Tebuan Tengah duk santai2 tengah hari tadi, ada tebuan masuk bilik. Dah halau. Dalam 5 minit dia masuk balik sebab Sha dengar kuat buzzzz dia tu. Halau2 dia x nak keluar. Ingatkan bukan tebuan. Sekali google keluarga tebuan, la betul tebuan rupanya. Sebab warnanya oren. Sha biasa jumpa warna kuning. Dah la besar kira-kira 3 inci juga la panjangnya. Biasa jumpa yang 1 inci sahaja. Tu pun rasanya dah lama tak jumpa tebuan. Nampak macam dia nak buat sarang kat langsir jendela, duk terbang pusing-pusing situ. Dia masuk keluar tingkap. Gaya nak tutup, dia masuk balik. Syukurlah berjaya halau.. Terus tutup tingkap.