Langkau ke kandungan utama

Catatan

[Novel Bersiri - Cikgu Rania] Siri 10: Jiwa Kacau

“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya. Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian. Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja. Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik. Namun bersama lelaki ini senarionya berbeza. Hati tidak tenteram. Perasaan bergalau-galau, jiwa pula bagai dipalu-palu.

Twitter dan Facebook Kayu Pengukur Populariti? Ye ke?

Assalamualaikum... Internet memang besar peranannya dalam dunia hari ini. Laman sosial pula menjadi wadah utama perhubungan internet terutamanya Facebook. Gelombang facebook ni besar, sampaikan ada pak cik- mak cik pun nak ada facebook. Hebatkan? Kalau berbicara pasal Twitter pula, ramai artis ada twitter dan ya, mengukur populariti seseorang itu. Aku ada twitter , dah lama buat akaun tapi tak pandai sangat. Nasib baik bebaru ni kawan bloggerku, Topan ala yang ada blog bernama Taufan Bin Ribut tu, ajarkan sikit. TQ bro. Tapi aku masih banyak kena explore sendiri lagi. Tak apa, aku nantikan saat itu. Hoho~

Korang Dah Bayar Hutang PTPTN? Belum?

Assalamualaikum... Korang ni peminjam PTPTN ke? Aku ya.. Ingat nak pinjam Mara, tapi dia cakap Mara tak taja untuk pelajar universiti awam. Sangat jeles pada mereka yang dapat pinjaman Mara. Er, biasiswa tak jeles ke? Jeles, tapi aku ni tak sepandai diorang. Jadi, redha je la. Tak perlu nak jeles-jeles, kan? =) Hutang yang dulu ada dalam 20, 000. Yang baru ni ada dalam 10, 000. Oh, 30,000. Mana nak cekau ni? Jom baca berita pasal PTPTN. Baik jugak ya..

Open Tracker