Ini pilihan yang menjadi dambaan kalbu. Chewah. Satin Hijau dan lace pink Di kesempatan nak raya dan orang ramai ni, aku pun nak menyelit juga membeli baju pengantin di Jakel sebab kalau tidak beli dari sekarang, siapa lagi yang nak belikan dan siapa lagi yang nak jahitkan? Sebab masa yang tinggal cuma ada empat ke lima bulan sahaja sebelum majlis resepsi. Membeli Kain Di Jakel Inilah bangunan Jakel Mall, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur Ikutkan hati, aku tak nak pergi Jakel. Aku nak pergi kedai kain biasa-biasa sahaja atau Nagoya Textile saja. Namun, disebabkan terpujuk kerana mereka kata kain Jakel tu kualitinya bagus dan tak panas, maka aku pun beranikan diri. Tapi aku setkan had bajet sekadar RM500 sahaja. Tak boleh lebih dari itu. Kalau boleh, aku nak yang pakej Pengantin yang berharga RM289 sahaja. Pakej pengantin Jakel ialah 2 meter kain lace, 4 meter kain satin untuk pengantin perempuan dan 4 hingga 5 meter untuk pengantin lelaki. Selain itu, 2...