Langkau ke kandungan utama

Catatan

Blogger Datang Sembah Balik, WTHelicopter

Blogger datang sembah. What should i say? Ini adalah sebuah kisah yang benar dan rekaan juga supaya suspek tidak merasakan aku sedang bercakap mengenai dirinya. Hahaha~ Terus terang, aku cakap, aku tak punya sesiapa dalam dunia blogging ni. Maksudnya, masa mula-mula aku nak kenal benar-benar apa itu blog dan blogging. Tak ada sesiapa. Aku belajar dan explore sendiri. Agak susahlah sebab tutorial pun tak ada. Ada juga beberapa rakan-rakanku terlibat dalam dunia blog ni. Tapi, masa aku minta tolong ajarkan blog, langsung tak dipandang, ok. Ye la, aku kan masih merangkak dan tak tahu apa sangat dalam blogging ni. Follower ada pun sorang, aku sendiri (haha) sedangkan mereka sudah ada beratus-ratus follower. Tambahan pula, mereka cemburu jika aku berjaya bergelar blogger berbanding dirinya. Aish, apa la manusia ni! Masa aku sudah kenal sikit-sikit cara nak post entri, nak daftar Nuffnang , aku ajak adik-adik yang menjadi peneman setiaku untuk turut membuat blog. Hasilnya ada juga ya

Tujuan Berkahwin, Kerana Apa

Kahwin dan perangkap Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrap. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI. HIDUP kepada makhlukNYA . Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya .

Lelaki, Mengalah Tak Salah, OK

Assalamualaikum. Aku nak kasi pesanan kepada lelaki yang mana pasangannya kuat merajuk. Lelaki kadang-kala tak tahu apa yang perempuan nak. Kan ada orang kata, Mens are form Mars, Women are Venus . Nampak sangat berbezanya. Gentleman, kalau girls korang kuat merajuk, janganlah dicari topik apa-apa (terutamanya topik kegemaran kaum lelaki) untuk berbalah dan korang nak menang. See, nampak sangat niat 'jahat' korang untuk menang. Tak salah biarkan si dia menang sekali sekala. Korang juga yang akan gembira bila si dia ceria. Tapi, kalau korang bertegas untuk menang, si dia pula merajuk, korang juga yang akan jadi tak tentu hala nanti. Tak salah dan tak kurang apa pun kalau korang bersabar dan mengalah demi si dia yang tercinta. Ladies, jangan nak merajuk tak tentu pasal. Puk kang. *topik kegemaran kaum lelaki - politik, ekonomi, sukan, berita topik kegemaran kaum perempuan - artis, resipi, kecantikan, gubahan Kesimpulan Biar pun lelaki dan perempuan, berbeza namun, k

Fakta Perubatan: Kenapa Perempuan Diwajibkan Bertudung

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC   Tengkorak (human sku ll) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja. Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki,

Nak Cari Calon Pasangan

Assalamualaikum. Sepupu sebayaku selalu didatangi rombongan merisik. Aku? Jarang-jarang sebab aku yang tegah mereka. Ye la, aku dah tak berkenan kot. Tak nak lah aku terima orang yang memang aku tak boleh nak 'masuk'. Apa yang aku pentingkan, ialah agamanya. Kalau nak jawab rukun Islam pun tak lepas, solat entah ke mana, macam mana nak bimbing aku ke syurga? Orang kata, kalau sama-sama tak ada ilmu agama, kena belajar. Tapi aku tengok beberapa pasangan, lagi teruk perangai lepas kahwin. Sebelum kahwin, solat. Lepas kahwin, entah ke mana solatnya.. Kadang-kala terfikir juga, bila kita (orang perempuan) tak ada pendidikan, diorang (orang lelaki) nak cari perempuan yang ada pelajaran. Tapi, bila kita dah ada pelajaran, diorang nak pula cari yang biasa-biasa sahaja. Argghh! Tension. Tengok orang lain yang tak berpelajaran pun hidup bahagia di samping suami dan anak-anak. Bila tanya kita, kenapa lambat kahwin? Aku belajar la doe. Aku ada sijil-sijil. Ko ada ke? Ko kahwin

6 Alasan Orang Sibuk Tanya Bila Nak Kahwin

Assalamualaikum. Mesti korang juga nak tahu kan.. Kenapa orang sibuk-sibuk tanya pasal bila nak kahwin? 1. Nak makan nasi minyak Ya, nak juga tahu bilakah boleh makan nasi minyak, kan. 2. Nak tahu korang ni normal ke tak Maksudnya korang ni straight ke bengkang bengkok. Hahaha, memang perkara ini pun ada dalam pemikiran sesetengah orang. Ye la, dah belum kahwin lagi kan. 3. Jangan lupakan aku Mana la tau dapat kahwin Dato' ke, Tan Sri ke.. Jadi, diorang tanya-tanya tu sebab nak diingati. Jangan lupa panggil aku, tau. 4. Perancangan Kalau sudah berpunya, bilakah nak dilangsungkan.. Nak juga jadi 'radio buruk' sekali sekala, kan? Nak jadi Mami Jarum la katakan. Hehe~ 5. Nak tolong carikan Kalau tak ada sesiapa atau telah dicop oleh sesiapa, mereka mahu tolong carikan. Jadi match maker la kata orang putih. Best juga tu nanti ada juga orang ingat jasa. 6. Bahagia atau sengsara Ada juga orang yang mendoakan kebahagiaan kita, tak kurang juga yang impi

Alasan Tak Ada No 4 dalam Lift

Assalamualaikum. Korang perasan tak dalam lift tak ada no 4, 14, 24? Aku kurang perasan. Al-maklumlah tak ada lift kat rumah. Hehe~ Apa yang aku tahu, kat dalam lift kadang-kala tak ada no empat terutamanya di negara ada orang Cina. Kenapa? Kerana: 4 means die,  14 means sure die,  24, easily die in chinese. 4 maksud mati 14 maksud pasti mati 24 senang mati. Uii, patut la orang Cina tak suka no empat. Choi katanya. Tarak ong..Hehe~ Jadi, kita hidup bermasyarakat harmoni ni perlu saling memahami. =)

Aku Offline Sebenarnya.

Assalamualaikum. Aku tak on line lama ni. Aku lebih banyak guna handphone sahaja. jadi blog korang kena la mesra handphone k. Sila lihat setting ye. Blog aku memang mesra hp, ipad pun. Sila cek, k. Terima kasih sokong aku.

Sahabat itu Ibarat Bintang Yang Jauh

Sahabat itu ibarat bintang walau jauh ia tetap bercahaya Aku rindukan sahabat-sahabatku..  Korang ada sahabat tak?

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan sedikit apa yang aku jumpa dan tahu. Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, disarankan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran supaya kita terpelihara daripada perbuatan yang didalangi syaitan ini. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah tu. Kan banyak kes pasal kena pukau di rumah terutamanya bila berseorangan. Elakkan merenung mat a orang yang tidak dikenali. Sebaiknya, kurangkan eye contact kalau rasa orang itu mencurigakan. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat. Aku selalu je jalan sorang-sorang ni. Kena lebih berwaspada. Satu lagi kena jaga beg dari kena ragut. Jenis-jenis pukau yang biasa digunakan : Asap rokok Renungan Minyak wan

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan. Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik 1. Navigasi Menu mudah dilihat dan dicapai. Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak. Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah. 2. Grafik kena optimisekan supaya cepat load. Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju). Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca. 3. Logo atau nama Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti. Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com. 4. Font Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain. Jika pilih font yang tak

Siapa Ada Ilmu, Jangan Bangga Diri

JANGAN BANGGA DIRI: Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a. suatu hari pernah berkata, "Aku termasuk orang yang dalam ilmunya." Dan di lain waktu ia juga berkata, "Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku." Maka, ketika ia pulang ke rumahnya, Allah mengutus seorang malaikat yang menjelma sebagai manusia. Malaikat itu mengetuk pintu rumahnya, dan Ibnu Abbas r.a. pun keluar untuk membukakan pintu bagi tamunya itu. Malaikat lalu bertanya kepadanya, "Hai Ibnu Abbas, apa pendapatmu mengenai semut yang kecil bentuknya, di mana letak nyawanya ? Apakah di bahagian depan atau bahagian belakangnya ? Ibnu Abbas r.a tidak mampu menjawab, lalu ia segera masuk ke dalam rumahnya dan mengunci pintu. Kemudian ia berjanji pada dirinya bahawa ia tidak akan lagi mendakwa diri memiliki ilmu selamanya. Allah Ta'ala berfirman, maksudnya, "Dan di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha Mengetahui." (Surah Yusuf, ayat 76).

Orang Umno Liat Solat, Orang Pas Ahli Masjid

Assalamualaikum. Aku nak cerita sikit. Er, kalau cerita sikit bukan cerita tapi nak cuit sedikit pasal politik. Aku tak masuk mana-mana belah parti politik. Jadi, harap sangat sesiapa yang membaca di sini dapat berfikiran dengan terbuka dan waras. Sepanjang umurku 27 tahun ini, aku ada beberapa orang kenalan yang memang aktif dalam bidang politik. Kalau sebut orang Melayu Malaysia ni, sudah pastilah dua buah parti yang paling menyerlah iaitu UMNO dan PAS. Kawan-kawan aku pun memang berada di dalam kedua-dua parti ini. Secara umumnya, persamaan kedua-dua parti ini adalah kepunyaan orang Melayu yang beragama Islam. Jadi mereka memegang wadah perjuangan Melayu dan Islam. Apa yang membezakan mereka ialah bagaimana ketaatan kepada Tuhan. Itu isu yang aku nak jentik sikit. Hehe~ Berdasarkan pengalaman sendiri, kawan-kawan aku yang aktif jadi wakil UMNO ni, solat pun entah ke mana. Tapi kawan-kawan yang ahli PAS, alhamdu lillah, dialah ahli masjid. =) Jadi, kita sama-sama Melayu.

Selamat Berbahagia, AA

Assalamualaikum. Aku balik kampung. Ada call masuk ke handphone ayah, aku yang terdengar deringan membawakan handphone kepada orang tuaku itu. Nama dia tertera. Aku malas nak angkat. Ye la, antara kami sudah tiada apa-apa. Aku yang kebetulan panas terpaksa duduk berdekatan ayah (ada kipas), tambahan pula di kaca televisyen menanyangkan program yang aku mesti ambil tahu. Penting. Bukan niat aku nak curi dengar. Tapi, aku tersentak apabila ayah bertanyakan, "dah belikan cincin? Orang mana?" Patut la aku rasakan itu yang dia nak kasi tahu kepadaku beberapa waktu dahulu. Aku dapat rasa apa yang kau nak bagitau. (Kenapa ada telepathy antara kita?) Kenapa kau nak bagitahu aku? Nak sakitkan hatiku ke? Kenapa aku dengar kau minta maaf pada ayah, sedangkan kau sakiti aku? Kenapa kau tak minta maaf padaku? Ye, aku tak berharga pada kau. Kau benci aku.. =( Ingin juga aku mesej kau untuk ucapkan kata-kata indah untuk kehidupan kau yang akan datang tetapi aku bimbang kau mara

Orang Sayang Bila Kita Berbudi Bahasa

Assalamualaikum. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Aku ni pemalu dan pendiam orangnya. Tapi sekarang ni, aku dah makin banyak bercakap dan orang kata aku bukanlah seorang yang pemalu. Ok, dah aku seorang yang pemalu dan pendiam, jadi, aku tak banyak cakap. Orang anggap aku tak berapa hormati orang dalam maksudnya lain, kurang adabnya. Contohnya, nak berlalu ke tempat lain, kena minta izin. Bebaru ni, aku beradab sopan dengan orang. Apa yang bestnya, orang dua kali ganda beradab, hormati, sanjungi dan sayangi aku. Apa yang aku belajar, orang yang sopan ni, orang lihat dia ada kelas yang tersendiri. Sebab tu orang pun beradab jugak. Kalau tak orang tu tak beradab balik, dia akan malu sendiri tanpa ada sesiapa pun bagitahu mahupun marah. See, aura adab ni kuat juga kan.. Jadi, marilah kita beradab sopan. Budi mulia budaya kita. Terima kasih sudi baca. Untuk SW, terima kasih. Awak banyak ajar saya tentang kehidupan.

Pengalaman Interview: Soalan Human Resouce

Assalamualaikum.. Aku nak cerita pengalamanku bertemu duga, interview. Human resource executive. Actually, aku memang tak tau apa-apa bila diaju soalan tentang human resource atau dalam bahasa Melayunya, Sumber Manusia. Aku memang tak pernah belajar bab ni even tough aku belajar kat universiti pengurusan. Oh ya, dah nama universiti pengurusan, bukannya universiti sumber manusia. Kalau bab pengurusan, aku belajar la. Aku tahu pasal human resource ni pun sebab terdengar budak-budak persatuan aku borak masa ada waktu rest dan sedikit info aku terbaca masa tengok job spefikasi untuk human resource, itu pun dah lama, tahun 2009 kalau tak silap. Nak dijadikan cerita, aku menyertai job fair bebaru ni. Jawatan yang ada untuk ijazah cuma human resource exec. So, nak buat macam mana lagi, terpaksa la minta. Dalam kepala aku, jawab je apa yang diorang nak tanya nanti. Untuk pengetahuan, diorang adakan sesi interview juga kat sana. Aku redha je la. Interview Pertama Mula-mula aku ke

Pilih Kawan atau Memilih Kawan

Assalamualaikum. Perlu ke kita pilih kawan atau kita memilih untuk berkawan? Aku akan pilih kawan tapi aku tak memilih untuk berkawan. Erk, apakah? Tak faham? Macam ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa pun. Baik ke, buruk ke, warak ke dajal ke aku tak kisah nak berkawan. Itu membuktikan aku bukan jenis memilih untuk berkawan. Memilih untuk berkawan tu maksudnya dia akan tengok dulu, perhati, kaji orang tu macam mana, baru akan berkawan. Contohnya, dia hanya pilih kawan yang kaya-kaya, cantik-cantik dan pandai je. Kita yang kurang ni, tak layak la jadi kawan dia. Masa sekolah dulu selalu ada jumpa kawan macam ni. Aku pula sekarang ni, kalau nak jadi kawan aku, aku agak memilih. Tapi bukan bermakna aku tengok dia dari segi harta, muka dan status. Aku hanya akan terima dia jadi kawan aku bila akhlak dia okay, pass. Aku tak kisah dia nak jahat ke apa ke. Yang penting hati dia baik dengan aku. Tak de cakap bukan-bukan. Aku tak kisah kalau nak merapu sebab aku pun memang

Bunga Dedaplah, Kau!

Assalamualaikum. Aku nak kongsikan cerita kisah benar seorang kawanku. Sebenarnya, aku rapat juga dengan dia tapi dia ni kuat sentap ( sila lihat entri ini) , maka aku pun menjauhkan diri dari dia. Masa aku 'kawan' dengan A, (eh SW la. Hehe~) aku selalu usik dia sentap la, sebab mamat tu kawan rapat dia jugak, siap minta pandangan la, itu ini la. (Nakal kan aku? Tapi ok la dia tak cepat sentap. Kalau tak, jenuh jugak aku nak pujuk kang). Ok, berbalik kepada kisah kawanku yang kuat sentap tu, dia ada girlfriend. Satu group dah tahu kot. Selepas isu kat group dia settlekan, dengan pertolongan aku juga, (Tahu pula nak minta tolong aku, kan? Kalau aku pun jenis kuat sentap macam dia, memang tak tolong dah la. Tapi aku tak macam tu, aku jenis tak suka simpan dendam) dia dah kurang sentap. Sebab apa? Sebab dia dah nak kahwin. Wah, best-best. Jadi aku tak kisahlah kawan dengan dia balik. Dia pun dah tak sentap-sentap, kira OK la, aku on jer. Hihi~ Dah lama, macam sebulan ma

Rezeki, Lagi Sedekah Lagi Bertambah

Assalamualaikum. Wah, rasa happy pula bila dapat duit RM2 dari Nuffnang sebab minggu lepas tak dapat apa-apa pun, sesen pun tak naik. Sedih juga la padahal ada je iklan dia duk merayap. Haha~ Tak pe la, dah namanya rezeki bukan kita tahu pun kat mana rezeki nak datang kan? Yang penting kita enjoy! Eh, tak.. Yang penting kita buat baik, insya-ALLAH cepat la dapat rezeki kita tu. Sebut pasal rezeki ni rasa nak mengulas bab rezeki jugak. Rezeki ni orang kata antara rahsia ALLAH. Rezeki itu ALLAH akan bagi kepada sesiapa sahaja, maksudnya semua orang ada rezeki masing-masing. Aku pernah baca dalam buku, kita dilahirkan dengan 4 perkara yang telah ditetapkan : 1. Jodoh 2. Ajal maut 3. Rezeki 4. Amal hidup kita (Aku selalu terlupa yang satu ni). Rezeki juga didatangkan dengan pelbagai bentuk. Bukan duit dan harta benda je rezeki.. Rezeki ni apa yang aku faham adalah sesuatu yang menyenangkan. Perkara positif. Contohnya, hati senang, itu rezeki. Kesihatan, itu rezeki. Bukan na

Persahabatan Blogger, Murni ke Sampah?

Assalamualaikum. Kalau berbicara pasal perangai blogger, memang banyak isunya.. Selama aku dalam bidang ni walaupun tak lama, baru tiga tahun tapi setahun yang lalu baru aku aktif dan kenal apa itu erti blogging yang sebenar, banyak yang aku jumpa. Persahabatan Kalau berbicara pasal persahabatan, ya ada yang bagus tu memang akan menjalinkan persahabatan yang murni. Aku pun pernah rasa, oh indahnya persahabatan blogging . Aku sebut pernah rasa kerana sekarang ini mereka sibuk berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, maknanya ramai kawan-kawan yang aku kenal dari blog dah tak aktif berblog malah ada yang delete blog tapi hubungan baik dan akrab aku dengan mereka tetap terjalin (diteruskan dengan fb pula). Malah mereka adalah antara teman rapat aku sampai boleh kongsi rasa dan rahsia. Bila ada masalah jer, cari. Antaranya bebudak Sintokkian yang ramai - malas nak sebut satu-satu, Wawan Sabah, Pilot Huzairul, Bubu, Wan Mejuez, Henry Zackery, Acik Izahar dan ramai lagi. Ter

Important of Bathroom

Every house has a bathroom. Some houses have more than one bathroom. A bathroom is a room in a house that contains a bath that contains a bath or showerm a wasbasin and sometime toilet. There are many things in a bathroom. there is soap, shampoo, towels, brushes, toothpaste and many others. We use the bathroom to bathe and wash our hand too. We must remember to keep our bathrooms clean.

Pendengar Setia yang Awesome

Assalamualaikum. Aku ada ramai kawan tak kira kat luar atau kawan yang kenal kat dunia maya. Erk, macam mana nak mulakan cerita ni? Korang jangan cakap atau fikir apa-apa tau. Aku bukannya nak bangga diri ke apa, aku cuma nak kongsi cerita sahaja. Aku pun tak tau apakah aku ni ada bakat jadi kaunsellor tak terlatih atau boleh jadi motivator. Hahaha, mula la nak berangan. Kalau ada kawan-kawan aku ada masalah diorang akan cari aku. Nampak malu-malu je nak kongsikan masalah mereka tu tapi kalau dah duk like-like je apa je yang ada dalam wall aku tu, nampak sangat la nak aku yang tanya-tanya dulu. Adei, manja betul kan kawan aku ni? Nasib baik la aku ni pakar bab ni. Bukan seorang dua dapatkah khidmat aku selama ini. Aku akan nasihat elok-elok. Kena juga fahami hati dan perasaan orang lain kan. Put you in their shoes. Kalau lelaki, jangan mengada nak bagi pendapat tanpa mereka minta. Kadang-kadang, diorang nak kita dengar masalah mereka sahaja tanpa perlu kata apa-apa. Bukan

Kepala Otak Tak Dapat Tahan

Assalamualaikum. Apa khabar? Aku lemah sikit rasa badan ni. Ditambah dengan kepala yang berfikir macam-macam terutamanya pasal ... Segan pula nak sebut. Aku rasa macam betul-betul tak larat. Masalah tu kadang-kala menghimpit kotak kepala ni. Kadang-kala ia hilang macam tu je, kadang-kala begitu menekan. Bukan satu tapi banyak. Dah bercampur baur ni. Nasib baik aku mempunyai ramai kawan-kawan yang baik, yang setia berada di sisi. Kalau sorang tak ada (sibuk), ada yang lain. Terima kasih wahai kawan-kawanku.. Tapi sekarang ni, aku rasa penat nak layan karenah orang. Untuk SW, terima kasih sudi layan karenah saya. Awak terbaik yang pernah saya jumpa walau kita tak mungkin bersatu.. P/s: Rerupanya ada orang perasan A yang aku maksudkan ialah dirinya. Sorry la, ingat ko sorang je ke yang ada nama mula huruf A? Kalau aku tulis pasal ko, aku tak sebutkan apa-apa huruf pun. Ko kan orang besar, mana boleh sebut nama ko, nanti aku kena saman pula. Orang politik kan, sikit sikit

Lirik Menanti Cinta yang Sungguh Bermakna

Assalamualaikum. Aku kongsikan dengan korang lirik lagu ketuhanan ini. Sungguh bermakna. Lirik Menanti Cinta - Krisdayanti  Sejak lama aku berdiri dalam sepinya rongga hati tak satu pun burung   mampu menjawab * hanya padaMu ku bertanya lewat setiap sujudku ini siapa kah nanti cinta untukku reff: Wahai penilai hati lihat batinku nyaris bernanah karna luka tersayat merana menantikan cinta dan kasih hidupku Rahasia itu hanya Kau yang tahu namun aku tak mau jadi tuna cinta tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku repeat * repeat reff Rahasia itu hanya Kau yang tahu namun aku tak mau jadi tuna cinta namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu Sumber Lama dah lagu ni ada la tiga tahun macam tu. Tapi bila terdengar balik, rasa ianya dekat denganku. Setiap bait perkataan tu aku dah faham dan rasai.. Oh Tuhan, percepatkanlah jodohku dan jodoh mereka-mereka yang belum bertemu pasangan tetapi terlalu meninginkannya, bukan kerana nafsu tetapi kerana tuntuta

Comelnya Anak Sulung Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum. Rasanya ramai tahu yang blogger otai super hot, Ben Ashaari dah dapat anak. Aku tahu isterinya mengandung tapi tak tau pula anak ke berapa. Rerupanya anak sulungnya. Patutlah caring lebih. Pernah pula si baby tu berhenti jap bergerak dalam kandungan membuatkan Abg Ben dan isteri agak panik dan takut. Bila pergi ke klinik, bergerak pula. Saja je nak takutkan abi dan uminya. Hehe, nakal. Lebih 4 jam tunggu, semua bilik operation penuh kat Hospital Putrajaya. Nak masuk labor room penuh pulak. Isteri blogger tersebut ada kes sikit, tu yang kena masuk operation room. Alhamdu lillah, 2hb April 2012 -tarikh lahirnya. Anaknya 4kg. Lelaki. Hah, 4kg? Jenuh tu nak beranak. Semangat kata orang tua-tua. Comel babynya. Bapaknya pun hensem, ibunya pasti cantik punyalah, orang Kelantan kan? Aku tak ikut sangat pasal Ben ni. Aku cuma tahu sikit-sikit je. Okay la tu, tahu juga sampai boleh cerita balik kat korang kan? Kakak kepada si dia pun baru dapat baby perempuan hari

Awesome Lor, Suka sangat

Assalamualaikum. Cari idea Entah bagaimana harus aku mulakan entri ini. Semua yang berada dalam kepala aku ni ada dua je temanya. Tapi tak boleh nak keluarkan apa-apa lagi memandangkan ada isu tengah hot. Kang meletup lagi Gunung Kalimanjaro kat Indonesia tu. Hahaha~ Kita kasi sejuk dulu la.. Kita minum dulu. Hehe~ Aku duk cari idea tapi masih tak jumpa-jumpa lagi nak buat entri baru. Tips tak ada idea nak buat entri (Ini perkara biasa bagi seseorang blogger. Jangan nafikan). Ideanya telah aku buat untuk entri autopublish pun untuk tiga hari yang akan datang. Best juga entri-entri tu, maka janganlah korang ketinggalan untuk singgah di sini lagi pada  3,4,5 hari bulan April ya. Sedikit promosi di situ. Masalah bertimpa Sekarang ni, aku menghadapi ujian. Agak besar. Bertimpa-timpa juga la. Kadang-kala rasa tak sanggup juga tapi kadang-kadang rasa nak tergelak pula bila fikirkan. Hahaha~ Apa-apa je la, kan? Janji aku tetap tabah dan kuat sambil tersenyum dalam mendepani hidup

Lirik Kosong, Kosong Najwa Latif Buatmu

Assalamualikum. Hari ni aku nak kongsikan lirik yang sekarang ni 'menjadi' kepadaku untuk ditujukan kepada seseorang itu. Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif Kau melihat diriku Seperti sesuatu Yang mencabar dirimu, Akal dan mindamu Kau mendustaiku Kau bilang mereka tak tahu Siapa diriku Sedangkan kau juga begitu Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong, kosong Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku Kosong, kosong Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit Dengan segala perit yang kau berikan Kini aku pantas berjalan Bergerak ke hadapan Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar Kosong .. kosong.. Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa kosong.. kosong.. Setiap detik diperhatikan Kau cari cara putar belitkan Kau jadikan diriku Kosong, kosong Segala kata cacian Yang telah engkau berikan Membuatku rasa Kosong, kosong Sumber   Maaf la awak,

Senarai Peserta Segment Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah

Assalamualaikum. First of all, aku nak minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk membuat entri pasal ini. Minta maaf, mian ne, sorry. Bulan 3 ni aku ada masalah yang sangat besar dalam hidup dan dunia blog -sakit dan lappy problem. Kadang-kala terlupa juga. Banyak entri tu aku dah set auto publish sebab tu la ada je entri aku. Hehe~ Selain itu, mood aku pun tak berapa baik dalam bulan ni. Boleh pula gaduh dengan kawan baik. Dia yang terasa. Dah slow talk, alhamdulillah dah okay balik la. Aku jadi tak tentu arah bila kawan baik aku sendiri terasa dengan aku. Lama la juga dia merajuk. Syukurlah dia tak merajuk terus. Kawan baik adalah penting bagiku. Korang, macam mana penting tak kawan dalam hidup? Dah la, banyak pula aku duk ngomel ni, kita teruskan kepada isinya. Jom kita terjah link diorang ni. Baca kisah kanak-kanak Rebina. Hehe~ http://simpangthree.blogspot.com/2012/02/segment-kenangan-persahabatan-masa.html http://emybloggergirl.blogspot.com/2012/02/segmen-kena

Open Tracker