Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon Meninggal Dunia

  Ariel Sharon TEL AVIV - ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan meninggal dunia hari ini, 11 Januari 2014. Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar. Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Cerita Pengalaman Pengasuh Taska Permata Harapan yang Kejam Pada Kanak-kanak

Ini adalah kisah benar seperti yang adik-adik aku ceritakan. Adik-adik aku (dua orang kerja serentak) pernah kerja taska atau nurseri jugak. Cerita pasal susu dan pampers tu sama. Diorang kata, pekerja sana ambik makanan yang parents budak-budak tu bekalkan utk anak mereka. Pagi-pagi, meluru mereka periksa beg bu dak-budak tu sebab nak ambik makanan dan makan depan budak-budak tu. Korang bayangkanlah, pekerja makan buah epal dan mee goreng hak budak-budak tu tayang depan mata. Zalim! Ya ALLAH,  mak bapak diorang bagi bekalan supaya anak-anaknya tak lapar tapi pekerja pulak yang ambil. Bila budak-budak tu lapar, nak makan apa? Kesian sangat tengok budak-budak lapar. Adik-adik aku tak ambil. Tapi tolong blikan makanan kat luar utk budak-budak tu. Budak-budak suka dan sayang pada diorang. Adik-adik aku pun kerja tak lama. Tak tahan tengok penderitaan yang kanak-kanak terpaksa tanggung. Kasihan. Tapi, adik-adik aku keluar, bagaimana pula nasib budak-budak tu? Pasti lagi teruk seb

Hiduplah dengan Berani Walaupun Ada Sejuta Masalah

Harapan itu tetap ada. Harapan tak pernah padam. Bumi mana yang tak pernah ditimpa hujan? Hidup mana yang tak pernah ada masalah? Hiduplah dengan berani. Hidup kita kadang-kadang bertemu dengan orang jahat, orang yang suka ambil kesempatan, orang yang suka canang kisah buruk kita, orang yang dengki dengan kita, orang yang cemburu dengan kita, orang yang tak pernah suka dengan kita.. Jangan sesekali menyesal kerana menyesal pada takdir-NYA itu boleh melemahkan iman dan dalam masa yang sama menyakitkan hati kita sendiri. Bila hati sudah sakit, hidup kita sukar mengecapi bahagia. Ya, memang kadang-kadang terasa berat, kita jatuh terjelepuk. Tapi, kita tetap kena hadapi dan lalui juga liku-liku hidup dengan berani. Kita kena kuat. Kita kena berdiri di jalan yang betul.  Pertamanya, bangun. Kemudian, berdiri. Mulalah bertapak. Setapak. Setapak. Setapak. Ya, kita dah boleh berjalan! Hidup mesti optimis dan positif!

Open Tracker