Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bahasa Siam: Kiraan Empat Puluh hingga Lima Puluh

Oyeah, sampai lagi kita di hari Sabtu. Hari untuk kita belajar Bahasa Siam. Untuk pelajaran yang lepas, bolehlah merujuk pada entri sebelum ini seperti yang diberikan di bawah. Boleh rujuk entri ini: Kiraan 1-10 , Kiraan 11-20 Kiraan 21-30 Ok, mari kita mula belajar mengira dengan tiga puluh 40 - si sip  41 - si sip et  42 - si sip song  43 - si sip saam  44 - si sip si  45 - si sip ha  46 - si sip hok  47 - si sip chet  48 - si sip pet  49 - si sip kau  50 - ha sip Untuk bacaan lanjut, boleh masuk ke halaman Bahasa Thai yang aku sudah sediakan: Bahasa Thai Semoga bermanfaat.

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya

Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja. Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~ Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik! Ila sedang sibuk bergambar.  Tengok kameranya tu. Cayalah, bro.. Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kend

Bunga Sakura Di Alor Setar, Kuala Kedah dan Yan, Kedah

Ramai sudah bercakap tentang kecantikan dan keindahan yang terdapat di negeri Kedah.  Dengan sawah padi yang luas terbentang dan gunungnya yang cantik, tidak dapat disangkal lagi kecantikan dan keindahannya. Kini, heboh orang memperkatakan kecantikan permandangan bunga sakura ( Nama Inggeris Tabebuia Penthaphyl. Nama MelayuTecoma ) di Kedah. Ada juga yang mendakwa pokok Sakura Malaysia dan  nama saintifiknya Tabebuia Rosea . Ada juga yang mengatakan Pokok Bongor. Tapi pokok bongor jenis apa, sebab aku kenal pokok bongor. Ada yang mendakwa ini adalah  Pokok Semarak Antara kawasan yang ditanam pokok sakura ialah sekitar Alor Setar seperti Langgar, Hutan Kampung, Taman Kota, Tesco Mergong, Kuala Kedah, Yan, Tanjung Dawai, Jitra dan lain-lain lagi. Ramai yang mengatakan bak berada di Korea. Fefeling Korea gitu! Mari kita tengok gambar yang aku ambil sekitar Yan dan Kuala Kedah. Indah, berlatar belakangkan Gunung Jerai dan sawah padi Sakura di tepi sawah nan permai Musim bu

Open Tracker