Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum. Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni. Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn ). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~ Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream. BB cream Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30. soy collagen Nurbeutyline Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah

Alhamdulillah Rezeki Nuffnang, Dah Bagi Duit

Assalamualaikum. Apa khabar wahai pembaca setia blogku? Erk, bajet je ada pembaca setia dan peminat misteri. Hehe~ Apa nak buat, bukan lama tak nak up date. No no no.. Sebabnya lapppy bermasalaha. Nak format, ongkosnya pula kurang mencukupi. Al maklumlah kerja biasa-biasa saja. Tapi bersyukurlah, lepaslah untuk diri sendiri dan adik-adik sikit-sikit. Alhamdulillah, walaupun jarang-jarang up date tetapi Buffered Earning duk menari-nari dalam blog kesayanganku ini. Syukur, rezeki ALLAH yang bagi. Rahsia? Nak rahsia pasal nak dapat BE Nuffnang? Oh, senang je. Korang kena banyak menulis entri. Entri aku sikit jer, semuanya dalam seribu lebih je. Apa yang aku nak tekankan di sini, tulislah entri yang memberi manfaat kepada orang lain dan benda itu orang cari. Susah nak tulis sesuatu yang orang suka? Belajarlah menulis entri. Tulis banyak-banyak. Oh ya, jangan lupa untuk berjalan-jalan ke blog orang lain jugak. Dari situ, korang akan dapat belajar sedikit sebanyak. Belajar k. Kal

Petua Untuk Elak Bau Peluh

Assalamualaikum. Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi. 1. Mandi kerap Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini. Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye. Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil. Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =) 2. Banyakkan menjaga kebersihan Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak. Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu.

Tips Blogging: Blogging Biarlah Ikhlas

Assalamualaikum. Bebaru ini aku berkenalan dengan seorang blogger yang hebat. Aku tanya apakah rahsia atau tips yang dia nak kasi kepada aku selaku blogger (dia tak tau pun blog aku nama apa, berapa follower). Katanya, yang penting ikhlas. Aku kurang faham. Aku tanya dia, ikhlas apa. Dia kata keikhlasan dalam membuat entri, biarlah kita rasa sempurna dan ikhlas dari kita untuk orang lain hadap entri kita . Terfikir juga aku. Ada betulnya kata-kata blogger tersebut. Melepaskan batuk di tangga Kita ni buat entri pun bagai melepaskan batuk di tangga saja. Begitukah layaknya kita memberi kepada orang lain. Begitukah yang kita ingin pamerkan kepada orang lain? *Serius, aku pun terasa malu juga bila fikir macam ni. Entri aku pun ada juga yang macam ni, setakat bagi ada entri sahaja. Malu. Typo Kadang-kala ada typo. Kadang kala ayat entah apa-apa. Orang nak faham pun kena baca berkali-kali. Aku salute dengan mereka yang menggunakan bahasa baku tetapi boleh lagi bersahaja, macam Ar

Tips Temuduga: Ceritakan Pasal Diri Anda

Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Ini adalah perkara pertama yang akan ditanya pada temuduga. Hal ini ditanya untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan peminta kerja dan mereka juga ingin memecahkan kebuntuan dan kecemasan anda dengan temuduga. Tujuannya hanyalah untuk mengurangkan rasa kegugupan anda. Selain itu, mereka ingin melihat bagaimana gaya persembahan presentation pasarkan diri anda bukan sekadar tertulis di dalam kertas (sijil yang anda bawa sahaja). Jadi, kalau dah namanya ‘ceritakan, huraikan,’ kenalah panjang sikit. Aku ceritakan apa yang aku tahu melalui kursus, pengalaman, pembacaan buku, majalah dan pencarian dalam internet berkait tentang topic ini. Aku rumuskan khas untuk korang yang singgah ke sini. Bertuah korang. Hehe~ Tell me about yourself? Ceritakan pasal diri anda. Nak cerita apa? Cerita saja apa-apa pun. Hehe~ Eh, mana boleh. Korang hanya perlu cerita pasal nama, pendidikan tertinggi, jawatan tertinggi, pengalaman kerja dan perwa

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan. Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini. Mitos tentang jenayah Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang. Mitos 2: Hanya orang lain yang ter

11 Tips Laman Web/Blog yang Baik

Laman web boleh juga disamakan dengan blog tetapi blog lebih mudah diuruskan. Aku ada belajar mengenai ciri-ciri yang baik tentang sesebuah laman web dan blog. Inilah dia 11 tips laman web/blog yang baik 1. Navigasi Menu mudah dilihat dan dicapai. Pilih warna yang sesuai supaya mudah pembaca cari atau terus ternampak. Selain itu, navigasi perlulah teratur, tak kiralah di atas, kiri, kanan mahupun bawah. 2. Grafik kena optimisekan supaya cepat load. Kalau blog, template dan headernya biarlah ringan dan mudah dimuat (loading laju). Reka bentuk grafik yang menarik dapat mencuri hati pembaca. 3. Logo atau nama Pastikan jelas kerana ia melambangkan identiti. Kalau blog, header dan URL blog adalah sangat penting. Buat URL blog yang senang ingat. Contohnya inibelogsaya.blogspot <- ini blog Hanis Zulaikha yang lama. Kini dia beralih ke .com. 4. Font Pilih font yang standard sahaja sepertia 'Times New Roman, Arial, Verdana', dan lain-lain. Jika pilih font yang tak

Tips Terbaik Tentang Pembiayaan Kereta

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sedikit ilmu yang aku dapat pasal pembiayaan kenderaan. Menurut pegawai latihan kewangan, membeli kereta adalah ibarat membeli besi buruk. Hal ini demikian kerana kereta ada susut nilai setiap tahun. Pembelian kereta adalah pembelian di antara perlaburan untung dan perlaburan rugi. Perlaburan untung: hartanah dan rumah Perlaburan rugi: kad kredit Tahan lima tahun sahaja Pada perbincangan pada tahun 1999, para pelabur syarikat (kalau tak salah aku) mereka menyatakan adalah rugi kita buat barangan durable yang tahan sampai berpuluh tahun. Ini akan merugikan kerana tiada perkhidmatan lepas belian seperti servis, tukar barang rosak dan sebagainya. Jadi, mereka sepakat untuk mengeluarkan kenderaan yang hanya tahan 5 tahun sahaja, kemudian akan ada rosak sikit-sikit. Pembiayaan kereta pula biasanya melibatkan 7 tahun, 9 tahun. Ramai yang ambil 9 tahun kan? Jadi, 9-5 tahun, sama juga 4 tahun mereka guna kereta yang 'besi buruk' ta

4 Sebab Kenapa Blogger Tak Balas Kunjungan Anda

Assalamualaikum. Ayat di bawah adalah keras dan berbisa. Kalau anda bertelinga kuali (eh patut ke?) silalah baca sampai habis. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, silalah ingat siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya . Hehe~ Sebab kenapa blogger tak balas kunjungan anda 1. Blog korang sangat teruk a.       Fizikal blog - Lambat loading sebab dah campak macam-macam eksesori. Dah macam pokok krismas pun ada. Hihi~ Buanglah semua tu, tinggal benda yang penting je. Ingat, orang terpikat pada entri yang memikat hati bukannya hiasan blog. -Satu lagi, ada notification word pada komen. Macam mana nak buang, sila google. Aku bukannya tak nak kasi tau caranya. Tapi bila aku dah terangkan satu persatu dia kata guna dashboard baru. (Ello, ko ingat aku ada satu blog ni je ke? Ko tak tahu kan, aku ni dah setting berapa buah blog? Tak kan semua hal aku nak kasi tau dalam blog ni, bukan macam blog ko, semuanya nak sumbat sampai tak fikir halal haram [sarcastic]). S

Open Tracker