Langkau ke kandungan utama

Catatan

GST Malaysia 1 April 2015 dan Penerangan Senang Faham

  cukai GST Malaysia Government Service Tax (GST) atau lebih dikenali dengan Goods and Service Tax (GST) sudah lama menjadi angan-angan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia kini bakal menjadi kenyataan apabila akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tarikh ini sudah lama dipilih iaitu kira-kira lebih setahun dari tanggal perlaksanaan GST. Semenjak dari itu, kerajaan menggunakan medium   iklan untuk mempromosikan niat kerajaan itu. Sebenarnya, GST enam peratus (6%) yang disyorkan akan mengakibatkan barang lebih murah kerana diskaun sebanyak 0.06 peratus. Namun, apa yang dikesali ialah ia dinaikkan sebanyak 6%. Maknanya, bukan GST 6% tetapi tambahan cukai untuk semua barang yang berjumlah 6%. Contohnya, top up kredit telefon bimbit sekarang ini berharga RM10 akan menjadi RM10.60 apabila GST dilaksanakan, bukannya menjadi RM9.40. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat tambahan cukai sebanyak 6%. Bagi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM pula, caj tambahan 6%

Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan

Laksa Kedah Faktor yang menyebabkan kami teringin sangat makan dan makan laksa berkali-kali tanpa rasa jemu. Boleh juga digambarkan sebagai faktor yang menyebabkan ketagihan laksa utara yang tanpa jemu.  1. Laksa Utara memang sedap dan menyelerakan Urat laksa yang putih bersih dan lembut, melentuk di dalam mangkuk, ulam-ulaman dan disajikan bersama kuah ikan segar dan manis rasa isi ikannya, telur rebus elok terhidang dengan aroma daun kesom dan bunga kantan membangkitkan nafsu makan yang membuak-buak. 2. Perantauan Berada di perantauan ini (walaupun bukan di luar negara) akan rindu kepada masakan tanah tempat tumpah darahku ini. Kawan-kawan dan adik-beradik, dan orang Utara yang berada di perantauan akan berkongsi tentang momen mereka 'mengena' laksa, di media sosial. Pergh, memang terliur terus. Rasa nak meleleh air liur. Hehe~ 3. Tak kira masa Aku berasal dari Kedah. Kami orang Kedah akan makan laksa tak kira masa, pagi ke petang ke malam ke. Masa raya dan sek

Duit On Line, Jawab Soalselidik Global Test Market

Sebenarnya, aku kurang ingat dari manakah dapat link, sama ada daripada kawan atau dari emel yang dilanggan. Aku cuba. Lama-lama seronok pula bila point bertambah. Kerja Kerjanya menjawab soal selidik yang diberikan. Tetapi pihak Global Test Marketing ada membuat tapisan dahulu sebelum anda layak untuk menjawab sesuatu questionnaire. Bukan semuanya ada tapisan. Tak semua questionnaire memerlukan tapisan. Ganjaran Anda boleh pilih untuk mendapatkan apa jenis ganjaran yang dihajati. Ada beberapa jenama, pemberian cek dan voucher elektronik. Anda boleh tebus AEON, Isetan, KFC/Pizza Hut/Ayamas, Mc Donalds, MPH Bookstore, Parkson untuk membeli belah. Sementara itu, anda boleh masukkan duit ke dalam voucher elektronik seperti Rixty dan Superbuy. Apa yang paling menarik ialah anda boleh tebus dengan cek bernilai USD $50. Kalau didarabkan USD $50 dengan RM3.6 dengan nilai pertukaran semasa, anda boleh menjana duit sehingga RM 180.00. Yuhuuu. Cek itu akan terus ditukar kepada nilai w

Open Tracker