Usaha tidak pernah mengkhianati hasil Kisahnya, usaha tidak pernah mengkhianati hasil mengenai Sha masuk kerja kat tempat baru. Kerja yang sama cuma tempat sahaja yang berbeza. Tempat berbeza, bos lain, kawan-kawan baru. Cabarannya, data diorang carca-merba. Serabut. Memang Sha pening. Benda simple pun duk atas, tengah, tepi, kiri kanan. Bayangkanlah. Ikutkan ikut je seperti cetakan dari sistem sahaja. Dia punya pusing macam ni, siapa je tak pening. Sha susun balik elok-elok. Teringat pasal kisah Musang Berjanggut yang kena asingkan rempah ratus, gula dan garam. Begitulah Sha rasa time tu. Sha tak buang apa-apa. Malah susun bagi cantik. Siap dengan total lagi. Senang nak tengok. Settle tu, Sha rasa lega sesangat sebab bulan depan nak buat laporan, dah tak perlu nak pening-pening lagi. Settle satu bab. Bab peruntukan, perbelanjaan dan baki buat Sha pening juga. Lama juga pening. Oh ya, dokumen untuk rujukan Sha limited. Dengan banyak lagi kerja lain nak kena buat. Memang tak boleh nak ...