Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bila Nak Tinggalkan Anak-Anak Yang Terlalu Kecil..

Bila nak tinggalkan anak-anak yang terlalu kecil dengan bapaknya, mulalah fikir kena sediakan bermacam-macam. Semua sedia, tinggal nak guna je. Pampers, tise, tisu basah (wet tissue) dan air spray siap-siap dalam bekas. Kita mudahkan dia, dia senang hati, kita pun senang hati nak bekerja. Tak perlu dia nak call tanya letak kat mana. Biasalah orang lelaki, bukan jumpa apa yang dicari. Bini cari jumpa je.. Esok, mama bekerja setelah cuti panjang. Itu pun mama nak tambah cuti tanpa gaji tapi tidak dapat kebenaran. Moga-moga kerja ayah tidak kena buang sebab sanggup jagakan anak-anak. Anak 5 tahun lebih dan 1 tahun 4 bulan. Si baby masih menyusu badan. Kalau xde, dia minum susu botol. Kadang bagi susu perahan, kadang susu formula sepenuhnya. Jadi, malam ni mama siapkan nasi dan 1 menu untuk dimakan untuk mereka yang ditinggalkan.. Ayam masak kicap tapi resipi sendiri sebab masukkan sayur-sayuran sekali. Putik jagung. Kubis. Makanan sihat. Mama dah makan selepas usai memasak. Sedap. Alhamdu...

Cantik Botol Air DIY

Hari ni ada someone tegur, cantik botol air awak. Sha tergelak. Cantik ke. Biasa je. Be.li kat DIY je pun.. Tempat kerja Sha ni pakai Coway. Tempat kerja 2021 guna Cuckoo. Senang kan, xpayah nak isi2 air macam tempat kerja lama dulu. Sha memang x larat nak angkat botol air yang besar gedabak tu. Kalau time xde dah air dalam balang tu, kena la minta tolong sesiapa yang ada kekuatan mengangkatnya. Biasanya Bob la, en Asrul ke atau sesape je la lelaki kat BDL tu. Tapi ustaz Zu walaupun tempatnya sebelah je, jarang2 la Sha minta tolong sebab kesian kat dia. Dia pun kecil ja 🤣🤣🤣 Saja la mengimbau kenangan. BDL is the best. X jumpa lagi macam tu kat tempat lain. Didoakan kalian baik2 sahaja di tempat kerja yang lain.. Rezeki dapat air sejuk ais hari ni. Biasa tinggal air biasa x sejuk sebab sini ramai, se.ra.tus orang rasanya.. Kipas kecik tu best. Powerful. Charge type. Baru dipinang 2 minggu lepas. 💝 Saja up status, untuk kenang kenangan

Bila Butcher Tiada, Dapat Ayam Bulat, Tidak Dipotong

Bila butcher tiada, dapat ayam bulat, tidak dipotong. No hal. No problem at all. Ada ilmu. Ada pengalaman. Sebenarnya, ada lah belajar sikit-sikit dengan ibunda. Sepanjang hidup rasanya hampir 10 kali sahaja potong ayam sendiri. Biasanya lepas ke orang lain sahaja dan selalunya beli ayam daging yang sudah siap dipotong atau minta tukang siang, potong kecil-kecil. Jadi, tak ada masalah nak potong lagi. Kadang-kdang siap boleh minta buang kulit sekali. Jimat masa. Sesungguhnya, Sha nak tekankan di sini, apa pun korang kena ada asas. Sha ni tidak lah pandai mana memasak tapi Sha tahu memasak. Just name it. Petik jari je, wei. Memasaklah. Kalau buat kuih tu Sha menyerah. Kuih susah sikit. Kadang tak jadi. Hahaha. Itulah pentingnya pengalaman. Selagi muda, selagi ada peluang, belajar dan jadikan pengalaman yang berharga untuk masa depan. Tak rugi pun. Mai la apa pun cabaran, korang rileks je. Sebab apa? Sebab boleh handle. Terima kasih singgah sini

Open Tracker