Langkau ke kandungan utama

Petua untuk Cepat Tambah Follower (Pengikut)




Petua untuk Cepat Tambah Follower (Pengikut). Kalau anda mahu cepat tambah follower, ciptalah kandungan (content) bab masak.

Buatlah resipi ke, petua memasak ke, beli barang memasak ke, makan ke.. Semua ini rakyat Malaysia suka tengok. Sha pun kadang-kala akan cari resipi di media sosial. Kadang, Sha nak buat masak yang tidak mahir lagi, pun rujuk resipi di media sosial. 

Kadang itu, sudah tahu tapi nak tengok lagi cara orang lain masak. Suka skrol-skrol banyak-banyak, nak bagi mood memasak tu naik.

Laju je naik pengikut.
Sha dulu pun sebelum akaun facebook lama kena lock, ada facebook page share resipi memasak. Laju naiknya.. Seronok hari-hari buka page.

Kawan-kawan Sha yang buat pasal masak memang dah dapat duit dari semua flatform media sosial mereka. 1 juta pun dah ada. Sekejap je.

Bermedia sosial sambil dibayar. Kawan-kawan fb pun ramai sudah berbayar. Seronok. Sha nak ikut tapi follower ciput. X jadi. Kena 5 ribu follower baru boleh jana pendapatan dari Facebook.

Sha fokus blog je la duk 'makan "kamsen"' Google Adsense. Tu pun slow. 🤣🤣🤣

Itulah dulu nasihat + petua hari ini.

Sekian, terima kasih.

Sha
Pakar Dunia Sosial

Gambar ni Sha buat roti cheese sosej semalam. Lama tak guna oven microwave. Seronok anak-anak, teruja mereka.

Resipi roti cheese sosej.

Bahan-bahan:
Roti keping 4 segi 
Sosej 
Mayonis
Pasley kering
Kuning telur
Keju
Cili capsicum -dipotong panjang (juliens)
Cendawan enoki
Kayu pecungkil gigi (Sha guna lidi yang dipotong pendek)

*capsicum dan enoki tu Sha letak berkawan dengan sosej dalam roti. Biasanya resipi lain tidak ada. Ikut suka korang, nak letak ke tidak. 

Cara-cara :
1. Letak sosej secara menyerong, termasuk capsicum dan enoki.
2. Balut dan lekatkan dengan lidi.
3. Dalam bekas yang lain, satukan mayonis, pasley kering dan kuning telur. Sebatikan.
4. Sapukan bahan spread tadi ke atas roti dan sosej.
5. Taburkan pasley kering dan keju.
6. Bakar sehingga masak.

Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker