Duit Goole Adsense hasil berblog RM1,227 duit Google Adsense hasil berblog sudah masuk dalam akaun! Ini bukan hasil sebulan tau. Ini adalah hasil beberapa tahun, haha. Orang lain bawa keluar setiap bulan. Sha baru nak bawa keluar duit dari tahun 2017-2023. Gila lama. Bapaklah! Setahun ada 12 bulan x 6 tahun = 72 bulan. RM1227 bahagi 72 bulan = RM17.04 sebulan. Tapi kena tukarkan ke USD punya pertukaran. Dapatlah purata USD3.69. Itu purata, biasanya sen-sen je. Sha boleh tunjuk bukti. Cara nak cash out, Sha ada ajar kat sini, Cara Pembayaran Google Adsense . Semudah ABC. Woalla! Untuk pengetahuan, bila cukup USD100, baru boleh cash out tau. Sha ni sebulan pun ada sen-sen je tau yang terkumpul. Sikit sangat. Biasalah blogger sendu. Tapi, Sha tetaplah dikenali juga oleh blogger famous , siap buat entri-entri untuk Sha. Hahaha. Oh ya, kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nak cari Sha, harap batalkan niat suci itu. Kerana Sha tidak layak. Sen-sen ...