Hormati guru, jaga adab Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat 6 bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibubapa yang sangat defensive dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka. "Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana." Ramai ibubapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibubapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. At least janganlah kata kat cikgu yang cikgu ni menipu atau cikgu saja nak kenakan anak dia. Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, terpaling hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang. Teachers come to school to teach. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Form 1 Sejarah ada 8 bab. Form 2 Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata. Saya ucapkan takziah b