Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tebuan Masuk Bilik

Tebuan Tengah duk santai2 tengah hari tadi, ada tebuan masuk bilik. Dah halau. Dalam 5 minit dia masuk balik sebab Sha dengar kuat buzzzz dia tu. Halau2 dia x nak keluar. Ingatkan bukan tebuan. Sekali google keluarga tebuan, la betul tebuan rupanya. Sebab warnanya oren. Sha biasa jumpa warna kuning. Dah la besar kira-kira 3 inci juga la panjangnya. Biasa jumpa yang 1 inci sahaja. Tu pun rasanya dah lama tak jumpa tebuan. Nampak macam dia nak buat sarang kat langsir jendela, duk terbang pusing-pusing situ. Dia masuk keluar tingkap. Gaya nak tutup, dia masuk balik. Syukurlah berjaya halau.. Terus tutup tingkap.

Tutorial Cara Belanja Orang Di Negara Lain Guna Aplikasi Grab

Kali ini aku nak kongsikan tutorial bagaimana cara untuk belanja orang di negara lain menggunakan aplikasi Grab. Ramai sangat yang masih tidak tahu caranya walaupun sudah banyak orang buat tutorial. Jadi aku ambil ruang dan peluang ini untuk mengajar korang pula. Sebagaimana yang ramai maklum, demonstrasi di Indonesia yang besar-besaran telah melumpuhkan ekonomi rakyat yang bergantung kepada penghantaran online. Jadi, rakyat Malaysia dan beberapa negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand membantu memberi makanan kepada rakyat Indonesia. Mereka berkata, pemimpin mereka sendiri tidak peduli sama rakyat. Tapi rakyat negara lain yang lebih caring . Biasalah awak.. Pemimpin ni kadang tak nampak dan sedar kecuali diri sendiri dan keluarga terdekat yang kena, baru dia terjaga. Ok, jom kita belajar tutorial cara belanja makan kepada saudara jauh kita di Indonesia. 1. Buka Grab. Klik Food. Kalau xde, cari sampai jumpa di All. Grab food deliver to 2. Klik Deliver To 3. Klik bendera di t...

Kisah Membeli Barang Kemas Yang Tak Berapa Mahal

Barang kemas yang tak berapa mahal (sekadar gambar hiasan) Kisah membeli barang kemas yang tak berapa mahal. Kali ini, kisah berkisar pasal nak beli barang kemas untuk perhiasan diri. Cantik dipakai, naik harga diri. Gitu.. Skroll fb ternampak kedai international jewellery : Tiffany.co . Telan liur nampak harganya. Bukan emas 916 pun tapi mahal nak mamp.. Then masuk kedai cikai-cikai.. Harga b40 ok la. Titanium steel . Kira ok la. Harga pun bawah 80 ringgit. Lepas tu, tengok emas preloved. Ada juga kedai jual sama je harga dengan harga emas baru. Eh? Better go for the brand new! Korang, sebenarnya emas preloved tu maknanya dia emas tulen, 916. Tapi dia murah disebabkan oleh telah dipakai oleh orang lain dan tiada upah tukang emas. Emas itu tetap asli. Mungkin kena basuh sikit la. Gilap kasi naik warnanya. Kalau bernasib baik dapat koleksi klasik yang tinggi nilainya. Sha pun suka emas klasik. Rasa begitu Melayu sekali. Gitu.. Dan.. Of course ada jual emas korea tapi claim emas 916. Tak...

Open Tracker