Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Berita Negara

Perlu Tahu: Dua Isu dalam Sistem Pendidikan Negara

Assalamualaikum. Ada dua isu besar dalam pendidikan sekarang ni. PPSMI sepenuhnya di sekolah rendah 04/11/2011 6:33pm PUTRAJAYA – Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan

Website FAM Kena Hack

Assalamualaikum. Website FAM Kena Hack Akibat ketidakpuasan hati penyokong dan peminat bola sepak tanah air, hari ini laman sesawang (website) FAM telah digodam (hack). Difahamkan Gaysec dan rakan-rakannya menggodam laman FAM. Hal ini kerana FAM mengenakan bayaran tiket Perlawanan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 28 Oktober 2011, pada harga RM50. Perlawanan kali ini menemukan pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu. Akibat harga tiket yang naik 150%, ramai pihak tidak berpuas hati termasuklah kerajaan Negeri Sembilan dan Terengganu. Persatuan bola sepak masing-masing menanggung kerugian apabila memberikan subsidi atau diskaun kepada penyokong pasukan mereka, apabila usul untuk mengkaji semula dan menurunkah harga tiket oleh FAM dipandang sepi. Sebelum ini harga tiket ialah RM20. Peminat bola sepak Malaysia berasa marah kerana harga tiket naik tetapi ranking bola sepak Malaysia semakin menurun. Antara kata yang terdapat di website yang telah dihack ters

Ciri Keselamatan Pada Duit Syiling, Wang kertas

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia memperkenalkan duit syiling baru siri ketiga dan wang kertas baru Malaysia siri keempat sebagai usaha berkala memperkukuhkan ciri keselamatan terkini bagi menangani ancaman pemalsuan mata wang. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, melalui pengenalan duit syiling baru siri ketiga juga Bank Negara Malaysia dijangka dapat menjimatkan kos pengeluaran duit syiling sebanyak 49 peratus setahun. “Penjimatan ini disebabkan penggunaan logam asas yang dipilih, teknologi penempaan, dan spesifikasi teknikal yang lebih baik daripada siri-siri duit syiling terdahulu,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, semalam. Siang Chai menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin tahu rasional pengeluaran siri ketiga duit syiling dan siri keempat wang kertas baru Malaysia serta jumlah kos, pembekal dan di mana mata wang itu diperbuat.     Kontrak bekalan Beliau berkata, kontrak bekalan mata wang siri baru

Kelebihan Anak Melayu Fasih Berbahasa Cina - Baki Zainal Jadi Pengacara Rancangan Cina

Baki Zainal Kelebihan beri rezeki jadi pengacara Step Forward musim keenam SITUASI yang sering kali terjadi kala menemani teman untuk ke sesi uji bakat mengacara, akhirnya memberi ruang kepada Baki Zainal, 28, mendekatkan diri dalam bidang pengacaraan. Sedangkan temannya yang pada mula beriya-iya mahu menjadi pengacara, tapi sebaliknya Baki sendiri yang ditawarkan mengacarakan program Teens World. Itu kisah enam tahun lalu apabila anak kelahiran Johor Bahru itu diberi mandat mengacarakan program terbabit bersama pelakon Fazura. Malah ketika itu, mereka masih muda remaja kala mengendalikan program terbitan KRU Motion Pictures yang disiarkan di TV2. Selepas program itu, tumpuan banyak diberinya terhadap pelajaran. Kini 2010, membuka lembaran baru buatnya apabila dilamar menjadi hos program berbahasa Mandarin bagi musim keenam yang dipanggil Step Forward. Episod pertama sudah mula disiarkan sejak 21 Februari lalu di saluran Hip, 8TV. Kelebihan fasih berbahasa Manda

Atuk Halau Penyamun Dengan Bersilat 20 Minit

BUKTI. Kamaruddin menunjukkan parang digunakan suspek untuk menyamun rumah warga emas di Kampung Gong Nangka, Jertih, kelmarin. JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa. Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya. “Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki

Cerianya Baki Zainal (Pengacara 8 Quicky-8TV)- Biodata

Assalamualaikum. Aku nak memperkenalkan korang kepada seorang yang mencuri tumpuanku.   Baki Zainal   Full Name :  Zahamin Baki Zainal Comercial Name : Baki Zainal D.O.B : 16 May 1971 Age : 30 Zodiac : Taurus Height : 170cm Weight : 65kg P.O.B : Johor Language : Mandarin, English, Malay Blog: http://ice-passion-vanilla-tea.blogspot.com/ (tapi lama tak up date) Kalau nak lebih up date, dia suruh add twitter beliau. Suka gile aku dengan mamat ni berceloteh. Memang jenis ceria la. Rasa mengantuk pun hilang begitu je. Tak sia-sia 8tv ambik dia untuk 8 Quicky malam-malam. Oh ya,  start rancangan ni pukul 1 pagi-2 pagi. Dia ni pengacara bersama seorang lagi yang look like chinese, Guibo. Ayat diorang : "Rilex r, wei!" Sekarang ni diorang tengah memilih untuk siapa yang layak diletakkan sebagai pengacara 8 Quicky. Vote for Baki, k. (Sila buka laman web 8tv). Suka nampak dia ni jujur dan ikhlas. Ya, tak mudah nak kata macam tu

Muammar Gaddafi Meninggal Dunia Akibat Kecederaan Parah

Perjalanan Gaddafi berakhir... SIRTE - Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan parah, semalam, semasa pemberontak melancarkan serangan ke atas bandar kelahirannya di Sirte, Libya, sekali gus menandakan pengakhiran rampasan kuasa berdarah yang bermula di negara itu lapan bulan lalu. Kematiannya disahkan Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Mahmoud Jibril dan disertai penyiaran gambar Gaddafi yang berlumuran darah oleh stesen televisyen Libya. Agensi berita Al-Jazeera kemudian menyiarkan gambar mayat Gaddafi yang diheret pemberontak di atas jalan raya selepas kematiannya. Seorang pejuang anti-Gaddafi berkata, pemimpin itu ditemui bersembunyi dalam lubang di bawah tanah dan menjerit ‘Jangan tembak! Jangan tembak!’ kepada individu yang menangkapnya. Beliau dipercayai meninggal dunia akibat ditembak di perut dan kepala. Menurut jurucakap NTC, mayat Gaddafi di bawa ke sebuah masjid di Misrata Selain itu,

Mycard Akan Diperbaharui Pada Januari 2012

Assalamualaikum. Kerajaan menguar-uarkan berita mengenai Mycard akan diperbaharui pada Januari 2012. Jom tengok apa yang berubah dan baru sangat tu. Style jugak kan? Siap ada imej laser tu. Suka giler =) Korang suka tak? Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

Aku Nak Jadi Superman!

Assalamualaikum. Entri berita. Dalam dunia ni ada jer yang perkara pelik-pelik, kan? Bedah untuk kelihatan seperti Superman KISAH Herbert Chavez yang mahu kelihatan seperti Superman juga disiarkan di laman YouTube pada Sabtu lalu. MANILA - Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adiwira itu. Klon Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman, lapor televisyen ABS-CBN . Dia juga melakukan suntikan silikon di bibir dan implan bahagian paha untuk kelihatan lebih berotot, kata laporan tersebut. Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman . Sejak kecil "Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadiny

Angkara Nama, Mayat Lesap

Assalamualaikum. Ada lagi kisah yang boleh kita jadikan pengajaran.   Mayat penjaja lesap dari hospital ANGGOTA keluarga Hock Tseng menguruskan mayat mendiang yang ditinggalkan di sebuah tokong di Temiang, Seramban semalam. SEREMBAN – Sebuah keluarga yang mahu menuntut mayat seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini terkejut apabila mendapati mayat lelaki berkenaan telah dituntut oleh individu lain yang tidak dikenali. Ahli keluarga terbabit, Andrew SK. Lim, 42, berkata, dia sampai ke HTJ semalam untuk menuntut mayat abangnya, Lim Hock Tseng, 51, yang meninggal dunia kelmarin selepas 10 hari dimasukkan ke hospital itu kerana sakit berkaitan paru-paru. Andrew bersama beberapa ahli keluarga lain datang dari Johor dan Singapura selepas dimaklumkan oleh pihak HTJ mengenai kematian Hock Tseng pada pukul 8.30 pagi kelmarin. Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di bilik mayat, dia terkejut kerana diberitahu oleh petugas

Ramalan Tarikh Kematian Sendiri Tepat

Assalamualaikum. Hari ni aku terkejut lagi dengan berita pasal kematian yang rasanya agak unik. Bacalah.. LAMAN Twitter Mikey Welsh yang meramalkan kematiannya. CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Ramalan bekas pemain gitar bes kumpulan rock Weezer, Mikey Welsh bahawa dia bakal menemui ajal pada 9 Oktober lalu menjadi kenyataan apabila dia itu ditemui mati di bilik hotel penginapannya kelmarin, lapor beberapa buah akhbar semalam. Welsh meninggal dunia dipercayai kerana mengambil dadah secara berlebihan pada usia 40 tahun. Dia menginap di hotel berkenaan di sini kerana mahu menonton persembahan Weezer. Ramalanku Benar Belaka Selebriti itu meramalkan dengan tepat lokasi dan masa kematiannya di laman perkongsian sosial, Twitter pada 26 September lalu. "Saya bermimpi saya mati di Chicago pada hujung minggu depan kerana diserang sakit jantung semasa tidur. Saya perlu menulis wasiat saya sekarang," kata Welsh dalam akaun Twitter miliknya. Kemudian dia b

Malaysia Budget 2012

Malaysia Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was announchedthe nation’s budget spending plan for 2012 on 4pm last Friday, 7 October 2011. The following are the areas where the Malaysian government intends to spend on for national growth and development: Felda GVH will be listed on Bursa Malaysia by mid-2012 for the company to become a global conglomerate. Felda settlers will benefit from the financial liberation. Felda settlers are expected to receive a windfall, and the amount will be announced before listing Hybrid and electric cars will continue to enjoy import duty and excise exemption until 2013. RM978 million will be spent to encourage growth in five regional sectors. Properties purchased and then sold after 5 years will not be subjected to real property gains tax (http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Act%20169.pdf.) Residential property price limit for first-time buyers earning less than RM3,000 per month is raised from RM220,000 to RM400,000. PR1MA w

Penjara Sesak dengan Banduan Asing

Assalamualaikum. Tajuk berita ini selalu aku dengar. Penjara sesak dengan banduan asing 10/10/2011 2:32pm SANDAKAN - Jumlah banduan warga asing yang ramai menjadi penyumbang kepada kesesakan di tiga penjara yang terdapat di Sabah. Pengarah Jabatan Penjara Sabah, Suria Idris berkata, secara keseluruhannya, 60 peratus penghuni tiga penjara di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah warga asing. Beliau berkata, kebanyakan mereka ialah warganegara Filipina, diikuti Indonesia manakala 40 peratus lagi adalah rakyat negara ini. "Warga asing berkenaan menjalani hukuman berkaitan kesalahan imigresen, jenayah dan dadah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas Pengarah Penjara Sandakan di sini hari ini. Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Penjara Bentong, Pahang, Faridun Md. Saad menggantikan Pengarah Penjara Sandakan, Mat Johir Asin, yang kini menjawat jawatan Pengarah Penjara Koreksional Perlis. Suri

Ditemui Mati Pada Hari Jadi

Assalamualaikum. Jom baca berita ni. Mayat Mohammad Hafiz yang hilang kelmarin ditemui mati lemas oleh pasukan bomba dan penyelamat semalam. KEPALA BATAS – Dua sahabat yang hilang selepas tenggelam secara tiba-tiba ketika mandi bersama 13 rakan lain di muara Sungai Muda di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini kelmarin ditemui mati lemas semalam. Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Harraz Bukhori, 13, tenggelam pada pukul 5.30 petang kelmarin. Amat menyedihkan Mohammad Hafiz ditemui mati pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 semalam. Sumber: Kosmo online. Oleh RIZAM ZAKARIYA mohdrizam@kosmo.com.my Kataku: Innalillah.. Banyak juga yang aku dapat tau kes macam ni. Mati pada hari lahir atau selepas hari lahir. Tak kurang juga mati sebelum beberapa hari menjelang hari lahir. Kita tak tahu

Petknode Bunuh Binatang Kesayangan - Kenapa Sampai Buat Begitu?

Assalamualaikum... Korang suka binatang tak? Kalau pun tak suka, korang pasti tak akan bunuh sesuka hati melainkan bintang itu adalah yang boleh dibunuh, sebab membawa ancaman kepada kita. Contonhnya, ular, lalat, dan tikus. Tapi aku yakin, korang tak kan sesuka hati nak bunuh burung, rama-rama dan lebah. Kalau ada orang dengan rela menyebabkan binatang 'baik' ini terbunuh, korang boleh terima tak? Contohnya sengaja langgar kucing sampai mati. Mesti korang juga tak boleh terima kan? Aku nak bercakap pasal rencana kat bawah ni. Sedih giler membacanya. Maka sediakan baldi di sebelah ye.. Rencana ini agak panjang. Dah nama pun rencana, mesti la panjang. Hehe~ Kucing mangsa ketamakan manusia “SEMUA kucing yang berada di premis Petknode itu kelihatan sangat teruk, ia diselaputi dengan najis dan kencing sehingga saya boleh memerah keluar air kencing daripada bulu haiwan itu. “Mata kami kemudiannya tertangkap dengan beberapa tubuh kucing yang kaku di dalam sangk

Open Tracker