Langkau ke kandungan utama

Catatan

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Sup ketam yang mampu merawat demam denggi Petua Memasak Resipi Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi Bahan: a. Ketam 2 ekor ( Tetapi ketam yang sesuai dan lebih mujarab ialah Ketam Nipah) b. 2 biji buah pelaga c. Kayu manis sepanjang jari kelingking d. Sekuntum bunga lawang e. Bawang putih 5 biji ditumbuk f. Halia sebesar ibu jari diketuk g. Serbuk lada hitam/lada putih h. 3 cawan air i. Garam secukup rasa j. Minyak untuk menumis k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang Cara Penyediaan: 1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau. 2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika. 3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam. Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah. 4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih. Hidangkan panas. Semoga cepat sembuh ya. * Up date: Ada yang mengatakan ketam batu pun boleh juga

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Pengenalan

Lama rasanya nak membuat entri belajar bahasa dialek Malaysia. Bahasa Melayu Kelantan menggunakan bahasa Melayu lama yang kurang digunakan pada masa ini. Adalah bagus kerana masyarakat Kelantan masih menggunakan dan mengekalkan bahasa mereka. Apa yang mudah diperhatikan, perkataan "an" ditukar menjadi "e" Contoh: Makanan Makane Bahan Bahe Perkataan 'a' berubah menjadi perkataan 'o' Contoh: Pertama Pertamo Kata Kato Huruf 'i' hilang di hujung perkataan Contoh: Ramai Rama Gulai Gula Namun begitu, banyak perkataan atau bahasa Melayu Kelantan yang digunakan membuatkan orang yang tidak ada asas bahasa Kelantan tidak memahami. Kita bersambung dalam entri yang berikut.

Open Tracker