Langkau ke kandungan utama

Catatan

Vespa Kembali Bangkit

SUDAH setahun dia menyimpan duit. Petang itu, segala penat lelahnya berjimat cermat diganti dengan jentera yang pasti membuatnya tersenyum setiap kali berada di atas jalan raya. Jelas sekali Trinh My Duong, 24, adalah penggila Vespa. Tidak jauh bezanya dengan kira-kira 3,500 pemilik baru jenama motosikal itu setiap bulan di Vietnam. Kalau dinilai dengan purata gaji pekerja di Vietnam yang cuma AS$40 (RM118) sebulan, Vespa sememangnya barang premium dan bukan untuk semua orang. Namun begitu, Trinh tidak peduli. Vespa LX125 i.e berwarna kuning terang itu baru dibelinya pada harga AS$3,450 (RM10,236) secara tunai. Ia pasti akan membuatkan Trinh lebih popular berbanding rakan-rakannya yang lain.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 30)]: Hendak Berkayuh, Dayungku Patah

Assalamualaikum... “TAK payah telefon Amanda Sofea, kita terus pergi rumah cikgu,” arah puan Roziah yang lebih dahulu dimaklumi oleh Tuan Haji Muhyiddin tentang situasi dialami. Rania angguk faham. Beberapa orang guru yang melintasi perkarangan kaki lima Blok B memandang pelik ke arah kelompok mereka. Tidak Rania pedulikan. Dia lebih terkenangkan Amanda Sofea. Hatinya diruntun pilu. Apa perasaan Amanda Sofea melihat mereka nanti? Marahkah dia? Hilangkah kepercayaan Amanda Sofea padaku? Fikirnya sewaktu masuk ke dalam kereta puan Roziah bersama puan Kamilah, Guru Kaunselor. Puan Rozana memandu keretanya sendiri. Entah apa yang telah dibincangkan puan Rozana dengan pihak kaunselor sebentar tadi sehingga wajahnya masam kelat begitu. Kelatnya masih berpanjangan sewaktu mereka sudah pun berdiri di hadapan pintu rumah sewa Rania. “Bagi salam,” arah puan Roziah. “Puan Kamilah bersedia ya,” Guru Kaunselor diingatkan. <a href="[innity]http%3A//bs.ser

Pesan Guruku (Tentang Ibu Bapa)

Assalamualaikum... Tazkirah kembali lagi.. Malam semalam aku hadiri majlis agama dan ilmu. Pada akhirnya, dia menyatakan pesanannya untuk kami yang akan bercuti panjang dan kembali ke pangkuan ibu ayah. Pesanan itu sama seperti yang aku dengar pada masa aku belajar ijazah dulu.  Aku masih ingat lagi. Ayat-ayat itu pun kembali berlegar-legar di kepalaku. Pesan guruku pabila balik ke rumah berbaktilah kepada ibu dan ayah janganlah kau membuat mereka susah Pesan guruku jangan perlakukan ibu dan ayah seperti hamba bantulah mereka dalam kerja sekurang-kurangnya ringan beban mereka yang makan bertahun lama bukan sehari dua  

Open Tracker