Langkau ke kandungan utama

Catatan

Cuti COVID 19 Selama 14 Hari Nak Buat Apa

 COVID 19 selama 14 hari nak buat apa? 1. Kemas rumah (spring cleaning)  2. Masak 3. Settle kan barang nak pos 4. Buat biz (sarung bantal) - up album. Jangan risau pengeposan masih buka. 5. Basuh baju 6. Lipat baju - haa, ini lah masanya 7. Baca al-Quran - dah berapa lama x buka? 8. Solat fardu dan solat² sunnat 9. Quality time with family 10. Ajar anak - 4M (Membaca, menulis, mengira, melukis) 11. Tengok movie Manfaatkan cuti anda. Jangan keluar sesuka hati je. Jangan berhimpun. Jangan buat masak². Nak buat kenduri boleh tapi had 5 orang sahaja boleh berhimpun termasuk anak awak! 🙄 Anda boleh ditangkap jika buat kenduri.  Please alert about COVID 19. Jangan cakap kat kampung xde. Dah banyak kes berlaku di kampung. Sila pastikan jarak anda dengan orang lain ialah 1 meter. Nak senang faham, depakan tangan. Ha, itu la jarak selamat. Eh, orang tu buat ok je, x kena apa2.. Ya, mungkin terlepas di dunia, tapi jangan lupa malaikat kat kiri kanan tak pernah lupa mencatat dosa pah

Info Grafik Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bergambar ini untuk memudahkan anda memahami dengan lebih jelas dan terang.  Ia dimasukkan ke dalam satu helai berbentuk info grafik. Malaysia sekarang berada di dalam Perintah Sekatan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 8, iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Panas: Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8

Perdana Menteri Malaysia Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-8? Ini adalah isu yang panas sekarang. Ramai yang mahu tahu siapakah yang bakal diangkat sebagai orang paling berpengaruh di negara bertuah ini. Debaran semakin terasa apabila Yang Dipertuan Agong, akan menemubual kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan pendapat mereka. Desas-desus menyatakan beberapa orang tokoh politik yang lain juga turut tersebar. Para penyokong politik juga turut rancak meneka dan mahukan pemimpin mereka naik sebagai perdana menteri. Manakala Perdana Menteri Malaysia interim (sementara) adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed yang merupakan Perdana Menteri Ke-7 dan ke-4. Adakah kali ini beliau sekali lagi dipilih sebagai Perdana Menteri? Mari kita sama-sama saksikan sejarah Malaysia ini.  Terima kasih singgah sini

Open Tracker