Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pulanglah Kerja Ikut Waktu

"Pulanglah kerja ikut waktu. Bila sakit, cutilah. Bila ada majlis dalam keluarga, mohon cuti rehat (CRK) dan ikutilah majlis keluarga," pesan seorang otai pada aku dulu. Aku cuma anggukkan kepala sahaja. Menanti butir mutiara kata seterusnya. Banyak nampak dia nak meluah. "Abang dulu Li, memang gila kerja. Kau bayangkan, banyak kali abang dapat anugerah kehadiran penuh. Tak pernah MC. Tak pernah ambil CRK. Masa tu abang rasa bangga. Diberi anugerah yang jarang orang lain dapat. Bahkan pernah abang kurang sihat, pergi klinik, klinik bagi MC. Tapi abang tak MC. Sebelum ke sekolah makan ubat, kat sekolah pun makan ubat lagi. Kau tahu lah, makan ubat ni kebah la 2-3 jam. Pastu gigil lagi. Makan lagi. Punya la sayang nak cuti, dah diberi cuti pun tak nak juga cuti. Orang lain 1:30 lepas punch out, terus berkejar keluar. Abang rileks lagi setel mana patut. Jam 3, jam 4 baru keluar. Kunci bilik guru tu abang yang pegang. Sebab abang orang paling lambat balik setiap hari dan pas...

Pernahkah Anda Melihat Rama-Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan?

Pernahkah anda melihat rama-rama hinggap pada bangkai haiwan? Sebenarnya rama-rama sering memakan haiwan yang reput, buah-buahan busuk, darah, najis haiwan dan air kencing. Bunga sahaja tidak memberikan natrium yang mencukupi untuk rama-rama, jadi mereka tertarik kepada benda masin yang lain. Jika rama-rama pernah hinggap pada anda, ia bukan kerana ia menyukai anda atau kerana anda kelihatan seperti bunga; sebenarnya, ia adalah kerana rama-rama tertarik dengan bau garam dalam peluh dan darah anda dan ia ingin 'memakan' anda.  Tetapi belalainya sangat kecil sehingga anda tidak merasakan ianya menghisap anda. 😁

Psychology of Liars: Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Hari ini, mari kita kupas psychology of liars : kebenaran yang ditakuti antivaksin. Antivax denial dengan kematian kerana Covid, ya memang ramai yang mati itu tidak divaksin. Tetapi mereka memilih untuk tidak percaya, bermacam-macam alasan mereka. 1. Jika anda belajar psychology , ada petanda jelas pada orang yang menipu, antaranya:-     A. Desire for attention - mereka mahukan perhatian untuk impress orang lain.     B. Low self esteem - kurang keyakinan diri, maka mereka menipu to impress others.   C. Mental health issues - narcissism, impulsive behaviour, psychotic disorder dan sebagainya.  2. Ada tak petanda ini pada rata-rata antivaksin yang anda jumpa? Jelas dan sangat jelas especially pada kepala mereka yang duk melalak saban hari.  3. Mereka mempergunakan social media untuk menaikkan diri mereka, di akhirnya kita nampak mereka hanya lapar duit, overclaim menjual produk, menipu dan sebagainya. Contohnya menipu detox vaksin, nak kata kelakar pun ada, kesian pun ada.  4. Apabila...

Open Tracker