalam Social Media Awards,menberi pendapat kira aku dah fikir positif pasal blogger A yang aku maksudkan. Masalahnya sekarangnya,

Dah Putus, Kena Pukul Sampai Cacat

Assalamualaikum. Aku nak sambung cerita yang dulu, pasal kawan aku yang kaki sentap tu. Boleh klik sini untuk membaca ceritanya, sebab ini adalah sambungannya. Dah la si perempuan itu menolak lamaran yang bakal dihantar oleh si lelaki, dia boleh pula upah gangster suruh pukul mamat tu. Sampai masuk hospital. Aku memang terkejutlah. Ingatkan masuk hospital sebab frust tapi sebab lain. Sebab kena pukul. Lagilah aku terkejut. Lebih mengejutkan, si gadis pujaan hati itu yang rancang semua ini. Ok, kira dah tak mahu dengan lelaki yang ikhlas nak kahwin dengan dia, upah gangster suruh pukul. Kalau pukul sikit-sikit tak apa lah. Tapi teruk juga la siap masuk hospital, bukan sehari dua,  lama juga. Pula tu sekarang ni si lelaki tu (kawan aku) mengadu dia bakal buta sebab hentakan yang kuat di bahagian mukanya. Aku kasihan dan bersimpati dengan dia. Sudahlah ditolak keinginan hati yang suci murni nak bina masjid, dipukul pula, akan cacat lagi. Aku tak dapat nak bayangkan kalau aku terima

Ada Masalah, Bersyukurlah

Assalamualaikum.. Aku setuju sangat dengan gambar di atas. Lappy aku pun ada masalah juga. Tapi memang bersyukurlah, kadang-kala boleh on line, kadang kala susah. Bab broadband, aku malas nak aktifkan balik, dah terminate pun. Dah tak ada hutang tu kira okay la. Rimas aku nak fikir bab hutang-hutang ni. Sekarang ni aku guna kredit prepaid je. Terima kasih untuk encik abang tersayang sebab dia yang kasi kredit untuk dibuat beli broadband weekly. Kalau ikut aku, nak je buat broadband daily tapi dia suruh ambil yang weekly punya, aku sambar je la. Tambahan pula bukannya duit aku pun. Hahaha~ Kesimpulan Bersyukurlah dengan apa yang ada. Berterima kasihlah kepada mereka yang berbudi.

Tips Blogging: Blogging Biarlah Ikhlas

Assalamualaikum. Bebaru ini aku berkenalan dengan seorang blogger yang hebat. Aku tanya apakah rahsia atau tips yang dia nak kasi kepada aku selaku blogger (dia tak tau pun blog aku nama apa, berapa follower). Katanya, yang penting ikhlas. Aku kurang faham. Aku tanya dia, ikhlas apa. Dia kata keikhlasan dalam membuat entri, biarlah kita rasa sempurna dan ikhlas dari kita untuk orang lain hadap entri kita . Terfikir juga aku. Ada betulnya kata-kata blogger tersebut. Melepaskan batuk di tangga Kita ni buat entri pun bagai melepaskan batuk di tangga saja. Begitukah layaknya kita memberi kepada orang lain. Begitukah yang kita ingin pamerkan kepada orang lain? *Serius, aku pun terasa malu juga bila fikir macam ni. Entri aku pun ada juga yang macam ni, setakat bagi ada entri sahaja. Malu. Typo Kadang-kala ada typo. Kadang kala ayat entah apa-apa. Orang nak faham pun kena baca berkali-kali. Aku salute dengan mereka yang menggunakan bahasa baku tetapi boleh lagi bersahaja, macam Ar

Tips Persiapan Pengantin yang Perlu Anda Buat

Tips Persiapan Pengantin yang perlu anda buat, dibawa khas kepada anda oleh blog hebat, Sha myheart.,Dulu-dulu tak pula terfikir pasal bab aspek kenduri kahwin ni. Ada fikir juga tapi tak de la fikir dalam-dalam sangat, bukan apa, tak nak terluka sendiri. Uii, sakitnya frustrated! Tak nak tambah lagi, cukuplah. Tapi sekarang ni dah siap search dan nak tahu dengan lebih jelas lagi. Kenapa? Ehem-ehem, rasanya dah makin dekat. Sweet. See , perasan sendiri. Tak ada orang pun kata sweet. Gedik! Ahaks. Ok, inilah antaranya yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin: Senarai persediaan/persiapan pengantin 1. Kad kenduri dan panggilan kenduri walimatulurus-off line dan on line 2. Banner dan bunga manggar 3. Katering/pakat orang kg - menu 4. Potong kelapa -photographer la..Hehe~ 5. Souvenir/buah tangan/bingkisan - utk kawan-kawan -apa nak letak dalam goodies bag? 6. Ada bunga tak untuk kereta rombongan? 7. Baju untuk sedara mara ada tak? T-shirt ke, warna tema sama ke?

Apa itu Zikrullah

ZIKRULLAH (mengingati Allah) yang dimaksudkan ialah mengagungkan Allah,mensucikan-Nya,menyebut kalimah Allah,mengucap 'Subhanallah' dan melakukan pujian dengan berbagai bentuk dan cara. Manfaat zikrullah ini sangat besar sekali sebagaimana firman Allah di dalam sebuah hadis Qudsi: Maksudnya: Wahai anak Adam!Apabila kamu ingatkan aku (Allah) dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula kepadamu dalam keadaan sunyi sepi. Dan apabila kamu mengingati Aku di tengah khalayak ramai nescaya Aku akan mengingatimu di dalam khalayak ramai yang lebih baik dari tempat kamu ingat kepadaku. -Riwayat Bazzar dari Ibnu Abbas.

Nilai Hantaran Orang Utara

Assalamualaikum. Kali ini mahu berbicara mengenai hantaran yang diletakkan semasa majlis pertunangan. Aku orang utara. Hantaran kami tak sama macam sebelah negeri lain. Mula-mula, aku pelik juga sebab orang bising-bising bila ada keluar jadual hantaran yang mana ikut kelulusan si pengantin perempuan. Aku rasa hairan, kenapa mereka bising-bising pada hal kat tempat aku biasa sahaja kalau harga itu, malah kalau ada SPM pun dah sampai tahap RM 8,000. Kemudian, baru aku tersedar, kat tempat aku berbeza. Bagi sebelah utara ni, kami hanya ambik duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas cincin sahaja. Tak ada barang serba satu serba duduk, serba diri, serba baring. Juga kami tak ada minta duit untuk kenduri. Duit kenduri guna duit sebelah pengantin perempuan itu sendiri. Tetapi, ada juga yang mahu minta barang kemas, terpulang kepada pengantin. Aku rasa wang hantaran orang Utara lagi rendah dan murah. Erm, apa nak kata pasal duit hantaran kawan-kawanku. Kes 1 Hantaran 6 ribu,

Pengalaman BERSIH 3.0: Polis Layan Rakyat Macam Penjenayah

Assalamualaikum. Aku kumpulkan cerita-cerita daripada pengalaman mereka yang menyertai Perhimpunan BERSIH untuk kali ini. Diceritakan sendiri dari mulut Encik Mangsor. 1 . Masjid Jamek Mereka mula berkumpul dengan aman. Majoriti 50-50, Melayu-Cina. Tetapi keadaan bertukar huru hara apabila polis atau FRU melepaskan sejenis senjata yang mana apabila terkena badan, ia akan berdarah.  Saiznya sebesar kacang. Kacang hijau atau kacang tanah, tidak pasti. Sikap tolong-menolong dan bersatu terserlah Beberapa kali kedengaran polis mengeluarkan tembakan itu. Semua mereka yang hadir, lari menyelamatkan diri. Namun, apabila berlaku kecederaan, mereka yang berada berdekatan pakat tolong. Encik Rashid berkata, orang cina tolong orang Melayu, tak kira bangsa. Begitu juga ada satu cerita, seorang wanita India membawa anaknya di dalam kereta sorong di jambatan. Orang sudah menjerit kepadanya kerana polis mula menyembur gas beracun, pemedih mata. Tetapi mungkin kerana

Wahai Lelaki, Utamakan Ibumu

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MERASAKAN DIRINYA LELAKI !!! Utamakanlah IBU anda terlebih dahulu berbanding ISTERI/AWEK anda.. Kerana walau secantik mana sekalipun isteri anda.. Berleher jinjang..Hidung bak seludang..Rambut ikal mayang..Pipi... bak pauh di layang-layang..^__^.. Isteri anda belum tentu dapat membantu anda ke syurga.. Tapi..Sehodoh mana pun Ibu anda..Berkedut sana sini..Beruban d merata tempat..Hatta tidak sempurna fizikalnya.. Tapii..ITULAH SYURGA ANDA SEBENARNYA !!

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja). Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~ Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwa

BERSIH 3.0 yang Kecoh Kuala Lumpur 2012

Assalamualaikum. Apak khabar? BERSIH 3.0 Apa yang aku faham, mereka ada 8 tuntutan. Antaranya melibatkan membersihkan daftar pengundi hantu yang dibawa masuk untuk pilihan raya kali ke-13 ini. Beribu-ribu khabarnya yang akan menolong Barisan Nasional menang. Berhentikan Lynas. Stop Lynas. Lynas ni bahaya. Radiasi. Setakat kilang biasa sudah bagi kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar, apatah lagi kilang berbahaya macam tu. Oh ya, sila baca entri ini dengan fikiran terbuka, ok. Berita dari Sinar Harian,malam semalam 27 April menyebutkan dataran Merdeka 'meriah' dengan 300 orang penyokong Bersih, padahal ada 3000 orang. Aduh, nampak sangat akhbar tak telus melaporkan. Pada masa tu, berpuluh-puluh ribu lagi sedang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Aku tengok berita TV1 pula, ada yang duk cakap peniaga rugi. Kalau ikut logik, mana nak rugi sebab kan orang ramai, mesti la untung. Sape suruh tutup? Apa yang lawaknya, ada pula peniaga tu siap pakai baju warn

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan. Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini. Mitos tentang jenayah Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang. Mitos 2: Hanya orang lain yang ter

Hal Terindah Dari Wanita

Assalamualaikum. Hal terindah dari WANITA adalah: Bukan saat ia tersenyum bahagia, tetapi saat air matanya jatuh dalam DOA.  Bukan kerana kata2nya yang indah tapi saat bibirnya basah kerana ZIKRULLAH. Bukan kerana kecantikan yang mempesona tapi kerana SUJUDnya pada ALLAH. Bukan kerana keelokan tubuhnya tapi kerana keteguhannya dalam menjaga AURAT." Jom jadi wanita SOLEHAH! Fokus utama untuk jadi SOLEHAH. Haluskan hati dengan CINTA ALLAH dan RASUL. Tumpu dan hanya kisahkan DIA dan KEKASIHNYA sahaja. Semoga anda dapat sesuatu =)

Open Tracker