Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tips Petua Cara Mencantikkan Kuku dengan Bahan Semulajadi

Nak kuku cantik, mudah saja. Tak perlulah menggunakan kutek, pewarna kuku. Cukuplah mengamalkan bahan-bahan semulajadi. Okay, jom baca. 1. Lidah buaya Caranya, bersihkan lidah buaya dan oleskan secara merata pada kuku. Lakukan perawatan ini secara rutin, maka kuku akan terlihat lebih cantik dan bersih putih. 2. Bawang putih Caranya, parut bawang putih hingga halus, kemudian oleskan pada kuku. Biarkan beberapa minit. Kemudian, bersihkan kuku. Boleh juga menggosokkan bawang putih terus pada kuku Anda. Lakukanlah secara kerap, maka kuku anda akan semakin kuat dan tidak rapuh. 3. Belimbing Buluh Belimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran di celahan kuku dan kulit luar. Gosokkan potongan belimbing buluh pada kuku. Kemudian, bersihkan dengan air. 4. Lemon atau limau nipis Untuk mengembalikan kuku yang kuning kepada warna putih. Caranya, sediakan perahan lemon, dan campurkan satu sudu perahan lemon dengan ubat gigi (disyorkan ubat gigi untuk memutihkan gig

Petua Lembutkan Daging Liat dan Keras

Daging segar sedia untuk dimasak Ada orang bertanya kepadaku mahukan petua melembutkan daging yang liat dan keras. Petua ini diamalkan oleh famili dan orang kampungku: Rebus daging bersama buah betik. Insya-ALLAH daging akan lembut. Boleh juga ketika merebus daging, masukkan sudu atau garfu aluminium untuk meningkatkan suhu air agar lebih panas. Mak aku biasanya masukkan santan dalam rebusan daging. Daging pun enak berlemak. Petua orang lain pula, ambil daun betik, ramas-ramas sedikit. Bungkus daging dengan daun tersebut selama 30 minit. Sumber petua lain Resipi Daging masak merah Petua Membuat Satay yang Sedap Cara Mengelak Keracunan Makanan Selamat merebus daging dan menjamu selera.

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu

Open Tracker