Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lima Masakan Menu Terbaik Malaysia Paling Sedap

Malaysia merupakan syurga makanan. Cakap sahaja mahu makanan yang macam mana, semua ada. Nak dengan tak nak sahaja. Kali ini aku bawa korang melihat makanan yang superb sedap yang tidak dapat dinafikan lagi kelazatannya bagi bumi Malaysia. Mee kari Mee kuning Kuah kari dengan dimasukkan kacang panjang dan bebola ikan. Memang superb. Sedap hingga menjilat jari. Laksa Utara Laksa putih diperbuat daripada tepung beras. kuahnya diperbuat daripada isi ikan tamban, kembung atau selayang. Rasa isi ikan segar yang manis itu menyedapkan kuah. Juga dimasukkan bunga kantan, cili padi, cili kering, Laksa Penang dan Laksa Kedah adalah berbeza dari segi warna kerana Laksa Penang tidak menggunakan cili kering dan telur rebus untuk dimakan bersama. Laksa dimakan dengan ulam-ulam (mengikut negeri. Kalau negeri Utara Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, ulamnya ialah timun, bawang besar, cili padi, daun putat atau gajus. Manakala bagi negeri lain yang juga membuat Laksa Penang, menggunakan timun, baw

Ramadhan Penuh Berkat, Semoga Taubatku Diterima

 Lama rasanya tidak mengemaskini entri terbaru. Masa yang agak mencemburui kita. Alasan! Sebenarnya, broadband aku ada masalah dengan line semput macam siput ini tidak memungkinkan aku untuk update entry. Nak up date. Blogger akan ada selalu idea nak up date apa. Aku ada idea tapi internet tak ada. Kat pejabat pula, diorang block sekat blogspot. Kalau tak, hari-hari aku update. Hehe. Tapi, kerja aku akan tetap buat.  Jadi, kesempatan pada hari ini, aku nak kemaskini entri-entri lama yang lama tidak mesra SEO. Search Engine Official. Sebab entri aku yang lama-lama sebelum aku belajar pasal SEO tu banyak tapi tidak memberi trafik ke blog. Agak rugi di situ. Jadi, nak edit kasi mesra SEO dan buang gambar yang tidak menutup aurat. Aku tak nak berdosa dan terus berdosa kerana menayangkan aurat orang lain.   Sekarang ini, Bulan Ramadan, dah tengah bulan. Alhamdu lillah, masih dipertemukan-Nya dengan bulan yang penuh berkat ini. Kita ini banyak dosa, rebutlah peluang dengan ganjar

Wangsa Maju Best City, Dekat Dengan Genting Highland, Sejuk Giler

Setelah setiap pagi ke sana ke sini dengan train (Komuter) dan teksi, akhirnya dapat rumah sewa. Alhamdu lillah. Rumahnya dekat dengan tempat kerja, Cuma beza satu syeksen saja. Tempat kerja syeksen lima, aku duk syeksen 4.   Kalau sebelum ini bangun pukul 5 pagi (kadang-kala lajak ke 5.30 pagi) untuk bersiap dan keluar seawal 6 pagi dan sampai rumah waktu Maghrib (7.40-8.30 malam). Sekarang bangun pukul 6 atau 6.30 pagi dan biasanya berada di rumah pada pukul 5.30 petang. Paling lambat pun pukul 6 sampai rumah. Masa dijimatkan! Pernah juga aku bangun seawal 4.30 pagi dan 5.55 gerak ke Stesten KTM Klang, Selangor. Dapatlah naik train yang awal. 6.17 pagi. Masuk tu, ada seorang lelaki membaca Quran. Ye la, azan Subuh pukul 5.40. Lepas solat baru gerak. Train pula kena tunggu pukul 6. Tak sempat nak baca. Bagus dia baca. Aku tak baca, tapi bantai tidur, cover balik tidur yang tak cukup. Hehe~ Rumah dan tempat kerja boleh diakses dengan berjalan kaki (dalam 10 minit), ke

Open Tracker