Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resipi Jus Tembikai Laici

Assalamualaikum... Panas kan cuaca sekarang ni..? Hari ni agak mendung, tapi hujan tak jadi pun..  Teringat pula pada entri seorang blogger: Abu Ikhwan dalam blognya Kembara Mencari Hamba. Daripada`Atha` bin Abu Rabah ra. katanya, dia mendengar Ummul Mukminin A`isyah rha. berkata: "Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah baginda berjalan mundar-mandir. Apabila hujan turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan kegelisahannya hilang. A`isyah berkata: Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda begitu gelisah. Baginda menjawab: Aku bimbang kalau-kalau angin mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat." (Muslim) Best entri ni, aku suka.. Kalau korang nak baca, meh tekan Sini , akan ku bawa korang ke dunia fantasi.. Hehe~

Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan

Assalamualaikum... Jom baca lagi tentang Osama dan khasiat buah tembikai. Dengan cuaca yang panas ni, memang sedap la kalau dapat makan buah tembikai yang sejuk dan manis.. Yummy! Aku suka semua jenis buah tembikai. Tembikai merah, tembikai kuning dan tembikai susu. Ada orang panggil timun cina sebelah Pantai Timur Semenanjung. Aku panggil watermelon ja.. Haha~ Kita baca tentang Osama dulu, k. SEORANG askar Pakistan mengawal rumah persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan semalam. ISLAMABAD - Bekas Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak pernah menjalani rawatan dialisis buah pinggang, walaupun timbul banyak dakwaan mengenainya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Bukti yang diperoleh daripada alat-alat perubatan di tempat persembunyian dan pengakuan daripada isterinya dalam media Pakistan menunjukkan Osama menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk kesihatan dirinya.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 24)]: Andainya kutahu

Hari teduh di luar sana. Udara segar dengan sesekali pohon-pohon kayu kelihatan bergoyang disapa angin yang entah dari arah mana. Senyaman suasana, begitulah damai rasa hati Rania petang itu. Manakan tidak, apa yang diharapkan menjadi kenyataan. Surau sekolah akan dibina. Bukan Rania sahaja bahkan semua ahli jawatankuasa berasa gembira mendengar berita tersebut. Barisan ahli jawatankuasa PIBG tekun mendengar penjelasan Datuk Dr Zainal Aqil berhubung proses pembinaan surau. Akhirnya, setelah melewati pelbagai rintangan dalam tiga mesyuarat terdahulu, kata putus sudah dicapai. Projek pembinaan surau akan didahulukan. Suara majoriti diguna pakai. Rania urut dada tanda sangat lega. Alhamdulillah! Bisiknya sendiri. "Kita akan gunakan pelan lama iaitu pelan surau setingkat yang telah pun disiapkan oleh Prof. Dr. Zubir," jelas Datuk Dr Zainal Aqil. Ummar Qayyum mencatat sesuatu di buku catatannya setelah dibisikkan sesuatu oleh Prof. Dr Zubir. Kemudian Yang

Open Tracker