Langkau ke kandungan utama

Catatan

Day 5 : Your Parents

Cina - Pakistan Tajuk tugasan hari inilah your parents. Kalau nak tahu, ibubapaku berasal dari kaum yang agak bertentangan. Arwah ayah ada keturunan Cina manakala ibuku pula ada keturunan Pakistan. Arwah ayah memiliki darah Cina dari neneknya yang mualaf Cina. Nama Cinanya Bu. Kami cicitnya panggil Tok Nek Bu.  Ada kisah yang agak dramatik sikit mengenai moyangku. Namun, rasanya adalah molek untukku menyimpan terlebih dahulu kisahnya. Dramatiknya, rasa boleh dibuat filem, pasti laris di pawagam. Hihi. Darah Pakistan pula dari datukku, yakni bapa kepada ibuku. Datuk ialah seorang Pakistan yang berniaga kedai runcit di kampung. Aku pun baru tahu kisah ini apabila ibu saudaraku menceritakan hal itu, beberapa tahun kebelakangan ini.  Dari darah campuran ini adik beradikku ada yang lahir cerah, ada yang lahir agak gelap. Kening kami kebanyakkannya panjang dan halus. Elok terbentuk macam kening orang India.Selalulah kena tuduh cabut atau cukur kening masa zaman sekolah hingga ke universiti d

Day 4: A Places You Want To Visit

Kaabah, Mekah A places you want to visit , tajuk ni easy-peasy ! Sebagai seorang penganut agama Islam, sudah tentulah Sha nak pergi ke Mekah menunaikan fardhu haji dan umrah.  Untuk makluman, Sha baru sahaja menghantar kakak no 2 ke Mekah. Kami hantar kat Kuala Lumpur International Airport je la.  Untuk yang mengenali mahupun tidak.. Gambar kenangan abang sulung bersama arwah ayah menunaikan umrah pada awal tahun 2014. Tahun 2011 arwah ayah menunaikan haji bersama mak. Tahun 2014 arwah ayah bawa anak buat umrah. Tahun 2017 arwah ayah bawa mak, kakak ipar, adik2nya, kawan2nya buat umrah tapi x balik dah. Meninggal dunia di sana. Masuk tv, masuk paper. Al-Fatihah (Dipetik dari FB Sha bertarikh 25 Disember 2023, setelah abang no 1 share gambar). 18 -30 Disember 2023 kakak Sha no 2 pergi ke sana. 31 Disember dapat berita dari ejen umrah, mak, abang no 1 dan adik no 5 pula akan menunaikan umrah pada 1 Februari 2024. Alhamdulillah, ya ALLAH. Dulu, bila je nampak posting kawan-kawan berada di

Day 3: A Memory

Tun Mahathir Tugasan hari ketiga ialah a memory. Ternyata banyak memori tapi rasanya macam sedih-sedih. Sha tidak mahu menggamit memori yang tidak indah. Biarlah ia tetap segar di dalam ingatan. Gitu.. Pada masa itu, Sha bersekolah tingkatan enam bawah. Pada suatu hari, kami diarahkan ke dewan sekolah. Rerupanya, ada jemputan dari penulis puisi terkenal tanahair dan pelakon popular. Namanya, sudah tidak ingat siapa.  Mereka mengajak untuk memasuki bidang yang mereka pelopori. Ada lah beberapa murid ke hadapan pentas untuk melakonkan emosi mimik muka dan bahasa badan yang dikehendaki seperti marah, merajuk, cemburu dan lain-lain lagi. Semasa itu pun telah diberitahu bahawa sekolah seterusnya yang akan dijelajahi mereka ialah SMK Jitra, musuh sekolah kami. Mereka seperti memprovokasi kami untuk menghantar wakil yang berminat. Namun, itu sahaja lah. Ramai pelajar masih malu-malu. Termasuk juga Sha. Tapi, tidak lama selepas itu, tahu tak apa yang terjadi? Sekolah kami mendapat tawaran lako

Open Tracker