Tips Penjagaan Bateri Handphone 6 sebab bateri telefon cepat habis tidak seperti ketika baru beli, ramai yang ingin mengetahui apakah puncanya. Masa awal beli bateri tak caj dua hari pun tahan. Sekarang ini, baru sahaja penuh, tetiba eh dah habis! Terdapat dua punca utama iaitu manusia dan mesin. Manusia 1. Penggunaan yang kerap Kejap-kejap nak pegang telefon. Kejap-kejap tekan telefon bimbit. Buka itu ini. 2 . Menggunakan perisian ( software ) yang dimasukkan ( install ) ke dalam telefon bimbit ( handphone ) adalah besar dan berat. Ini akan memakan ruang simpanan ( storage ) dan juga penggunaan bateri akan meningkat. 3. Penggunaan data internet Ini adalah faktor utama yang ramai giler mengeluh, apabila guna data internet, bateri cepat habis. Ya, apabila kita mengaktifkan data internet, bateri akan cepat habis. Hal ini disebabkan oleh telefon bimbit kita perlu bekerja sentiasa untuk memberi kita update terbaru. Kita mungkin tidak nampak di belakang tabir apa yang berlaku.