"Pulanglah kerja ikut waktu. Bila sakit, cutilah. Bila ada majlis dalam keluarga, mohon cuti rehat (CRK) dan ikutilah majlis keluarga," pesan seorang otai pada aku dulu. Aku cuma anggukkan kepala sahaja. Menanti butir mutiara kata seterusnya. Banyak nampak dia nak meluah. "Abang dulu Li, memang gila kerja. Kau bayangkan, banyak kali abang dapat anugerah kehadiran penuh. Tak pernah MC. Tak pernah ambil CRK. Masa tu abang rasa bangga. Diberi anugerah yang jarang orang lain dapat. Bahkan pernah abang kurang sihat, pergi klinik, klinik bagi MC. Tapi abang tak MC. Sebelum ke sekolah makan ubat, kat sekolah pun makan ubat lagi. Kau tahu lah, makan ubat ni kebah la 2-3 jam. Pastu gigil lagi. Makan lagi. Punya la sayang nak cuti, dah diberi cuti pun tak nak juga cuti. Orang lain 1:30 lepas punch out, terus berkejar keluar. Abang rileks lagi setel mana patut. Jam 3, jam 4 baru keluar. Kunci bilik guru tu abang yang pegang. Sebab abang orang paling lambat balik setiap hari dan pas...