Perbezaan pasti terasa apabila telah berkahwin. Dahulu, seorang diri, sekarang berdua. Perbezaan sebelum dan selepas kahwin yang Sha lalui. 1. Rasa sayang Kalau sebelum kahwin rasa sayang itu cuma biasa-biasa. Selepas dinikahkan, rasa sayang tu 98 peratus. Tinggi tu. Mungkin ALLAH campakkan rasa sayang pada pasangan. Selalu Sha dengar juga kawan-kawan cakap, lepas kahwin, rasa sayang tu lebih lagi. Tapi Sha fikir, Sha tak akan rasa macam tu. Tapi sebaliknya pula. Sha rasa sayang kepada pasangan. 2. Rasa kilat dah tak ada Sebelum nikah, rasa kilat atau elektrik dan panas semacam sahaja apabila tersentuh. Tapi selepas diijabkabulkan, rasa sejuk sahaja. Rasa macam pegang adik-beradik sahaja. 3. Tidak lagi mimpi buruk Tiga minggu sebelum Sha dinikahkan, setiap kali tidur Sha akan bermimpi buruk. Mimpi hantu bermacam jenis dah jumpa. Dalam mimpi tu, Sha lawan hantu. Bergaduh. Namun, selepas nikah, tiada lagi mimpi buruk mengganggu. 4. Marah sudah hilang Sebelum kahwin, asyi...