Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bahasa Siam: Kiraan Sebelas hingga Dua Puluh

Lama rasanya aku tak buat entri dalam bahasa Thailand. Ingatkan tiada permintaan, tetapi selalu mendapat trafik dari enjin carian yang ada golongan tertentu yang mahu belajar bahasa Negara Gajah Putih ini. Jadi, aku gunakan pengetahuan yang ada sedikit sebanyak ini dengan berkongsi dengan anda semua. Semoga bermanfaat. Kiraan 1-10, boleh rujuk entri ini: Kiraan 11 - sip et  12 - sip song  13 - sip saam (sebutan sip sam. Bukan sa-am) 14 - sip sii (sebutan si. Bukan si-E) 15 - sip ha 16 - sip hok  17 - sip chet  18 - sip pet  19 - sip kau  20 - yi sip Pergi hafal dulu, nanti Kunkru (cikgu)  Sha myheart akan tanya. Hehe~ Bersambung lagi ya.

MH370 Penerbangan Yang Hilang: Dirampas atau Terhempas

Satu dunia terkejut apabila pesawat 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) didapati hilang daripada radar pada hari Sabtu 8 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai persoalan wujud. Tentera dan nelayan mencari. Jumpa tumpahan minyak. Jumpa serpihan seperti kapal terbang, jumpa bot yang tulis boarding, jumpa itu, jumpa ini. Tetapi, itu bukan milik MH370. Aku pada mulanya cuak juga. Risau. Berdebar-debar.Tetapi apabila dapat tahu satu artikel yang mengesyaki kapal terbang malang tersebut dirampas, aku mula tenang. Tidaklah terlalu risau kerana tahu yang kemungkinan besar pesawat yang membawa 239 manusia di dalam perutnya, dalam keadaan yang selamat. Tidak terhempas. Selepas itu, kenyataan dari DCA, pengerusi MAS dan Menteri Dalam Negeri pun, aku sudah tidak ralat sangat. Keadaan seakan-akan mereka menyembunyikan sesuatu. Wallahu alam. Kes bersangkut Doa dan solat hajat Banyak doa dari semua agama terlibat. Solat hajat juga dilakukan. Selepas solat Jumaat, dilakukan solat hajat. Berita hari ini, p

Tutorial Link Rosak Dalam Entri Blog

Link rosak dalam entri berlaku kerana: Pertukaran link blog (blog yang telah tidak aktif-dibuang-sudah patah hati berblog) Segment, GA atau contest yang telah tiada -sama ada blog sudah dinyahaktif atau pemiliknya membuang entri tersebut. Link yang anda masukkan dalam entri - website yang telah bertukar domain Link iklan -sudah bertukar domain Kesan Apabila kita klik pada link yang rosak, ia tidak dapat masuk ke dalam link yang terbuka tersebut. Jawapannya sama ada 404 atau  blog sudah dinyahaktif. Tiada lagi link blog tersebut dalam dunia maya ini. Hehe~ Kalau tak tahu, cuba uji link tersebut. Ke mana ia bawa anda. Kalau bawa ke link tersebut, kira ok la. Tapi kalau ia tiada dalam carian, silalah padam link itu. Sebab itu lah link yang rosak. Okay,  faham? Cara-cara membuang link rosak dalam entri 1. Masuk ke link ini  Free Broken Link 2. Masukkan link blog anda dan klik Find broken links. 3. Masukkan kod keselamatan (security code) dan tekan broken links now! Tunggu sebentar.

Open Tracker