Langkau ke kandungan utama

Catatan

Usaha Tidak Pernah Mengkhianati Hasil

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil Kisahnya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil mengenai Sha masuk kerja kat tempat baru. Kerja yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza. Tempat berbeza, bos lain, kawan-kawan baru. Cabarannya, data diorang carca-merba. Serabut. Memang Sha pening. Benda simple pun duk atas, tengah, tepi, kiri kanan. Bayangkanlah. Ikutkan ikut je seperti cetakan dari sistem sahaja. Dia punya pusing macam ni, siapa je tak pening. Sha susun balik elok-elok. Teringat pasal kisah Musang Berjanggut yang kena asingkan rempah ratus, gula dan garam. Begitulah Sha rasa time tu. Sha tak buang apa-apa. Malah susun bagi cantik. Siap dengan total lagi. Senang nak tengok. Settle tu, Sha rasa lega sesangat sebab bulan depan nak buat laporan, dah tak perlu nak pening-pening lagi. Settle satu bab. Bab peruntukan, perbelanjaan dan baki buat Sha pening juga. Lama juga pening.  Oh ya, dokumen untuk rujukan Sha limited. Dengan banyak lagi kerja lain nak kena buat. Memang tak boleh nak ...

Hari Pertama Anak-Anak Tidur Di Bilik Sendiri

Katil double decker 15 September 2025 - Hari pertama untuk anak-anak mama tidur di bilik sendiri. Harraz lulus, cuma dia minta teman sehingga dia tidur. Good boy. Hana je tengah malam datang cari mama. Tapi dia ajak tidur bilik sebelah dan bukannya nak tidur di bilik mama. Alhamdulillah.. Biasalah tu. Mula2 memang rasa begitu sebab tak biasa. Mama pun rasa lain sebab tak pernah berpisah tidur dengan Hana. Dia kalau mama xde je, mula la mencari mana mama. Moga2 esok lusa berjaya la tu nak tidur sendiri. Sebelum ini sudah lama perancangan nak pisah tidur. Tapi Hana masih menyusu badan dan Harraz time tu la dia tengok cerita hantu. Memang takutlah. Kali ini pula, kami kemas-kemas bilik. Ubah katil, sarungkan cadar. Bagitau anak-anak supaya tidur di situ. Itu bilik diorang. Sambutannya, diorang seronok. Alhamdulillah. Update: mama pula suka lepak atas katil tu. Sampai tertidurlah. Hahaha. Ingat nak teman Hana tidur sahaja, sekali mama pun mengantuk.  Siangnya mama tidur tengah hari di atas...

Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar

Belajar Dalam umur yang makin menua, aku tetiba teringat akan sesuatu. Pengalaman bagaimana memotivasikan diri sendiri semasa belajar. Aku rasa tak pernah ceritakan hal ini. Tau tak, dulu kan.. Masa aku masih di bangku sekolah menengah, kena siapkan kerja sekolah hingga habis, di tengah malam yang sunyi. Familiku pula semuanya telah hanyut diulik lena. Tinggal aku keseorangan yang perlu bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah. Motivasiku untuk melawan malas dan takut (hantu) adalah dengan berfikir, tentu ada abang dan kakak di Universiti Utara Malaysia (UUM) sana sedang belajar sampai tengah malam sepertiku juga. Aku yakin itu. Kira seperti aku sama-sama belajar dengan mereka. Dan ya, semasa nak exam, memang kami (aku juga pelajar UUM setelah tamat sekolah menengah) akan studi sehingga larut malam. Sesekali menyiapkan assignment sehingga tengah malam kerana esok sudah mahu hantar. Pengalaman lain pula, masih ku ingat.. Semasa hampir peperiksaan UPSR, aku berkata kepada diriku. Aku ku...

Open Tracker