Ni gambar bekerja sebelum bersalin Sha kembali bekerja setelah tiga bulan cuti bersalin. Empat bulan sebenarnya, Ogos, September, Oktober dan November tapi kira 90 hari sahaja. Hahaha, trick bulan saja tu. Ikutkan hati, nak saja cepat masuk kerja. Duk rumah bosan. Kejap sahaja masa berlalu. Rasa terlalu cepat, pagi, tengahari, petang dan malam. Esok mulakan hari yang baru. Tapi dekat nak kena masuk kerja, mula rasa tak nak lagi, nak duk rumah dulu. Hehe, mengada. Cuti Lama Seronok cuti lama? Memang seronok cuti dapat berehat. Tapi yang tak seronoknya adalah kerana suami jauh. Dua minggu sekali balik jenguk anak bini kat kampung. Itu pun cuti tidak lama. Sehari dua sahaja. Ada juga yang balik hari. Tak apalah daripada nak menanggung rindu. Hohoi, tak tertahan rasa rindu ini. Dua minggu nak tunggu pun rasa hari berlalu macam nak dipercepatkan sahaja. Jadi, tiga bulan tu tak ada la terasa sangat. Rasa nak cepat jumpa suami sahaja. fesyen Ilmu Keibubapaan Kalau jump