Langkau ke kandungan utama

Cuti COVID 19 Selama 14 Hari Nak Buat Apa

 COVID 19 selama 14 hari nak buat apa?
1. Kemas rumah (spring cleaning) 
2. Masak
3. Settle kan barang nak pos
4. Buat biz (sarung bantal) - up album. Jangan risau pengeposan masih buka.
5. Basuh baju
6. Lipat baju - haa, ini lah masanya
7. Baca al-Quran - dah berapa lama x buka?
8. Solat fardu dan solat² sunnat
9. Quality time with family
10. Ajar anak - 4M (Membaca, menulis, mengira, melukis)
11. Tengok movie

Manfaatkan cuti anda. Jangan keluar sesuka hati je. Jangan berhimpun. Jangan buat masak². Nak buat kenduri boleh tapi had 5 orang sahaja boleh berhimpun termasuk anak awak! 🙄 Anda boleh ditangkap jika buat kenduri. 

Please alert about COVID 19. Jangan cakap kat kampung xde. Dah banyak kes berlaku di kampung.

Sila pastikan jarak anda dengan orang lain ialah 1 meter. Nak senang faham, depakan tangan. Ha, itu la jarak selamat.

Eh, orang tu buat ok je, x kena apa2.. Ya, mungkin terlepas di dunia, tapi jangan lupa malaikat kat kiri kanan tak pernah lupa mencatat dosa pahala. Adalah BERDOSA bila mendedahkan diri, keluarga, kaum kerabat dan sanak saudara kepada kemusnahan.

Ya, virus COVID ni adalah kemusnahan. Kalau meninggal dunia bukan direnjis dengan air mawar, air daun pandan tapi di renjis clorox, tau x.. Jenazah tidak dimandikan tetapi cuma di tayamum sahaja di luar plastik. Allahu..

Tidak boleh cium jenazah. Tidak boleh tatap muka jenazah buat kali terakhir. Lepas famili pula kena kuarantin 14 hari.

Kalau kat China, mayat kena bakar. Tilam sekali angkut bakar. 

Kita baru je kena Sekatan Pergerakan. Jangan suka² nak keluar bawa 1 famili. X perlu berkunjung ke rumah sedar mara. Jangan sampai kerajaan terpaksa buat Lockdown (Pengurungan rumah). Situasi kita sekarang sama macam Itali. Mula2 kena Sekatan Pergerakan tapi buat tak endah. Orang dari bandar balik kampung. Tengok sekarang kat Itali, kematian cecah beribu² dan positif kes dah berbelas² ribu. 

Bukan nak salahkan orang kita. Tapi maklumat kurang, kita tak tahu. Sha sendiri tak tahu. Kalau tahu, boleh diheboh dan sebarkan kepada yang lain untuk manfaat bersama.

Bersama lah kita sedar akan bahaya penyakit ni. Kuarantin diri di rumah. Moga² kes akan menurun di Malaysia. Aaminn.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker