Zaman teknologi dewasa ini yang canggih dan moden, sudah semestinya perubatan turut berubah menjadi lebih mudah dan konvinient (selesa). Kabur sikit-sikit itu tidak menjadi masalah kerana kanta lekap berkanta sudah sedia ada dalam pasaran. Harganya pula tidaklah membebankan. Adakalanya lebih murah berbanding kaca mata (spek). Nak pakai contact lens bukan senang bagi mereka yang pertama kali mencubanya. Cuba bayangkan untuk memasukkan sesuatu bendasing dalam mata sedangkan mata itu adalah sangat sensitive dan peka terhadap cahaya mahupun apa sahaja yang berada dekat padanya, kelopak mata pasti akan tutup mata awal-awal. Benda paling berharga, mestilah ada penjagaan yang khas dan khusus. Namun begitu, bagi mereka yang kerap kali memakai kanta lekap, tidak mempunyai masalah untuk memasukkannya ke dalam mata. Sekali dah Berjaya masuk ke dalam mata, kita akan tahu caranya. Pertama: Basuh dahulu kanta lekap menggunakan air solution khusus untuk kanta leka...